Bukan Rasuah Tapi Sedekah…..!

Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Memang sebulan dua ini agak sibuk dengan tanggungjawab asasi mengembangkan sistem kewangan Islam sebagai sistem kewangan alternatif yang bebas daripada riba. Ketika menulis ini pun penulis sedang berada di Bahrain menghadiri Persidangan Tahunan Kewangan Islam Antarabangsa selama dua hari sebelum ke Jakarta membentangkan kertas kepada para ulamak dan cendekiawan syariah mengenai instrumen kewangan Islam bagi menguruskan risiko.

Terdetik untuk mengulas isu yang benar-benar mengesankan hati penulis tatkala membaca laporan akhbar baru-baru ini mengenai kenyataan KETUA DEWAN ULAMAK PAS, Datuk Muhammad Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar PAS Bahagian Machang Rabu lalu yang mendedahkan penularan budaya rasuah dengan sogokan berbentuk pakaian dan jamuan dalam pemilihan parti tahun ini.

Bagi yang skeptikal tentunya mengatakan bahawa isu ini hanyalah mainan media massa pemerintah yang membesar-besarkan sesuatu yang kecil. Namun ken yataan Mursyidul Am PAS sendiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang memperakui penularan gejala ini pastinya tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal lagi. Apatah lagi Tuan Guru sendiri mengeluarkan ‘fatwa’ nya hari ini (lihat laporan hari ini dalam www.mstar.com.my )dengan mengatakan bahawa “kalau ada yang bagi rasuah tu ambil sahaja tapi jangan pangkah dia, biar dia rasa serik”. Tentunya bagi orang Kelantan fatwa ini bukannya fatwa baru, malah Nik Aziz pernah mengeluarkan fatwa sebegini ketika pilihanraya 1990 lagi.

Penulis tidak begitu terkejut dengan fenomena yang bagi sesetengah pihak yang mungkin dianggap sebagai suatu yang baru dalam PAS ketika ini. Namun hakikatnya, soal sogokan wang dan barangan memang sudahpun diamalkan PAS ketika pilihanraya umum lagi. Pengalaman penulis ketika menyertai secara langsung dalam PRU12 lalu, memang membuka mata penulis bahawa PAS sama sahaja dengan parti-parti politik lain yang menggunakan pelbagai cara termasuk penggunaan wang dalam pilihanraya.

Penulis sendiri pernah terserempak dengan segerombolan juru-juru kempen dikalangan Muslimah ketika berkempen dari rumah ke rumah. Ketika itu mereka baru sahaja keluar daripada sebuah rumah yang merupakan pengundi atas pagar. Pengundi wanita itu terus bertanya kepada penulis “Berapa yang Dr nak bagi pada saya, mereka tadi baru bagi RM50 yang diselitkan dalam Yasin (sambil menunjukkan wang dan yasin tersebut kepada saya”. Jawab saya “Saya tidak mahu menawarkan duit tapi hanya menawarkan khidmat”. Bagi saya perbuatan menyogok duit adalah satu perbuatan rasuah yang haram. Kalau menangpun dengan cara sedemikian, jawatan itu bukan sahaja tidak berkat malah membebankan kita pula.

Ini bukan kes terpencil, malah ia sudah menjadi rahsia umum bahawa PAS menggunakan wang sepertimana UMNO untuk membeli undi. Selepas pilihanraya, penulis pernah bertemu dengan seorang sahabat yang merupakan salah seorang pimpinan utama PAS. Penulis bertanya mengenai amalan sebegini. Jawabnya mudah bahawa perbuatan sedemikian dijustifikasikan sebagai sedekah dan bukannya rasuah.

Penulis membantahnya kerana bagi penulis rasuah tetap rasuah walau apa nama yang kita nak berikan. Ini berasaskan kaedah feqah yang jelas “العبرة بالمسميات لا بالأسماء ” (perumpamaan bagi sesuatu bukan pada namanya). Maksudnya, sesuatu itu bukan dinilai pada nama tetapi yang lebih utama ialah matlamat dan intipatinya.

