NAJIB Pelengkap TEORI RAHMAN

Desas-desus dan spekulasi yang cuba dimainkan oleh pelbagai pihak berkepentingan mengenai peralihan kuasa akhirnya terlerai apabila secara rasminya Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan pada pukul 10.10 pagi tadi.

Sepanjang dua tiga hari lalu, penulis menerima banyak sms dan pertanyaan melalui facebook yang menggambarkan bahawa Yang DiPertuan Agong tidak perkenan perlantikan Datuk Seri Najib. Lebih menyedihkan apabila Parti Keadilan Rakyat melalui Buletin Keadilannya tanpa rasa bersalah menyebarkan fitnah bahawa Majlis Angkat Sumpah dibatalkan. Kalau setakat ditulis diblog2 mungkin tidaklah dikisahkan sangat. Tetapi apabila sebuah akhbar rasmi parti yang kononnya bertunjangkan keadilan mengeluarkan dakyah sedemikian tentunya menggambarkan kedangkalan akhlak dan etika.

Walauapapun spekulasi yang tercetus apa yang mustahak sekarang negara sudah mempunyai PERDANA MENTERI KE-6 sekaligus menzahirkan TEORI RAHMAN yang dipopularkan oleh ramai pihak sejak beberapa dekad lalu.

Ada yang berkata kepada saya apabila Teori RAHMAN ini sudah lengkap ia membawa petanda bahawa BN dan UMNO akan terkubur. Ini bermakna PERDANA MENTERI Ke-7 nanti adalah merupakan pemimpin baru dikalangan barisan pembangkang.

Penulis bukanlah Pak Nujum dan tidak berhasrat untuk menilik masa depan yang hanya ALLAH mempunyai kuasa dan hak mutlak menentukan apa yang berlaku pada masa akan datang.

Apa yang lebih mustahak, ialah selaku nakhoda baru kerajaan Barisan Nasioanal dan UMNO, rakyat pastinya sedang menilai secara dekat mengenai prestasi parti pemerintah yang ketika ini dilanda pelbagai tohmahan dan dipalit dengan seribu satu persepsi negatif. Sama ada persepsi itu betul atau tidak bukanlah penting sangat dalam kerangka politik. Namun persepsi sedemikian perlu dijernihkan agar BN dan UMNO kembali dekat di hati rakyat.

Alhamdulillah, rata-rata pemimpin yang saya temuramah sepanjang mengendalikan program Dialog@1 menyedari hakikat ini dan senada dalam memberi penekanan bahawa parti termasuk pemimpin dan pendokong harus berubah atau diubah dan rebah.

Sama-samalah kita saksikan sama ada perubahan benar-benar berlaku di bawah kepimpinan Datuk Seti Najib ini. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberikan hidayah dan pedoman kepada kepemimpinan kita agar melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik, ikhlas, dedikasi dan integriti.

16 Responses to “NAJIB Pelengkap TEORI RAHMAN”

  1. mat takbir Says:

    Allah jua mentakdirkan Najib PM ke 6 walaupun ramai yang mengidam

    1. Anwar mengidam

    2. Muhyidin mengidam

    3. Ku Li mengidam

    4. Khairy mengidam

    5. Haji Hadi mengidam

    6. Hishamudin mengidam

    Barangkali teori Rahman ini hanya untuk Bn

    bila Pakatan menang nanti teori lain pulak kahakahakah

    kepada Najib diucapkan selamat maju jaya semoga dapat mentadbir malaysia yang lebih baik dan aman.

    kpd Tun Abdullah diucapkan selamat bersara dan berbahagia dengan Tun Jeane

  2. Siti Nurbaini Khairi Says:

    i wrote bout the same thing..but still yours in depth..

  3. ex-KPU Bahagian Says:

    mudah mudahan ada perubahan dalam kepimpinan luar dan dalam. risau ttg masa depan anak-anak kita..wallahu alam…

  4. YB Says:

    Teori RAHMAN ke teori ROSMAH ke, PR won with bigger majority in Bkt. Gantang & Bkt. Selambau. Eloklah BN bubar sahaja DUN di Perak untuk pilihanraya semula. Kempen Mahathir & war2x perubahan kepimpinan UMNO nampak tidak diterima rakyat.

    Saya fikir2 balik kenapa teori RAHMAN ni boleh timbul? Kalau nak diikutkan:
    1) Tunku Abd. Rahman - sepatutnya A
    2) Tun Abd. Razak - A
    3) Tun Hussein Onn - H
    4) Tun Dr. Mahathir - M
    5) Tun Abdullah - A
    6) Datuk Seri Mohd. Najib - sepatutnya M

    Sepatutnya teori AAHMAM!

  5. neji Says:

    Salam,

    Simboliknya, dalam tafsir al-Quran - Ar Rahman membawa maksud yang lebih luas dan besar rahmatnya berbanding Ar-Rahim. Ar-Rahman meliputi keseluruhan hambaNya baik mukmin mahupun kafir, manakala Ar Rahim untuk mukmin sahaja. Wallahu alam…

    Lepas tamat zaman Rahmaniyyah…AGAKNYE, sampai lah masanye zaman yang membawa maksud sebaliknya…penindasan/kezaliman…..sesuai dengan waktunya untuk umat akhir zaman…wallahu alam.

