TERKINI

Isnin, 25 Feb 08

Letak calon muda
Oleh Kamarulzaman Pid

543 muka baru bertanding rebut kerusi DUN, Parlimen

KUALA LUMPUR: Seramai 1,109 calon bertanding di 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 479 calon berentap di 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) kali ini.

Seramai 543 muka baru, termasuk 42 calon muda berusia bawah 40 tahun ditampilkan parti yang bertanding.

Daripada jumlah itu, BN meletakkan 19 calon, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula masing-masing menampilkan sembilan calon manakala Pas memberi laluan kepada lima calon.

Calon termuda pada pilihan raya umum kali ini Ginnie Lim Siew Lin, 26, dari PKR yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka, menentang penyandang, Lai Meng Chong dari BN.

PKR juga mempertaruhkan seorang lagi calon muda, iaitu anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, 27, di Parlimen Lembah Pantai bagi mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

BN turut mempertaruhkan calon muda dengan Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 31, di Parlimen Tumpat, Kelantan, menentang calon Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu.

Pas pula menampilkan Kamaruzzaman Abdullah, 31, di kerusi Parlimen Hulu Terengganu bagi bersaing dengan Mohd Nor Othman dari BN,

Bagi DUN Chennah, Negeri Sembilan, DAP memberi kepercayaan kepada How Wee Shiong, 27, untuk berdepan Siow Shen Tin dari BN.

Bagi calon baru pula, BN yang mempunyai 14 parti komponen menampilkan 235 muka baru dengan Umno sebagai parti komponen terbesar, memberi kepercayaan kepada 158 muka baru, MCA (53), MIC (14) dan Gerakan pula 11 muka baru.

Pada pilihan raya umum kali ini, BN menerima lonjakan semangat apabila menang di tujuh kerusi Parlimen tanpa bertanding.

Kemenangan itu dicapai di kerusi Parlimen Pengerang, Johor, yang ditandingi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Enam lagi kerusi Parlimen yang dimenangi BN tanpa bertanding ialah Tanjung Manis, Kanowit, Selangau dan Kapit di Sarawak dan Kalabakan serta Pensiangan di Sabah.

BN turut meraih kemenangan percuma di dua kerusi DUN menerusi calonnya di DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, dan Datuk Ramlee Marhaban di DUN Bugaya, Sabah.

Pas turut memperolehi kerusi percuma di DUN Kijang apabila calonnya, Wan Ubaidah Omar, diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas calon BN, Mustopha Ahmed, ditolak kertas pencalonannya kerana muflis.

Seramai 10,922,139 pemilih layak mengundi pada 8 Mac depan.

Dipetik dari: http://praya.hmetro.com.my/Current_News/Pilihanraya08/news/artikel/20080225133927/Article/index_html


Isnin, 25 Feb 08

Calon Pilihan Raya Umum 2008
Posted by Kelana

Pilihan Raya Umum 2008 sudah pun memasuki fasa yang berikut apabila penamaan calon telah pun berjalan dengan lancarnya semalam 24 Februari 2008. Seramai 1,109 calon akan bertanding di 505 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 479 calon lagi akan cuba merebut 222 buah kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 kali ini.

Pilihan raya kali ini melihat seramai 543 muka baru, termasuk 42 calon muda berusia bawah 40 tahun diberi kepercayaan oleh parti masing-masing untuk bertanding. Daripada jumlah itu, BN meletakkan 19 calon, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula masing-masing menampilkan sembilan calon manakala PAS memberi peluang kepada lima calon.

Calon yang termuda dalam pilihan raya ini adalah Ginnie Lim Siew Lin berumur 26 tahun wakil dari PKR yang akan bertanding untuk DUN Machap. Tidak ketinggalan juga Nurul Izzah, 27 calon PKR bagi Parlimen Lembah Pantai, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 31, calon BN bagi Parlimen Tumpat, Kamaruzzaman Abdullah, 31, calon PAS untuk kerusi Parlimen Hulu Terengganu dan How Wee Shiong, 27, calon DAP bagi DUN Chennah.

Bagi calon baru pula, BN yang mempunyai 14 parti komponen menampilkan 235 orang muka baru dengan Umno sebagai parti komponen terbesar, memberi kepercayaan kepada 158 orang muka baru, MCA pula seramai 53 orang, MIC 14 orang dan Gerakan pula 11 orang muka baru.