Rasuah bermakna kita memberikan sesuatu dengan matlamat untuk mendapatkan pulangan atau imbuhan daripada apa yang diberikan itu. Contohnya, kita bagi duit walaupun dinamakan sedekah tapi kalau tujuannya untuk memastikan kita dapat pulangan berbentuk sokongan , maka ia merupakan satu bentuk rasuah yang diharamkan sama sekali.

Pendirian penulis dalam hal ini jelas, tidak kira UMNO mahupun PAS bahawa perbuatan rasuah iaitu menyogok dengan apa kaedah dan cara sekalipun tetap salah di sisi agama. Cuma yang dikesalkan penulis sikap sesetengah pimpinan PAS yang sanggup menjustifikasikan tindakan salah seperti ini dengan memberikan pelbagai hujah berdalilkan ayat-ayat Allah.

Mungkin elok penulis nukilkan amaran keras Allah dalam Al-Quran mengenai perihal orang yang berjual-beli ayat-ayat Allah demi kepentingan tertentu. Al-Quran menyebut: “Celakalah bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka lalu mengatakan bahawa ‘Ini adalah dari Allah’ untuk berjual-beli dengan harga yang murah. Celakalah segala perbuatan mereka itu dan hasil daripada perbuatan tersebut” (Al-Baqarah:79).

Justeru, penulis berharap marilah kita sama-sama kembali kepada ajaran Islam sebenar dan membebaskan diri daripada belenggu politik kepartian berteraskan asabiyah jahiliyyah hingga tergamak menggunakan ayat-ayat Allah hanya untuk menjustifikasi tindakan kita dan kelompok kita yang salah.  Yang Benar mesti dikatakan benar walaupun kebenaran itu datang bukan daripada puak kita. Begitu juga yang salah mesti dikatakan salah walaupun ia dilakukan oleh puak kita.

11 Responses to “Bukan Rasuah Tapi Sedekah…..!”

  1. Shahnon Says:

    Good one, Dr.

    PAS memang parti hebat. Sentiasa boleh menjustifikasikan setiap tindakan mereka, walaupun terang-terang ianya salah. :)

  2. Nik Amir Says:

    Apa yg Tok Guru cakap tu dah lama dah.

    Ada sorang kontraktor A ni, dia nak dpt projek buat sekolah, dia bagi duit RM 10,000 pada pegawai kementerian pelajaran. Tapi pegawai kem.pelajaran tu pilih kontraktor lain (B) utk projek sekolah tu. Takkan SPRM nak tangkap pegawai kem.pelajaran dgn kontraktor A tu kot ?

    Bila pengundi dpt kain batik, duit, niat le “aku ambik sebab org tu bagi kat aku, bukan sebab aku nak undi UMNO”. Takkan plak kalau org tu dpt kain batik dari org UMNO, tapi undi PAS, kira rasuah?

    Sebab itu lah UMNO di Kelantan nyawa-nyawa ikan sekarang. Wang berjuta-juta habis hasil nahi-nahi, elek-elek. Itulah cara mengajar perasuah.Ahli UMNO pun patut ikut cara Nik Aziz masa pemilihan cawangan,Bahagian dan MT. Insyallah ada kesan positif.
    Jangan lihat dengan mata kiri sahaja. Tuhan bagi mata dua biji. guna biji bola mata kiri dan kanan,baru balance.

  3. Dr Asyraf Says:

    Saudara Nik Amir,

    Rasuah tetap rasuah tidak kira banyak atau sedikit. Dalam sebuah Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. menyebut: “Pemberi dan Penerima Rasuah Tempatnya di Neraka Jahannam” (Bukhari). Bukan manhaj Islam mengajar orang untuk menerima rasuah demi mengajarnya. Prinsip Islam jelas dalam hal ini (Al-Ghayah La Tubarriru al-Wasilah), Matlamat tidak menghalalkan cara. Apabila nas qat’i jelas menyebut mengenai pengharaman rasuah tidak kira pemberi atau penerima, ia bermakna haram qat’ie. UMNO ke PAS ke, salah tetap salah.

