wrapper

Terkini

SEPANG: Pengurusan Tabung Haji (TH) begitu profesional ketika menjalankan tugas di tanah suci melalui model gerak kerja yang merangkumi "dari sebesar-besar perkara sehingga ke sekecil-kecil masalah", kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan TH sehingga ke tahap pengurusan jemaah yang uzur di mana setiap petugas diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka. "Malah, ada jemaah memberitahu saya bahawa cara layanan yang diberikan sangat baik melebihi layanan daripada pasangan atau anak-anak mereka sendiri," katanya kepada media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini bersama 276 jemaah lain.

Beliau berkata, pengiktirafan dan pujian harus diberikan kepada petugas TH yang telah menunjukkan semangat dan dedikasi tinggi ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang musim haji tahun ini.

Katanya, komitmen luar biasa petugas TH seramai 580 orang untuk menguruskan 25,105 jemaah tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan termasuklah ketika berhadapan dengan dua musibah iaitu tragedi kren tumbang pada 11 September di Masjidilharam dan insiden rempuhan di Mina pada 24 September, "Ibarat pahlawan yang tidak didendang, walaupun berhadapan dua musibah, petugas TH masih mampu mengendalikannya dengan baik," katanya.

Asyraf berkata, walaupun banyak pujian diterima pihak TH termasuk daripada kerajaan Arab Saudi dan negara Islam lain, namun maklum balas daripada jemaah masih diperlukan untuk menambah baik perkhidmatan pada masa akan datang.

Sementara itu, katanya, kerajaan Arab Saudi telah melihat Malaysia sebagai negara terawal mengambil langkah serius ketika tragedi kren tumbang berlaku. "Ini kerana, kita satu-satunya negara yang menterinya hadir ke sana iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. "Kehadiran mereka dianggap sebagai serius oleh kerajaan negara itu dan kerana itu proses pengecaman dan pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan cepat termasuk insiden rempuhan di Mina," katanya. - BERNAMA

Leave a comment

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family