Soal-Jawab Mengenai Kewangan Islam

Berikut jawaban saya kepada Mat Takbir yang mencetuskan beberapa persoalan mengenai kewangan Islam. Saya mengalu2kan persoalan-persoalan daripada saudara-saudari pengunjung.

Mat Takbir,

Saya akan cuba menjawab persoalan2 yang dibangkitkan mengikut sedikit ilmu yang ada pada saya:

1. Tidak benar jika tanggapan mengatakan bahawa instrumen syariah yang digunapakai dalam sistem kewangan Islam negara agak longgar. Semuanya berpandukan kepada kontrak2 yang sah dari segi syarak dan menepati prinsip syariah. Cuma terdapat beberapa pertimbangan syarak yang perlu dibuat bagi mengelakkan kemudaratan kepada orang ramai.

Sebagai contoh, dalam prinsip muamalah Islam, jika berlaku kelewatan pelanggan melunaskan pembayaran, bank tidak boleh mengenakan sebarang penalti atau faedah (compounded interest) sebagaimana bank konvensional. Walau bagaimanapun, ulamak tempatan dan antarabangsa membenarkan ‘gharamah’ atau penalti dan ‘taawidh’ atau compensation yang minima dikenakan dengan syarat ia tidak boleh bersifat ‘compounded’ (penambahan faedah berterusan berasaskan harga pokok) dan segala duit yang diperolehi daripada penalti ini hendaklah disalurkan kepada kebajikan dan tidak boleh diguna oleh bank.

Kenapa ulamak membenarkannya kerana realitinya umat Islam sendiri tidak ‘Islamik’. Ketika Bank Islam mula2 beroperasi sekitar 1983, ramai yang ambil kesempatan atas kekangan bank yang tidak boleh mengenakan penalti. Atas faktor inilah untuk memastikan keadilan dan mengelakkan kemudaratan berasaskan prinsip usul-fiqh ‘daf’u darar’, ulamak membenarkan dengan syarat2 seperti diperjelaskan.

Ini salah satu contoh bagaimana dari segi operasi banyak pertimbangan syarak yang perlu dibuat mengambil kira ‘maslahah’ atau kepentingan umum terjaga.

2. Tidak baik menuduh ulamak Malaysia mengambil pendekatan ‘tasahul’ atau mempermudahkan secara berlebihan. Setiap fatwa yang dikeluarkan adalah berasaskan syura yang berbincang dan membuat kajian secara terperinci. Tidak dinafikan bahawa ada produk2 syariah yang diguna-pakai ketika ini agak kontroversi kerana tidak dipersetujui oleh majoriti ulamak muktabar seperti penggunaan bai al-`inah dalam produk2 perumahan, pembiayaan peribadi dsbnya. Pertimbangan pakar-pakar syariah pada ketika membenarkan penggunaan produk ini hanyalah bersifat sementara sehingga terdapat alternatif lain. Sebab itulah hari ini banyak bank yang sudah memulakan usaha memperkenalkan produk2 baru yang tidak kontroversi menggantikan `inah ini.

Saya sendiri di Affin Bank mengepalai usaha memperkenalkan produk-produk baru yang patuh syariah menggantikan produk2 kontroversi ini. Namun usaha ini dibuat secara berperingkat berasaskan prinsip ‘tadarruj’ bagi mengelakkan semua pihak daripada mengalami kemudaratan.

3. Fakta yang ingin diperbetulkan disini ialah bukannya Anwar yang memperkenalkan perbankan Islam. Perbankan Islam mula diperkenalkan pada tahun 1983 yang diusahakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir. Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh beliau dan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh telah dibentuk sebelum 1983 lagi iaitu selepas satu Sidang OIC di Jeddah yang melibatkan Menteri2 Kewangan Negara Islam sekitar 1979. Dalam persidangan ekonomi Islam yang pertama itulah tercetusnya idea menggerakkan sistem perbankan Islam yang bebas riba. Namun cuma 4 negara yang mengambil tindakan proaktif utk memperkenalkannya termasuk Malaysia, Iran, Sudan dan Pakistan. Ketika itu Anwar belumpun lagi terlibat dalam UMNO, jadi bagaimana nak dikatakan beliau yang mempelopori idea tersebut.