  4. bang mat kelate Says:

    Dr.

    kalau nak kisah rasuah..politik wang tuh apa?
    bukan rasuah ke? semua org UMNO amalkan politik wang. may be Dr tidak kot..

    Dr,.. kalau time kempen pilihanraya..pegi kedai kopi then bayar minum/makan org kat kedai kopi tuh rasuah ke tak? saya tgh musykil nih
    kalau tu di kira rasuah .
    bermakna Dr. pun tergolong dlm golongan org rasuah ler..

  5. mat selambo. Says:

    SAMO JAH PAS KO UMNO KO PKR KO DAP KO………
    JANJI BULEH BERKUASO…
    AMBO OYAT SOKMO DOH..
    SUMO PARTI SERUPO JAH..

    MANO2 YANG TAKSUB TU JAH KATO PARTI DIO SOKONG BETOL.. ADO YG KATO SEBAB TERAS NYO AGAMO BETOL..EH KALU LAGU TU BUI DUIT KO ORE PASTU KATO SEDEKOH AGOK2 BETOL KO? DULU TOK GURU KATO ORE TINO TOK LEH AMBIK CALON..PASTU TUP-TUP BOLEH PULOK..PELIK TU? PENYANYI XLEH MASUK KELATE..LONI BUKE STAKAT MAWI JAH…BAYOK LAGI ARTIS WAT AMBO XKENAL BULEH NYAYI DI KELATE..PELIK2 ..DUNIO2..

    UMNO KATO NOK TOLONG ORE MELAYU.. LONI BERAPO RAMAI ORE MELAYU WAT BETOL2 DIO TULONG? UMMM..RASONYO KRONI DIO JAH WAT DIO TULONG STAKAT NI..AMBO RASO PUOK DEMO NI TULONG DIRI SEDIRI BARU TULONG ORE ..

    PASTU PUOK PKR KATO NOK KEADILAN…RASONYO LONI PUN DIO MEMERINTOH NEGERI PON TOK BERAPO ADIL.. NI NOK TUNTUT KEADILAN UNTUK ABE ANWAR JAH KOT… RASONYO KALU TAK DOK ABE ANWAR MAKO TOK WUJUD PKR PUN…

    DAP TOK SOH CAKAP LAH.. BUKE NOK TOLONG BANGSO KITO PUN…KALU MEMERINTOH.. JADI MACE SIGAPURA LAH KITO GAMOKNYE.. ..AHHH..SEMUO SUPO JAH …

    SEBAB APO?

    PITISSSSSSSSSS BELAKOOOOOOOO…

    ADO KUASO ADOLAH PITISSSSSSSSSSSSSSSSS………………..

  6. celagimase Says:

    Salam Dr

    Adakah Dr masih berminat dlm politik? kalo masih berminat, kenapa tidak lagi turun padang berjumpa rakyat.

    Adakah Dr masuk pilihanraya kerana mahukan keglemeran semata-mata atau kerana menganggap sebagai batu loncatan buat Dr? Kalau itulah sebabnya, Dr memang tidak layak untuk menang.

    Informasi di Tumpat mengatakan sokongan pada Dr bukannya sedikit sewaktu pemilihan UMNO, bahkan wujud cawangan2 yang mula meminati Dr dan berharap Dr bakal merubah sistem pemerintahan UMNO bahagian Tumpat yang sedia ada. Ramai juga masih menganggap Dr adalah hero baru bagi menumbangkan pemerintahan UMNO yang mulai usang dibawah pemerintahan Norzahidi.

    Kiranya Dr tidak meneruskan perjuangan ini dan menggantikan kepimpinan yang ada dengan kepimpinan yang lebih bermaruah dan dihormati maka Dr sudah menunjukkan belang sebenar bahawa Dr bukanlah seorang pemimpin dan hanya layak menjadi pencacai politik seperti kami sahaja.