Sementara itu sebanyak 10 buah kerusi telah dimenangi tanpa bertanding, sembilan kerusi oleh calon BN dan satu kerusi calon PAS. Calon BN yang menang adalah Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri Belia dan Sukan bagi .Parlimen Pengerang, Johor, Norah Abdul Rahman bagi Parlimen Tanjung Manis, Aaron Ago Dagang Parlimen Kanowit, Joseph Entulu Parlimen Selangau dan Alexander Nanta Linggi Parlimen Kapit di Sarawak dan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh Parlimen Kalabakan serta Tan Sri Joseph Kurup Parlimen Pensiangan di Sabah.

Dua lagi kerusi yang dimenangi oleh calon BN adalah kerusi DUN Sementa, Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, dan Datuk Ramlee Marhaban bagi DUN Bugaya, Sabah. Manakala satu kerusi yang diperolehi oleh PAS ialah di DUN Kijang, Kelantan apabila calonnya, Wan Ubaidah Omar, diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas calon BN, Mustopha Ahmed, ditolak kertas pencalonannya kerana muflis.

Pada pilihan raya umum ke 11 lalu, BN telah menangi 21 kerusi tanpa bertanding - tujuh Parlimen dan empat DUN di Sabah, enam Parlimen di Sarawak, satu Parlimen dan satu DUN di Johor serta masing-masing satu DUN di Perak dan Selangor. PAS pula menang satu kerusi tanpa bertanding di DUN Senggarang, Johor.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, yang menyandang kerusi Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang sejak 1978, dicabar calon PAS, Subri Arshad, manakala Najib ditentang calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin di kerusi Parlimen Pekan, Pahang yang disandangnya sejak 1976.

Senarai penuh nama calon bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan boleh diperiksa di General Election 2008 Candidates.

Kedudukan mereka yang dinamakan sebagai calon untuk Parlimen dan DUN ini akan ditentukan oleh seramai 10,922,139 pemilih yang layak mengundi pada 8 Mac depan.

Dipetik dari: http://putrawangsa.com/calon-pilihan-raya-umum-2008/


Isnin, 25 Feb 2008

Tiga muka baru warisi darah 'politik'

KOTA BHARU: Selain mewakili parti, tiga calon yang bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum 8 Mac ini, sebenarnya mewarisi darah 'politik' keluarga masing-masing.

Paling menarik di Parlimen Machang, apabila pemangku Ketua Wanita Umno Bahagian Machang, Datin Rahimah Mohamad, diturunkan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan daripada Pas.

Pada pilihan raya 2004, suaminya, Datuk Ismail Mamat, yang menjadi calon BN di kerusi terbabit, tewas dengan majoriti 75 undi kepada calon Pas, Datuk Hassan Mohamad.

Pada pilihan raya kali ini, Hassan digugurkan daripada senarai calon Pas.

Rahimah yang juga pesara guru, berdepan cabaran anak Hassan, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Fadzli Hassan, yang diturunkan menggantikan bapanya mempertahankan kerusi itu.

Rahimah bertekad menebus kekalahan suaminya pada 2004 dengan merampas kerusi terbabit walaupun terpaksa berdepan anak calon yang menewaskan suaminya.

Katanya, selain kempen secara peribadi dengan sokongan jentera BN di seluruh DUN Temangan, suaminya turut menjadi sebahagian jentera kempen kali ini.

"Pemilihan saya sebagai calon BN adalah penghormatan kepada Wanita Umno di negeri ini.

"Saya bertekad untuk memastikan BN menang di sini bagi menubuhkan kerajaan di Kelantan," katanya selepas penamaan calon, semalam.

Sementara itu, mengulas pemilihan anaknya sebagai pengganti beliau di kerusi sama, Hassan berkata, keputusan terbabit bukan dibuatnya, sebaliknya kehendak pucuk pimpinan Pas.

Bagi kerusi Parlimen Tumpat, Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki, 32, yang mewakili BN meneruskan perjuangan bapanya, Datuk Dusuki Ahmad, yang juga bekas Ahli Parlimen Tumpat sejak 1982 hingga 1990.

Dr Asyraf Wajdi yang juga Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) turun mencabar penyandang kerusi Parlimen Tumpat yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Bekas pemimpin pelajar itu juga calon termuda di Kelantan itu, berkata selain bapanya, pembabitannya dalam politik turut mendapat restu keluarganya termasuk isteri, Dr Irwani Abdullah dan ibunya, Datin Nik Noraini Nik Yahya, 62.