  6. pok nik Says:

    Teori RAHMAN tu sekadar gimik saja. yang tentukan hanya ALLAH S.W.T. Oleh itu bersyukurlah pada yang ada…….. dari negara yang kacaubilau baik negara kita sekarang… Syukur Allahamdullillah …………….

  7. mat takbir Says:

    dato ahmad said apa khabar?

    ada sihat?

    BN terengganu apa khabar?

    demam ker?

  8. Yangretibase Says:

    Assalamualaikum,
    Ya! Memang sudah lengkaplah teori RAHMAN. Najiblah pelengkapnya. Benar sekali. Sampai bila Najib? Paling lewat pun tidak lebih daripada PRU Ke-13 pada 2012/2013 lebih kurang 3tahun setengah lagi.
    Teori RAHMAN sudah lengkap. Hal ini bererti bahawa Teori RAHMAN sudah tamat. Maksud sebenar teori ini: SELEPAS NAJIB, UMNO BERKUBUR.

  9. geng kubang batang Says:

    tak kisah teori apa2 pun. yang pasti kita dpt seorang PM yg diragui tentang akhlaknya, belum bersih dr tuduhan altantuya nya, rasuah kapal selamnya. dll..

  10. Anonymous Says:

    Sebelum mengunakan perkataan TEORI itu elok lah chek makna TEORI itu Masa mana org kata TEORI masa mana HYPOTHESIS , LAW / HUKUM, atau tanggapan2 saja.
    Setahu saya Allhyarham TS Sopie dulu say this as a joke saja tapi yg lain pula lebih2 sampai mengangkat nya sampai taraf theory, aturan pangkal huruf pun tak kena

  11. ANTI judi Says:

    RAHMAN penegak ajaran mungkar ?

    Hari ini berlangsung majlis Perasmian Surau dan Balairaya Taman Angkasa Nuri. Program ini di bawah Japerun Durian Tunggal dan JKKK Gangsa (Umno le tu..) .Tuan rumah hanya menyediakan tempat dan yang lain-lainnya dikendalikan oleh Japerun dan JKKK.

    Pelbagai acara disusun di antaranya pertandingan azan, mewarna kanak-kanak tadika, memasak ikan sungai, pameran dan pemeriksaan kesihatan.

    Acara pada mulanya berjalan elok namun dicemari dengan program berunsur judi. Pihak penganjur telah membuat pertandingan meneka berat buku dan jumlah muka surat. Nak teka tak salah, yang jadi salah apabila bayaran dikenakan sebanyak 50 sen untuk sekali teka. Judi le tu, sama macam sport toto dan 4 nombor ekor, cuma hadiahnya berbentuk hamper.

    Saya difahamkan perkara itu pernah ditegur dalam mesyuarat, tetapi memang dah perangai Umno tak kira bab halal dan haram. Perasmian surau pun diadakan majlis unsur judi.

    Apa yang lebih memualkan saya, program perasmian surau ini telah digunakan untuk kempen borang pendaftaran ahli Umno. Siapa yang memperalatkan surau dan masjid? Orang Umno tolong jawab? Tak percaya datanglah sekarang di majlis itu yang sedang berlangsung…

  12. mahfuz Says:

    saya tengok program awani dr bersama nik nazmi.dr ade berkata mengenai affirmative action yg dilakukan oleh rasulullah s.a.w ketika baginda berhijrah.boleh dr ulas lebih lanjut?

  13. YB Says:

    NAJIB is the main perperator behind the CHAOS in Perak. Shame on Najib!

  14. orang klate Says:

    Moga UMNO bangkit kembali dan terus jadi suara keramat orang Melayu dlm membela Agama Islam,Bangsa Melayu,Bangsa Malaysia amnya..

    Kalau nak diikutkan Anwar pun ada kes liwat,bekas banduan pula tu..

    Layakkah Anwar?

  15. orang muda Says:

    Salam Dr,

    Saya adalah generasi berusia awal 20-an. Saya berminat dengan cara Dr menghuraikan satu2 isu walaupun ada cacat cela (manusia tdk lari dari kesilapan).

    Saya harap berpeluang untuk berbicara dengan Dr lebih lanjut lagi. Dr blh hubungi saya melalui email yang saya dah sediakan (harap Dr jumpa email tu, Dr kan bijak?).

    Namun begitu, sebagai permulaan, biarlah saya katakan, umno makin ditolak generasi muda.

    Sekian, semoga Dr hubungi saya.
    Wasalam.

  16. faizal bin baharudin Says:

    sebenarnya umno @ BN bukanlah pejuang kepada islam dan org melayu, sebagai seorang yg berilmu/bijak seperti dr asraf sepatutnya blh nampak apa yg terjadi dlm perjuangan yg dh menjangkau 60 thn…jgn jd seperti ustaz firdaus dan ustazah mashitah…rosak akhlak mereka kerana umno dan BN, cuba utk tegakkn benang yg basah..fikirkn lh dr asraf

Leave a Reply