    Usah diidamkan menjadi PM kalau Dr tak layak nak jaga satu bahagian sahaja. Harap buangkan perasaan takut Dr untuk terus berjuang. Tak perlu menonjol di TV semata-mata dengan harapan makin glemer dan terpilih lagi. Kalo asyik keluar TV, Jins Shamsuddin pun glemer lagi. Tak ada sangat kelebihannya.

    Ini adalah harapan orang Tumpat. Berjuanglah demi agama, bangsa dan tanah air.

  7. good man Says:

    It is undeniable that malays are stupid, incapable and lazy. Why don’t they just humbly admit the facts and repent and learn from other races especially Chinese?

    What is the point to argue here and wasting time again?

    From the first onwards we were merely telling the truths. It wasn’t us who think that way but their own Badawi as well.

    All malays should go and read the newspaper, even Badawi is ashamed of maintaining the NEP after 34 years of implementing it and these malay baboons are still asking for it.

    Even Badawi wanted them to compete on a level playing field.

    So what does all these tell the world? It sends a very clear message that it is malays themselves who are incapable and lazy and they don’t even want to admit it and make a change!

    That is the biggest shame of all.

    Can’t you see, it is all back to square one. Year in, year out, some talk for half an hour, some one, some two. Some sing, many belt out their most recent released ‘pantun’.

    After all. Malays are good at that. Suggestions after suggestions, some good, some impossible to realize.

    But, do you see any of these materialised? Hardly. Why, why and why???

    Because the malays can never change. Never! Why?

    The leaders forgot it or were they simply didn’t want to address and admit that the actual disease is the malays and the remedy itself is also, the malays. They can never change. What is it about the malays?

    Firstly as you all know, they are a lazy species. Since the beginning of time they have been like that. Even the encyclopedia called them as lazy people. I think those British with their accent tried to call them ‘malas’, and if you put ‘y’ in, it becomes ‘malays’.

    Embracing Islam make them a worse lot. Now they have a license to kill anything that gets into their way.

    Malays are ungrateful lot. In reality, they just can’t live or open their minds for others. When Mahathir said that they are complacent, they put him in jail. When Mahathir encouraged them to learn English language, they got angry with him, saying it is a ‘bahasa penjajah’.

    When other races ‘maju’, they got angry with them too. That was why at the end of Mahathir his regime, he said this, “I have achieved greatness as a prime minister, but I only fail in one thing, changing the malays.”

    Well, nothing to be surprised about anyway since Mahathir is not really a malay, and I guess that was why the malays were angry with him.

    Drug abuse, hate, incest, liberal extremism (culture of miniskirts and gay marriages), murder, parochialism, racism, rape, religious fanaticism, snatch theft, spoilt bratty behavior, tribalism, wife abuse, child abuse, all that is associated with the malay race.

    To them, malay is the biggest impediment towards building a truly Malaysian nation, and should be chucked into the dustbins of history.

    A genetically flawed race cannot be fixed by politically. Nature will take its course and globalization will put them out to pasture.

    What have we got now?

    Brain drain, economic disparity getting wider, poor education system, racial segregation, widespread corruption, inefficiency and uncompetitive on the government departments and others.

    Sad. Sad. Sad. The question asked by many of my fellow Chinese is this - Why can’t you just tell the malay peoples to adopt Chinese culture which is superior?

    From research, this peninsular was part of the Siamese empire way before these malays from Indonesia invaded it.

    Still so thick skin, don’t want to go back to Indonesia!