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080225003204/Article/index_html


Ahad, 24 Feb 2008

Kelantan Terus Warnai Politik Tanahair
Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Zabidi Ishar

KOTA BAHARU, 24 Feb (Bernama) -- Cuaca di Kelantan pagi tadi mendung ketika proses penamaan calon bermula tetapi bahang pilihan raya di negeri yang menjadi tumpuan kerana persaingan hebat antara Barisan Nasional (BN) dan PAS tetap dirasai.

Sehingga hari pengundian pada 8 Mac ini, PAS akan bermati-matian mempertahankan Kelantan, satu-satunya negeri yang dikuasainya sejak 18 tahun lepas, manakala Barisan Nasional (BN) pula merasakan kali ini ia mempunyai peluang amat cerah untuk menang bagi membolehkannya menjadikan Kelantan semaju negeri lain yang diperintah BN.

PAS dengan kelebihan hanya satu kerusi iaitu 23-22 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding BN, tentunya bimbang ketika BN kian mendapat sokongan besar daripada rakyat Kelantan. Hasilnya, percaturan kedua-dua parti kali ini lebih menarik dan berani meletakkan lebih ramai muka baru termasuk tambahan calon wanita untuk bertanding baik bagi kerusi negeri atau Parlimen.

BN meletakkan Ketua Wanita Umno Bahagian Machang Datin Rahimah Mohamad untuk bertanding bagi kerusi DUN Temangan dan Naib Ketua Puteri Umno Kelantan, Khazuni Osman bagi kerusi Tanjong Mas.

Rahimah berdepan Dr Mohd Fadhli Hassan, anak bekas wakil rakyat di situ sebelum ini, Datuk Hassan Muhamad, anggota exco kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Khazuni pula menghadapi penyandang kerusi Tanjong Mas, Rohani Ibrahim iaitu seorang daripada tiga calon wanita PAS.

Dua lagi calon wanita yang diketengahkan PAS adalah Wan Ubaidah Omar yang bertanding di DUN Kijang manakala seorang lagi adalah bekas senator Siti Zailah Mohd Yusoff yang bertanding bagi kerusi Parlimen Rantau Panjang.

Ketika debaran calon-calon lain baru bermula, Wan Ubaidah sudah mampu bergelar "YB" apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding pencalonan Mustopha Ahmed dari BN ditolak akibat muflis kerana menjadi penjamin kepada Pada masa yang sama seorang calon PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada calon sekutunya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Kuala Balah untuk menentang calon BN.

Ketika dijangka semua kawasan akan berlaku pertandingan terus antara PAS/PKR menentang BN, di kawasan-kawasan Parlimen Rantau Panjang dan Tanah Merah dserta kerusi DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru, melibatkan calon Bebas.

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi DUN.

Calon paling muda yang bertanding pada pilihan raya umum ini adalah Reizal Abdul Rahim, 34, dari PKR bagi kerusi Paloh manakala calon BN bagi kerusi Parliman Tumpat, Dr Asraf Wajdi Dusuki, berusia 35 tahun.

Kelantan juga seolah-olah menjadi medan pertarungan pimpinan tertinggi PAS termasuk di peringkat Pusat dalam usaha mereka kekal berkuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Chempaka, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bagi kerusi Parlimen Bachok, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar di kawasan Parlimen Tumpat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di DUN Salor, Bendahari PAS Dr Mohd Hatta Md Ramli bagi kerusi Parlimen Kuala Krai dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bagi kawasan Parlimen Kubang Kerian.

Pencalonan Nasharuddin, Mohd Hatta dan Salahuddin sebelum ini menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong PAS kerana mereka bukan anak Kelantan.

BN juga tidak kekurangan nama besar kerana yang turut diturunkan ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed yang bertanding bagi kerusi Parlimen Jeli, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang bertanding bagi kerusi Parlimen Bachok dan juga kerusi DUN Perupok dan Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sazmi Miah untuk kerusi Parlimen Machang, serta Datuk Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang bertanding di kawasan Parlimen Ketereh.

Dr Awang Adek pula adalah satu-satunya calon BN di Semenanjung Malaysia yang bertanding di dua kerusi.

Pada pilihan raya kali ini, dua bekas pemimpin BN, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang pernah bertanding atas tiket BN, menentang parti lama mereka.

