Welcome to the Frontpage
Mansuhkan Caj Perkhidmatan PTPTN Bukannya Mansuhkan PTPTN
Polemik mengenai PTPTN nampaknya kembali menghangat di pentas massa ketika ini terutamanya selepas Pakatan Pembangkang mengumumkan tawaran terbaru mereka kepada rakyat menjelang Piliharaya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sememangnya, sejak awal diperkenalkan, isu PTPTN ini tidak pernah sunyi daripada polemik perdebatan di kalangan massa. Isu ini kembali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya yang menyaksikan parti-parti politik saling cuba membuat pelbagai tawaran demi menagih undi terutamanya dikalangan pengundi muda.
Bagi penulis apa juga tawaran dan janji-janji politik yang ingin ditabur mestilah bersifat realitik, praktikal dan bertanggungjawab dengan mengambil kira realiti, kemampuan dan masa depan negara. Bukannya sekadar janji kosong yang akhirnya tidak dikota lantaran sikap politikus yang seringkali mengeksploitasi imaginasi rakyat dengan fatamorgana janji-janji berupa bulan dan bintang.
Walaubagaimanapun, penulis masih berpegang pada pendirian sejak awal PTPTN diperkenalkan bahawa apa jua skim pinjaman pendidikan mestilah bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan syarak terutamanya dalam konteks RIBA.
LAST_UPDATED2
Risiko, Spekulasi dan Judi Dalam Aktiviti Pelaburan
Seringkali kita terkeliru atau dikelirukan dengan tiga istilah penting yang hadir dalam muamalah harian manusia terutamanya dalam konteks perniagaan dan pelaburan. Tiga istilah ini ialah risiko, spekulasi dan judi yang kadang-kala saling terkait antara satu sama lain. Kefahaman tuntas mengenai ketiga-tiga istilah ini amat penting bagi penentuan hukum halal dan haram dalam muamalah harian terutamanya mereka yang terlibat aktif dalam aktiviti pelaburan dan urusniaga jualbeli seperti perdagangan FOREX, jual-beli emas, MLM, urusniaga internet yang menjadi mekanisme utama masa kini bagi mereka yang ingin mendapatkan pulangan keuntungan yang lumayan.
Berbanding judi atau istilah syaraknya iaitu maisir atau khimar yang jelas diharamkan dalam Islam, risiko dan spekulasi memerlukan penelitian secara lebih terperinci sebelum satu-satu hukum diputuskan. Ini kerana tidak semua aktiviti ekonomi yang wujud didalamnya elemen risiko dan spekulasi adalah diharamkan. Ia bergantung sejauh mana risiko dan spekulasi tadi mengandungi elemen-elemen yang diharamkan dalam muamalah Islam samaada riba, gharar mahupun maisir. Justeru untuk mendalami isu ini terlebih dahulu eloklah kita memahami secara tuntas maksud spekulasi dan risiko daripada perspektif Islam khususnya yang melibatkan aktiviti pelaburan dan ekonomi lain seperti jualbeli.
LAST_UPDATED2
Ulasan Mengenai Fatwa Pengharaman Urusniga FOREX Online oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Alhamdulillah, akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Kota Bharu Kelantan semalam telah memutuskan bahawa HARAM hukumnya bagi umat Islam melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan mata-wang asing atau FOREX khususnya yang dilakukan secara individu melalui platform elekronik atau internet (Fatwa ini tidak merujuk kepada transaksi FOREX yang dilakukan di institusi-institusi kewangan Islam). Walaupun belum ada perincian alasan-alasan dan hujah-hujah yang mendasari fatwa yang dikemukakan itu, bagi saya ia merupakan keputusan yang tepat. Kami di ISRA (Akademi Antarabangsa Penyelidikan Syariah Dalam Kewangan Islam) telah mengenal pasti beberapa isu Syariah yang timbul melalui urusniaga FOREX di internet. Di sini saya kongsikan sebahagian isu-isu Syariah penting berdasarkan penyelidikan terperinci termasuk siri-siri temuramah dengan mereka yang terlibat secara langsung samaada yang menyediakan platform perdagangan FOREX di i nternet, broker, dealer, mahupun pelabur-pelabur tegar di kalangan orang awam:
LAST_UPDATED2
Revisit The Principle of Tabarru' in Takaful Structure
It has been widely accepted today that Islamic Insurance, or Takaful, unlike its conventional counterpart, is based on the fundamental principles of mutual cooperation (ta’awun) and donation (tabarru`). Under the Islamic laws of transactions (fiqh muamalah), the existence of gharar (ambiguity) and maysir (gambling), which normally nullify an exchange contract (muawadah), are tolerated in a contract of donation (tabarru`). This corresponds to the Islamic legal maxim:
يغتفرمن التبرعات في الغرار والجهالة
“uncertainties are tolerable in a gratuitous contract”.
This is mainly due to the fact that parties who enter into a tabarru` contract do not aim to make profit out of the contributed sum, and hence the potential dispute which normally arises in a profit-making transaction is deemed to be negligible in a gratuitous-based transaction. Furthermore, the issue of uncertainty is irrelevant since the contributor voluntarily gives away his property or right to the recipient without any consideration.
LAST_UPDATED2
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
- «
- Mula
- Sblm
- 1
- 2
- Seterusnya
- Tamat
- »





