wrapper

Terkini

SEJAK akhir-akhir ini wujud segelintir umat Islam yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial seperti Facebook untuk berkempen membayar terus zakat kepada golongan asnaf tanpa melalui institusi zakat yang sah dilantik oleh pemerintah di peringkat negeri-negeri.

Kempen ini difahamkan sudah berjalan sejak dua tahun dahulu. Malah pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada agensi pungutan zakat yang sah, kononnya zakat hanya pandai dikutip tetapi tidak diagihkan dengan baik.

Pelbagai persepsi dicorakkan seperti kesukaran golongan asnaf mendapatkan zakat kerana pelbagai karenah birokrasi, bilangan fakir miskin semakin bertambah lantaran tidak terbela. Mungkin nampak logik, tetap ia tidak semestinya benar dari segi faktanya.

Hakikatnya sudah banyak pembaikan dilakukan oleh institusi zakat di bawah kuasa negeri-negeri dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun satu dua kelemahan yang ada tidaklah seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan sumbangan yang lebih besar dilakukan institusi tersebut. Apatah lagi jika melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan mengadakan kempen memburukkan institusi zakat supaya umat hilang keyakinan dan tidak mahu memanfaatkan institusi yang diwujudkan oleh pemerintah.

Prinsip penting yang harus difahami, mewujudkan institusi zakat adalah sebahagian daripada tanggungjawab pemerintah yang diwajibkan oleh Islam. Ini dijelaskan dalam Surah At-Taubah, ayat 103: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Ini bermakna ketaatan membayar zakat kepada institusi ini juga merupakan satu bentuk ketaatan kepada pemerintah dalam perkara yang hak yang dituntut oleh al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana disebut dalam Surah an-Nisa’, ayat 59.

Dalam kaedah fiqh pula disebut prinsip: “Keputusan yang ditetapkan oleh pemerintah akan mengangkat (membatalkan) segala perbezaan pandangan yang lain”. Ini menunjukkan membayar zakat melalui agensi-agensi zakat yang sah dan dilantik oleh pemerintah adalah jalan terbaik untuk umat Islam menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Jika ditelusuri sejarah awal perkembangan Islam, fenomena mereka yang enggan membayar zakat kepada pemerintah pernah berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar RA. Namun Saidina Abu Bakar dengan tegas menyatakan beliau tetap akan memerangi mereka yang enggan membayar zakat dengan kata-katanya: “Demi ALLAH, jika mereka enggan membayar kepadaku walaupun hanya tali unta yang pernah mereka tunaikannya kepada Rasulullah SAW (sebagai zakat), aku benar-benar akan memerangi mereka”.

Islam menuntut umatnya membayar zakat melalui institusi lantikan pemerintah yang sah bagi memastikan ia memenuhi syarat-syarat zakat yang disyariatkan khususnya berkenaan kelayakan penerima zakat atau had kifayah bagi seseorang asnaf.

Jika had kelayakan penerima zakat tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan syarak, apa yang berlaku ialah status zakat yang dibayar tidak sah dan akan berubah hanya sebagai sedekah biasa yang tidak lagi bersifat wajib. Kesan mudaratnya ialah, kewajipan berzakat umat masih belum tertunai.

Berbeza dengan agensi zakat yang sah dan dilantik oleh pemerintah. Mereka mempunyai data yang lengkap berkenaan penerima yang layak menerima zakat. Zakat yang dikumpulkan dapat diagihkan kepada semua golongan asnaf secara adil dan saksama secara menyeluruh.

Dengan adanya institusi zakat, banyak manfaat lain kepada umat Islam yang tidak dapat dibuat melalui orang perseorangan seperti penubuhan rumah anak asnaf dan yatim, menganjurkan program ekonomi kepada asnaf yang lebih berkesan mengeluarkan mereka daripada kemiskinan bahkan pelbagai lagi program yang menyuburkan syiar dan syariat Islam dalam negara yang selalunya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.

Penulis berpandangan, jika masih mahu menolong seseorang yang susah dan memerlukan bantuan, ia boleh dilakukan dalam bentuk sedekah yang sunat dan bukan sebagai zakat yang wajib. Urusan zakat boleh serahkan kepada mereka yang layak menguruskannya iaitu agensi-agensi yang sah yang dilantik oleh pemerintah.

Sesungguhnya ALLAH akan melipatgandakan pahala dan balasan baik di dunia bagi mereka yang suka bersedekah. Lebih-lebih lagi sedekah di Ramadan yang mulia ini yang dilipatgandakan amalan baik dan dibuka pintu-pintu keampunan sebagaimana diungkapkan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245.

Justeru, hentikanlah perbuatan provokasi melalui media sosial yang mengajak umat Islam supaya jangan membayar zakat melalui agensi zakat yang sah dan mengagihkannya terus kepada penerima zakat. Perbuatan seperti ini tidak akan menguntungkan umat Islam secara keseluruhannya bahkan mampu menghancurkan institusi penting yang menjadi tunjang kekuatan Islam di negara ini. 


*Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri

Leave a comment

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family