Ibrahim bertanding atas tiket PAS bagi kerusi Parlimen Pasir Mas manakala Ahmad Rosli sebagai calon PAS bagi kerusi DUN Kok Lanas menentang rakan dari Umno Datuk Alwi Che Ahmad.

-- BERNAMA


Sabtu, 23 Feb 2008

Ramai lulusan agama jadi calon
Oleh Hasliza Hassan

Bukti perjuangan syiar Islam dilaksana kerajaan meliputi semua aspek pembangunan

BARISAN kepemimpinan daripada golongan berlatar belakang pendidikan agama penting bagi mendokong hasrat kerajaan melahirkan modal insan berkualiti dalam program pembangunan negara serta memastikan 10 prinsip Islam Hadhari dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Berdasar kepada keperluan itu, lebih ramai calon memiliki kelulusan dalam bidang agama diketengahkan sebagai muka baru pada pilihan raya umum kali ini bersama wakil rakyat sebelum ini yang dikekalkan.

Antara muka baru diperkenalkan Barisan Nasional (BN) di Kelantan ialah Mohd Afandi Yusuff, calon Parlimen Rantau Panjang, yang berkelulusan bidang Syariah dan Pengajian Islam dari Universiti Jordan dan pernah bertugas di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Malaysia.

Seorang lagi muka baru ialah Penyelaras Program Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Asraf Wajdi Dusuki yang akan bertanding di Parlimen Tumpat, juga penceramah yang kian popular dalam program keagamaan di televisyen.

Muka baru diperkenalkan BN Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi Parlimen Marang memulakan pengajian peringkat diploma di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam.

Beliau kemudian menyambung pelajaran peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Edinburgh, United Kingdom.

Selain mengekalkan bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Perak, Najmuddin Elyas Al-Hafiz (Batu Kurau), Perak tidak ketinggalan mengemukakan calon baru daripada aliran agama. Ia termasuk Mohd Nizar Zakaria, graduan bidang pendidikan daripada Institut Agama Islam Negeri Padang, Indonesia yang akan bertanding Parlimen Parit.

Setakat ini, calon Pilihan Raya Umum 2004 daripada kalangan tokoh agama yang dikekalkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin di Parlimen Besut dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Che Min Che Ahmad (Pasir Putih).

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail yang tewas kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu dicalonkan sekali lagi dalam usaha BN menawan kubu kuat pembangkang itu.
Mereka yang digugurkan termasuk satu-satunya tokoh agama wanita yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib dengan majoriti 4,100 undi, pada pilihan raya umum lalu.

Turut digugurkan ialah bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Amran Kasimin (DUN Bangi) dan Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin yang mengalahkan calon Pas, Datuk Dr Hassan Mohd Ali Parlimen Parit Buntar, pada 2004.

Tidak ketinggalan, Kedah turut menampilkan calon baru berlatar belakang perundangan Islam dengan menampilkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Hasbullah Lebai Isa yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam dan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pemilihan lebih ramai calon yang berlatarbelakangkan agama di kalangan profesional membuktikan kesungguhan BN menterjemahkan hasrat menekankan kepentingan agama melalui barisan kepemimpinannya.

Walaupun kebanyakan adalah muka baru yang belum lagi diuji kemampuan daripada segi kepemimpinan, ilmu yang dimiliki serta semangat untuk membawa perubahan kepada masyarakat diyakini sebagai kelebihan bagi mereka mendapat kepercayaan rakyat.

Masyarakat hari ini memang cenderung untuk memilih pemimpin yang bukan saja boleh membangunkan prasarana, malah membimbing orang di bawahnya dengan amalan serta nilai murni yang digalakkan Islam.

Asraf berkata, kehadiran beliau sebagai calon BN Kelantan adalah sebagai nilai tambah dalam gelombang arus politik Kelantan hari ini yang ingin mempromosikan perjuangan berasaskan kasih sayang dan membuang budaya berdendam serta suka berpecah.

Katanya, jika selama ini masyarakat diselewengkan dengan tanggapan bahawa Islam hanya berkaitan solat, puasa dan zakat saja, beliau berasakan bertanggungjawab untuk menjelaskan bahawa pembangunan ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan adalah perjuangan Islam.

"Kehadiran saya di Tumpat untuk membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan perjuangan Islam. Selama 50 tahun membina negara, pemimpin sudah melaksanakan seperti dilakukan Rasulullah SAW ketika membina kerajaan Islam Madinah.