Peringkat awal hanya Bank Islam dibernarkan beroperasi selepas Akta Perbankan Islam 1983 diluluskan oleh Parlimen (Anwar baru menang bertanding dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri). 10 tahun selepas itu kerajaan memperkenalkan pula SPTF (Skim Perbankan Tanpa Faedah) yang kemudiannya ditukar nama kepada Skim Perbankan Islam. SPI atau SPTF ini membenarkan bank2 konvensional beroperasi dengan membuka ‘windows’ atau perkhidmatan kewangan Islam seperti Bank Islam. Hukum membenarkan bank2 konvensional memperkenalkan produk2 Islam ini bukan pandangan minoriti bahkan diterima dan diguna pakai oleh majoriti ulamak antarabangsa.

Malah banyak negara-negara Islam selepas itu menggambil model Malaysia dalam operasi perbankan Islam sehingga hari ini.

Wallahuallam

26 Responses to “Soal-Jawab Mengenai Kewangan Islam”

  1. mat takbir Says:

    ustaz wan jamil tumpat kembali ke rahmatullah

    al fatihah

  2. mat takbir Says:

    rasanya baik dr berada di INCEIF sebagi pensyarah dan penyelidik, amat molek dan menyakinkan.

    dunia politik begitu beralun dan meresahkan dada.

    satu nasihat yg ikhlas.

  3. abdullah Says:

    amat bersetuju jika saudara berada di lapangan yang lebih bermakna ini seperti yang disarankan mat takbir. Lapangan politik bagi anda tidak sesuai, biarlah politik kepada orang yang berani dan berjiwa besar menghadapinya. Ayat-ayat politik penuh berliku dan tidak perlullah kepada saudara untuk bergelumang dengan mehnah politik.

    Politik Umno yang penuh dengan tipu-daya berstatus tinggi. Penuh fitnah yang termelampau, dirasuk sang pemimpin yang penuh dengan rasuah terhebat tersembunyi dan terlindung ditahap susah dan payah hendak dipulihkan. Akhirnya menghancur bangsa dan ummat. Biarlah Umno-Bn kalah tersungkur di pilihanraya akan datang dan akhirnya akan menyedarkan pemimpin dari kelekaan selama ini.

    Politik PAS pun ada jua politiking tetapi dalam keadaan yang agak terkawal pada peringkat ini. Majoriti pemimpin yang ikhlas berjuang masih ternampak dan diperlihatkan seadanya. Apa pun PAS kena terus mentarbiah ahli dan pemimpinnya secara berterusan supaya perkara yang telah terjangkit dan virus yang meresap dalam jiwa pemimpin dan ahli Umno tidak terlekat ke dalam PAS.

    Politik PKR mempunyai kekuatan tersendiri untuk berhadapan dengan Umno-Bn. Kehadiran dan faktor Anwar begitu menyerlah dan cukup dominan untuk Pilihanraya Umum akan datang. Umno-Bn dalam keadaan sekarang memang berada dalam keadaan kalah terhadap beliau. Apa pun yang saudara kata kepada beliau ternyatalah beliau akan menjadi ikon untuk sepeluh tahun akan datang. Mehnah yang Anwar hadapi akan meletakkan beliau di tempat yang sewajarnya. Tempat yang wajarnya bagi Anwar ini mungkin di Putrajaya atau juga mungkin di Sungai Buluh….Itulah perjuangan sebenar Anwar untuk ummat dan Malaysia.

    Jadi saudara tidak perlu memperkecil Anwar semata-mata melihat dari sudut kotak politik yang sempit. Beliau ada jasa tersendiri terhadap ummat dan saudara sendiri agak sukar untuk menafikannya. Malangnya episod fitnah yang ditahap melampau yang saudara mempercayainya telah menyebabkan saudara meletakkan Anwar di suatu tempat yang jijik seperti mana Tun Mahathir dan gerombolannya letakkan, sepertimana Najib dan gerombolannya cuba sematkan dalam kotak minda rakyat negara ini.