  8. nuh Says:

    Bgs la non partisan sekarang.tp dr tetap umno akhirnya.hehe

  9. member bang mat kelate Says:

    saya setuju dengan calagimase..
    adakah dr. nak jadi artis..
    kalau nak jadi macam jins shamsudin..
    tak payah lah sibuk-sibuk cakap politik..
    pergi je masuk pilih kasih, anak wayang atau AF je..

    dr. dah turun kat tumpat sebagai pemimpim..
    kenapa dr. berhenti separuh jalan..
    adakah dr. mahu menunggu zon selesa ..
    baru mahu bertarung..
    itu bukan jantan namenya..

    dr. ada bakat ..
    kenapa tidak teruskan ..
    jangan disimpan bakat tu didalam poket..
    kalau dr. betul nak berjuang..
    kenapa takut..
    dr. bukan pakai banyak duit pun sebelum ni..

    perjuang yang ikhlas..
    tidak semestinya..
    sentiasa menang..
    kalah tu adat bertanding..
    kalau terus menang ..
    tak ada nikmat perjuang..

    dr. seorang yang terpelajar..
    dr. pk lah sendiri..

  10. Awni Says:

    Saya pun dh lama tak visit website ni. Sebenarnya saya selalu juga mengikuti perkembangan Dr. Asyraf ni, disebabkan bidang yg lbh krg sama (perbankan Islam) & tempt asal pun sama. Saya bersetuju dgn pandangan Dr ttg amalan rasuah dlm kepartian skrg baik dlm UMNO, PAS dll. Dlm UMNO tu, mmg sudah diketahui umum.. seolah2 dgn rasuah saja kita boleh survive & berkerja dlm parti. Mungkin sbb ini juga, Dr seperti terasing di tempat sendiri (Tumpat) & menjadi penghalang utk lbh komited dlm aktiviti social di lokalilti ini. Tp saya agak kesal bila budaya yg sama turut menular di kalangan parti yg dihormati org ramai skrg iaitu PAS dgn menggunakan justifikasi lain. Rasuah ttp rasuah walau apa pun nama yg diberi. Lebih dikesalkan perbuatan memberi rasuah ini dijustifikasi dgn menggunakan Agama! Org UMNO yg mengamalkan perkara sama, kita tak hairanlah.. mungkin ramai antara mrk yg jahil agama & punya krisis akhlah, tp bgaimn dgn org PAS? Apa pun niat tak blh menghalalkan cara!!

    Kpd. mrk yg menaruh harapan tinggi kpd Dr Asyraf terutamanya mrk di Tumpat, saya berpandangan tidak adil lah kalian judge Dr Asyraf sebegitu. Sebabnya, mudah sahaja:
    1) Dr skrg kerja mkn gaji full-time, dok kat ofis 8am-5pm. Bknnya kerja sendiri atau jd kontractor, atau business yg masanya boleh lbh flexible.
    2) Jawatannya sbg ketua penyelidik di ISRA, tentunya Dr byk terlibat dgn aktiviti2 penyelidikan, training & pembentangan kertas kerja di dlm & luar negeri.
    3) Terbatasnya ruang utk menyumbang directly di Tumpat, mungkin disebabkan tiada penerimaan sesetgh pimpinan UMNO terhadap Dr di situ. Tp, saya rasa sumbangan indirectly sentiasa berjalan melalui Yayasan Darul Hanan yg Dipengerusikan Dr sendiri, melibatkan anak2 yatim & ibu tunggal & kelas tuisyen free kpd pelajar miskin di kws tersebut.

    Apapun, kita org2 Tumpat mmg mengharapkan org spt Dr utk berkhidmat menjaga kebajikan masyarakat di sini. Marilah sama2 kita berdoa utk kemaslahatan bersama; jgn lah asyik mencari kesalahn org lain sahaja yg tentunya takkan berkesudahan.

  11. Orang Kita Says:

    kalau begitu kenapa dr menyertai politik umno sudah tau kedua-duanya mengamalkan budaya kotor , saya rasa pernan dr dalam NGO seperti ABIM lagi berkesan sekiranya dr terus bersama mereka. Tapi dr membuat jalan shortcut. Balik ke pangkal jalanlah dr….

Leave a Reply