"Rasulullah SAW tidak hanya menekankan kepada aspek akidah dan ibadat saja tetapi turut memberi penumpuan dari segi pembinaan prasarana asas yang penting dalam memenuhi keperluan rakyat," katanya.

Beliau yang mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab berkata, usaha melakukan perubahan tidak dapat dicapai sekelip mata atau dalam tempoh singkat sebaliknya perlu dilakukan secara berperingkat dan berterusan.

Justeru, katanya, beliau tidak mahu terlalu bercita-cita tinggi dan akan memastikan setiap yang dilakukan berasaskan kemampuan terutama dalam membina budaya baru yang meletak Islam melangkaui kepentingan kuasa.

Asraf berkata, berdasarkan maklum balas diterima daripada masyarakat yang menghadiri sesi ceramahnya yang sudah bermula, mereka menerima pendekatan digunakan untuk menonjolkan imej Islam tidak berasaskan kebencian.

Calon Parlimen Parit, Mohd Nizar berkata, keperluan kepada pemimpin aliran agama adalah untuk membantu kerajaan memberi penjelasan dalam pelbagai isu dan pada masa sama, melaksanakan tugas dakwah mengajak mereka melakukan kebaikan.

Bekas Pengetua Maahad Al-Aziz itu berkata, tidak dinafikan calon memiliki ilmu agama mudah untuk mendekati seterusnya diterima masyarakat kerana kecenderungan mereka yang menginginkan manfaat daripada pembangunan dunia dan akhirat.

"Pemimpin memikul amanah dan bagi kami yang memiliki latar belakang agama, memang patut untuk bersama pemimpin sedia ada menunaikan amanah dan berusaha mencapai hasrat kerajaan membina modal insan berkualiti demi bangsa, agama dan negara," katanya.


Jumaat, 22 Feb 2008

Expert leadership needed, says Khairy

PASIR PUTEH: Kelantanese should let a professional run the state, says Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin.
"Yes, religion is important, but there is no point talking about religion when you cannot develop the people and the state," he said after meeting party members at the Barisan Nasional Youth operations centre yesterday.

Khairy gave his full backing to Datuk Dr Awang Adek, whom the Barisan has identified as the next Mentri Besar should Barisan win Kelantan.

"He was the Bank Negara assistant governor, deputy finance minister and deputy rural development minister. He knows how to look after money, he is an economist. I think the Kelantanese should let a professional run the state," he said.

He added that PAS adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat had run the state for a long time but did not know what was going on as "he privatises everything to (PAS vice-president Datuk) Husam (Musa)".

"So Husam is not accountable to anybody but Tok Guru (Nik Aziz) and Tok Guru doesn't understand what Husam is doing," he said.

Asked about Umno state liaison committee chairman Datuk Seri Annuar Musa, who is slated to contest in the Ketereh parliamentary seat, Khairy said Annuar would continue to serve as chairman "for now".

Khairy thanked the party leadership for picking many Barisan Youth members as candidates.

Of the 10 Youth candidates, seven are new faces. Four will contest the parliamentary seats – Dr Asraf Wajdi Dusuki (Tumpat), Mohd Afandi Yusoff (Rantau Panjang), Datuk Sazmi Miah (Machang) and Datuk Shaari Hassan (Tanah Merah).
Those contesting state seats are Dali Husain (Panchor), Rosmadi Ismail (Bunut Payong), Rosdi Mohamad (Chetok), Anuar Safian (Pasir Tumboh), Dr Asri Mejah (Pulai Chondong) and Zulkifli Omar (Manek Urai). - Star

Dipetik dari: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/2/22/nation/20406286&sec=nation


Khamis, 21 Feb 2008  
Calon Baru BN Kelantan Azam Beri Khidmat Terbaik

MUKA BARU… Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tumpat.

KOTA BAHARU, 21 Feb (Bernama) -- Beberapa calon bagi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri Kelantan berazam untuk memberikan khidmat terbaik dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan di negeri ini.

Calon Parlimen Tumpat Dr Asraf Wajdi Dasuki, 35, berkata beliau tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini walaupun umurnya dianggap paling muda dalam senarai kesemua calon BN Kelantan.

"Bagi saya ini bukan soal umur tetapi apa yang BN hendak sampaikan kepada rakyat iaitu membawa perubahan dari segi politik dan pembangunan tanpa mengabaikan soal agama," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman senarai nama calon BN di sini hari ini.