    Ingatlah hidup kita tidak lama, kemewahan yang kita kecap hanya bersifat sementara. Semua benda itu akan hilang termasuk kepalsuan dan fitnah. Yang kekal adalah kebenaran dan keadilan. Kita boleh buat seribu propaganda dan tipu daya tetapi akhirnya kebenaran dan keadilan akan terserlah jua dan Allah akan bersama dengan jiwa yang luhur teruji dengan mehnah dan tipu-daya. Kalau kita tidak sanggup menghadapi tipu daya dan mehnah tersebut janganlah memperkecil dengan orang yang sedang menghadapi tipu-daya dan mehnah tersebut.

    Anwar oh Anwar kau akan menjadi orang yang dikenang bila kau tiada
    dan semangat juang itu akan menjadi obor yang sukar dipadam oleh penguasa yang rakus yang sedang meratah urat nadi ummat.

  4. Pok Su Mat 7 Says:

    Kalau di kelantan Abdullah niii molek di panggil ‘Abe Loh’……ok laa abe loh…..abe loh niii nampak ‘double standard’laa….apa mekanisma yg abe loh pakai niii sampai compare umno/bn n PR lagu tuu sekali….jangan laaa tidak suka pd sesuatu sampai kito ‘gomo’ ikut suka jee,kalau kito berasa boleh ‘gomo’,org lain pun sama boleh ‘gomo’ juga tp sebelum ‘gomo’ hati n fikiran tuu utamakan dulu baru laa cerdik…abe loh beraso dah hebat belako dh kee….abe lohh taksub bedo-oh pd anwar niii nampaknya……ore lain semua nampak tak betul yaa…..CELIK laa wahai abe loh ku…………

  5. mat takbir Says:

    pok su mat 7 nama mu sebenar gapo?

    mat taib kor?

    kahakahakah

  6. mat takbir Says:

    1. satu fakta yang perlu diakui ialah bahawa sosok anwar ibrahim mengambarkan masa depan malaysia.

    2. beliau punyai masa untuk mencorak malaysia bagi fasa kedua pembangunan, politik, kontrak sosial dan ekonomi.

    3. malaysia telah melepasi fasa pertama pembentukan negara melalui umno-BN. Terima kasih buat pejuang-pejuang terdahulu Ibrahim, Onn Jaafar, Tun Razak, Tunku, Burhanuddin, Tun Ismail, Tun Hussein dan Tun Mahathir.

    4. ibn khaldun mengatakan apabila sebuah kekuasaan itu mula dihinggapi penyakit sosial maka bermulalah era kelemahan dan kejatuhannya. Inilah yang berlaku dan dihadapi oleh UMNO-BN.

    5. waktu itu semakin hampir. kolompok muda dan kelas pertengahan rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa mulai celek mengenai agenda perubahan yang perlu dilakukan.

    6. saya menyakini untuk 50 tahun akan datang, asas pergerakan negara malaysia dicorak oleh anwar ibrahim.

    Apa pula pandangan Dr Asyraf

  7. mib Says:

    Apa sudah jadi dr asyraf ni.dari teknikal mmg lah anwar org tiada kuasa ketika mula mula bank islam mula ditubuh tapi dr asyraf lupa tentang kesedaran yang dibangkitkan oleh anwar ketika itu bersama gerakan pkpim dan abim.dr asyraf pernah jadi presiden pkpim! Jangan sengaja nak menyembunyikan fakta

    Jangan la sbb dr dah masuk umno semua fakta dibelitkan. kenapa dr asyraf menidakkan peranan anwar .kalau bukan kerana anwar mahathir tidak akan sehebat kini.

    Adalah disarankan dr asyraf menjadi ahli akedemik yg berintergrasi daripada menjadi alat umno!.

  8. abdullah Says:

    Janganlah lupa wahai saudara, gerakan Islam di Malaysia bermula dari gerakan kecil yang bermula dari lingkaran kecil yang bernama Usrah. Sepuluh orang atau kurang daripada itu bergerak di merata-rata tempat di Malaysia. Ini sudah ada semenjak dari dahulu lagi. Sememangnya saudara sendiri mengetahuinya dan harap tidak melupainya.