Asraf yang merupakan bekas pensyarah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata beliau percaya rakyat Kelantan kini semakin optimis untuk menerima perubahan setelah berada di bawah pemerintahan Pas sejak 18 tahun lalu.

Beliau mendapat pendidikan peringkat Phd dan sarjana dalam jurusan Perbankan dan kewangan Islam dari universiti Loughborough, United Kingdom pada 2005.

Calon Parlimen Kuala Krai Profesor Datuk Dr Che Musa Che Omar, 58, pula berkata, "Sebagai calon saya akan lakukan yang terbaik untuk Kuala Krai di samping dapat menyumbangkan kepakaran yang saya miliki untuk mewujudkan Kuala Krai Baru," katanya.

Che Musa adalah pemegang Phd dalam bidang Perancangan Alam Sekitar dari Universiti Manchester, England dan merupakan pengarah Pusat Alam Bina UIA.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Ismail Mat, 55, berkata jika BN berjaya menawan Dun berkenaan, beliau yakin banyak pembaharuan yang dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan.

"Salor merupakan satu kawasan yang strategik kerana berada di tengah-tengah antara pekan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu dan Pasir Mas dan mampu dimajukan terutamanya dengan pembinaan bandar baru Tunjung," katanya.

Ismail adalah bekas Pegawai Pelajaran Daerah Kota Baharu.

Sementara itu bekas pemimpin Semangat 46 yang juga bekas Exco kerajaan Kelantan, Zianon Abdin Ali, 49, yang bertanding di DUN Kemahang berkata, pengalamannya dalam kerajaan negeri serta pengaruhnya di situ, beliau yakin BN akan menang bukan sahaja di DUN yang ditandinginya tetapi juga merampas Kelantan daripada PAS.

Beliau adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri selama sepenggal dari 1990 sehingga 1995.

-- BERNAMA

Dipetik dari: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315293


21 Februari 2008

Kelantan Umno banks on Awang Adek
By SHAHANAAZ HABIB and IAN MCINTYRE

KOTA BARU: Datuk Dr Awang Adek Hussin is Umno's choice to be Kelantan Menteri Besar should Barisan Nasional wrest the state from PAS.

The deputy Finance Minister will contest two seats - the Bachok parliament and the Perupok state seat.
Explaining the decision to field Awang Adek in two seats, state Umno chief Datuk Annuar Musa said the former deputy Bank Negara governor, with his years of experience, was the best man to lead Kelantan and spearhead the state's economic transformation.

He added that the party felt it was also best to retain Awang Adek for the Bachok parliament seat for continuity; and also to take on the PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa who is expected to stand there.
Datuk Mustapa Mohamad, who previously led Kelantan Barisan Nasional in the 2004 general election, is only contesting one seat this time.

The Jeli MP will defend his seat, while his Air Lanas state seat will be contested by his political secretary Dr Azmi Setapa.
Annuar who was a long-serving federal minister will return to parliament and contest the Ketereh seat, swopping with his close friend Datuk Md Alwi Che Mat who will take his Kok Lanas seat.
"Kelantan Barisan Nasional has taken this bold, unconventional but strategic move because our main priority is winning the state and forming the Government.

"We are offering the best blend of candidates. Some are PhD holders, others are very experienced. It is well represented," he said Thursday at a press conference at his house in Bukit Marak where he announced the full list of 45 Barisan state and 14 parliament candidates.

He said Umno had taken into consideration the PAS and PKR candidates who would be standing and their seats.
"We got the full list and studied them one by one so that we can field better candidates," he added.
There are 22 new faces in the line-up - six for parliament and 16 for state seats.
Among the surprise candidates are Datuk Abdul Halim Ahmad who was the former Pasir Mas district officer and currently works for the Kelantan palace.

Abdul Halim was also the Election Commission returning officer for the Pengkalan Pasir by-election.
Significantly there are a number of academics contesting this time - among them are Dr Asraf Wajdi Dusuki (Tumpat), Prof Datuk Che Musa Che Omar (Kuala Krai), Assoc Prof Dr Abdullah Sudin (Pengkalan Chepa) and Hashim Ismail (Selising).
Two women candidates are fielded - Datin Rahimah Mohamad and Khazuni Osman who are from the Wanita and Puteri Umno wings respectively.

Eight candidates are civil servants who would have to

Dipetik dari: http://thestar.com.my/elections2008/story.asp?file=/2008/2/21/election2008/20080221160124&sec=Election2008

© 2008, AsyrafWajdi.com, All Rights Reserved