    Gerakan kecilan ini lahirnya idea-idea bernas ke arah memperkasakan apa-apa instrumen Islam yang digarap oleh pemerintah seketika dahulu. Semua memainkan peranan samada pemerintah yang berkuasa atau orang yang memberi idea-idea penegasan tersebut. Amat tidak wajar kita meletakkan sesuatu perkara kepada individu tertentu apatah lagi individu yang terletaknya pemusatan kuasa.

    Perlu juga kita sedar selalunya orang hanya akan menghibau kepada orang yang ada kuasa untuk menjadi tempat bertongkat atau tempat menyandar seketika sebelum orang itu rebah. Bila orang itu rebah lalu akan dicari tempat menyandar baru dan alangkah beruntung kalau tempat sandaran itu cukup berbaloi untuk mendapat laba dan keuntungan duniawi yang sementara ini.

    Orang yang rebah itu selalunya akan dihenyak semahunya dan diletakkan seolah-olah tidak ada harga langsung. Walau pun seketika lalu orang inilah yang kononnya menjadi idola sepanjang zaman ini. Orang ini tidak mengharapkan ia dikenang-puja sehingga tidak ada salah silap. Orang ini telah berusaha sedaya upaya membuat perubahan dalam kelompok tahap bobrok yang menjadi majoriti. Berhempas pulas orang ini mencuba tetapi akhirnya mehnah dan fitnah yang diluar jangkauan akal manusia diperlakukan terhadap orang ini.

    Ayuh saudara, usia yang masih muda gunakanlah sebaiknya untuk membawa politik dakwah yang sebenarnya dan janganlah sekadar retorik ketika berpencak politik semata-mata. Binalah diri sebagai seorang yang berjiwa besar dan jangan jadi pak-pak lawak politik seperti gerombolan pemuda umno yang sedang melalak di luar pintu istana seolah merekalah jagoan mempertahankan Institusi Istana. Bertempik-sorak di kaki lima seolah merekalah pejuang melayu tulen sedangkan seketika yang lain merekalah si Ali yang telah di Babakan.

    Sedarlah diri kita untuk apalah yang kita sematkan sebagai inti kepada perjuangan. Adakah hanya membutuhkan keperluan kemewahan, keselesaan hidup, hilai gelak tawa girang gembira sanak keluarga hebat atau pun kita sedang mencari hakikat kehidupan untuk membawa diri kita ke dalam kubur yang sempit, soal kubur yang menakutkan, titian sirat yang membingungkan, timbangan amal baik dan buruk.

    Hanya ini diperingat untuk diri kita agar jangan tersasar langkah,terbuai keseronokkan, tergila dengan hebatnya diri.

    Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali.

  9. ex pkpim Says:

    “Ketika itu Anwar belumpun lagi terlibat dalam UMNO, jadi bagaimana nak dikatakan beliau yang mempelopori idea tersebut.”

    Saudara seperti hendak menafikan peranan anwar dan menunjukkan bahawa hanya mahathir lah org yang bertanggungjawab mewujudkan bank islam.

    Kalau peranan anwar tidak ada, kenapa mahathir beria-ia memujuk anwar masuk UMNO? Pada zaman mahathir-anwar semua negara barat takut tentang kebangkitan islam di Malaysia.

    Saudara asyraf janganlah terlalu bias dalam membuat kenyataan politik!

  10. mat selambo. Says:

    KAWE DULU RESPEK JUGOK KO ANWAR…TAPI LONI HU…KURENG..SEBAB APO? DULU MASO DALE KERAJAE..BUKE MAIN PUJI UMNO…TAPI LONI…GAPO KERAJAE BUAT SEMUO TOK KENO…WEH…ADO KERAJAE WAT ADO WAT BAIK DAN ADO YANG KURE BAIK..BILO KERAJAE WAT BAIK SEYAK JAH TAPI BILO BUAT KURE BAIK.. PUYOO..SAPA BUAT DEMOTRASI…BUKE XLEH MEMBANTOH..TAPI JAGE SAPA MACE TU SEKALI..KITO NOK RESPEK KO? ORE LAGU TU..MACE PUOK PAS PON SAMO LONI..TERIKUT-IKUT CARO DIO…KATAKANLAH KERAJAE BETUKAR PADA PENGGAL DEPAN..KALU PUOK UMNO BUAT LAGU TU JUGOK.. LAGU MANO? KATO PUOK DEMO NI GANAS LA XTAMADUN LA…MACE2 LAGI..BETUL BANYOK REAKSI/KOMENTAR DARI ORE RAMAI PUOK PEMIMPIN UMNO-BN NI PROBLEM…DAN KEJATUHAN KERAJAE JE BOLEH MENGEMBALIKAN IMEJ UMNO..SO KESIMPULAN DIO.. MANO2 PARTI PUN BAGUS BELAKO IANYO ADO AGENDA SENDIRI TAPI JAGE LAH TERLAMPAU TAKSUB SAMPAI MENGHINA SESEORANG..BAIK PUOK UMNO, PAS DAN PKR MEJORITI KEBANYAKAN DARI PUOK MELAYU JADI BAKPO DOH BALOH SAMO SENDIRI..DAN SESETENGOH TU SAMPAI MENGHINO KAUM SENDIRI..RELEVEN KO TU? NOK BERPOLITIK2 JUGOK TAPI JAGE SAPA HINO KAUM SENDIRI DAN MAIN DENGAN HUKUM..SEBAB HANYO ALLAH S.W.T YANG TAU DOSA PAHALA SESEORE BUKE KITO ….. WASALAM…

  11. pitihbelako Says:

    MAT SELAMBO

    KAWE DULU RESPEK JUGOK KO DEMO…TAPI LONI HU…KURENG..SEBAB APO? DULU MASO ANWAR DALE KERAJAE..BUKE MAIN PUJI ANWAR…TAPI LONI…GAPO ANWAR BUAT SEMUO TOK KENO…WEH…ADO ANWAR WAT ADO WAT BAIK DAN ADO YANG KURE BAIK..BILO ANWAR WAT BAIK SEYAK JAH TAPI BILO BUAT KURE BAIK.. PUYOO..,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

  12. neji Says:

    Tun Dr Mahathir dulu pujuk Anwar masuk UMNO untuk mengelakkan Anwar terus menghuru-harakan negara dengan macam-macam jenis demontrasi jalan serta menyekat pengaruh Anwar terutamanya terhadap golongan pelajar universiti. Pada masa ini, ramai pelajar di universiti seolah-olah lupa tujuan asal mereka ke universiti untuk belajar, bukan nya berpolitik. Pada masa inilah, AUKU tercipta.

    Saya baca kisah Anwar zaman belia yang ditulis salah seorang sahabat beliau sendiri. Rasanya, penulis bernama Kamaruzzaman.

    Ketika Anwar ditahan di dalam penjara ISA, Kemunting, beliau meneruskan pelajaran yang tergendala dalam penjara. Percaya atau tidak, selepas Anwar ditahan dan dibawa masuk ke dalam UMNO, tiada lagi demonstrasi jalan dan negara ini aman sehinggalah Anwar dibuang dari UMNO pada tahun 1998.

    Anwar seorang yang sangat perlukan kuasa, maka atas sebab itulah Dr. Mahathir berikan apa yang dia nak. Bagaimanapun, kita tak boleh nafikan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat dengan kerajaan. Selepas dibuang dari kerajaaan, kini sekali lagi beliau menuntut kuasa dengan cara yang sama seperti zaman belia beliau. Bagaimanapun, cara Anwar kali ini lebih drastik kerana melibatkan parti serpihan Lee Kuan Yew.

  13. mat selambo. Says:

    BETUL KATO DEMO PITIHBELAKO…SEBAB APO ANWAR LAWE KERAJAE?…PITIHBELAKO LA JAWAPENYO…BILO ADO KUASO ADO LA PITIH…NAMO DEMO PUN SESUAI DENGAN JAWAPE NYO…SEBAB APO DIO BUAT GITU…KALU BETUL DIA NAK BERJUANG UNTUK RAKYAT BAK PO DIO PECAH BELOH MASYARAKAT TERUTAMO ORE MELAYU..KAUM LAIN SUKO DAN TEPOK TANGAN JAH TEGOK ORE MELAYU BALOH…DEMO PIKIR LA SEDIRI MACE MANO SEORE PEMIMPIN SANGGUP MEGHURUHARAKAN NEGARA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI..KITO TOK NAFI DIA BANYOK JASA KEPADA NEGARO TAPI KALU PEEL MACE NI KITO NOK RESPEK KO? SEMUONYO PASAL APO? JAWEPE ADO DENGAN DEMO…SEBABBBBBBBBBBBBB PITISSSSSSSSSSSSSSS……………….

  14. mat selambo. Says:

    BETUL KATO DEMO PITIHBELAKO…SEBAB APO ANWAR LAWE KERAJAE?…PITIHBELAKO LA JAWAPENYO…BILO ADO KUASO ADO LA PITIH…NAMO DEMO PUN SESUAI DENGAN JAWAPE NYO…SEBAB APO DIO BUAT GITU…KALU BETUL DIA NAK BERJUANG UNTUK RAKYAT BAK PO DIO PECAH BELOH MASYARAKAT TERUTAMO ORE MELAYU..KAUM LAIN SUKO DAN TEPOK TANGAN JAH TEGOK ORE MELAYU BALOH…DEMO PIKIR LA SEDIRI MACE MANO SEORE PEMIMPIN SANGGUP MEGHURUHARAKAN NEGARA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI..KITO TOK NAFI DIA BANYOK JASA KEPADA NEGARO TAPI KALU PEEL MACE NI KITO NOK RESPEK KO? SEMUONYO PASAL APO? JAWEPE ADO DENGAN DEMO…SEBABBBBBBBBBBBBB PITISSSSSSSSSSSSSSS BELAKOOOOOOOOOOOO……………….

  15. umi DnD Says:

    salam…

    perintah Alloh ko oghe isle srumo agar menunaikan puasa di bule Ramade dan menunaikan hukum hudud adalah samo…bakpo kito buke main lagi beria2 sambut poso tapi bila tiba bab hukum hudud…sepi jah..oohhh bokte negagho kito pelbagai bangso…negagho majmuk… aik..tokke Allah x tau pasal ni? Allah yang maha berkuasa atas segalonyo… sepatutnyo be-end yg dipinjeke kuaso sementaro ni dr Alloh berusoho utk menegakkan hukum tersebut…..meme kecek sene jah nok wat payoh…tapi sekure2nyo ado usoho ke aroh itu…jange koho dok keliruke lagi rakyat (oghe isle de lebih2 lagi oghe buke isle) hukum hudud tu zalim….jange dimain2 dengan perintah Alloh…

  16. mat selambo. Says:

    KAWE SOKONG HUDUD…KALU BULEH UDE2 SYARIAH/HUDUD DIATAS DARI UDE2 SIVIL..NI DOK KERAJAE MASIH DOK PAKAI UDE SIVIL ..UDE2 SIVIL TU CIPTAAN MANUSIO..UDE2 HUDUD TU DR AL-QURAN..TAPI TOK TAU LA KERAJEE NE…DIO TAKUT KOT.. SEBAB KEBANYAKE PIMIMPIM KERAJAEE BANYOK WAT LANGGAR PERINTOH TUHE..TAKUT BAYANG2 SEDIRI LA TU..PENAT..PENAT..

  17. abdullah Says:

    Terbaca kisah dalam buku “Nik Safiah Karim Meniti dua zaman”. Ada satu bab diceritakan bagaimana beliau turut bergelumang membantu membina Yayasan Anda di Lembah Pantai bersama Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya. Anwar ketika itu hanya mengambil gaji sebanyak rm350 dan menolak pelawaan agensi antarabangsa bertugas diluar negara yang lebih lumayan. Mereka berhempas pulas memberi semangat kepada anak muda yang agak tercicir kerana kegagalan awal dalam pendidikan. Jadi pelajar-pelajar diasuh dan dibangkitkan semangat untuk terus belajar meningkatkan kecemerlangan diri.

    Apa yang perlu dilihat dan diprihatinkan di sini bagaimana kita mahu membina dan membentuk diri sebagai pemimpin, bergelumang dengan golongan bawahan yang tidak ada apa-apa yang kita boleh dapat dari mereka. Malah kitalah yang perlu merasai denyut nadi rakyat, merasai kesusahan mereka,menilai kepayahan mereka dan akhirnya membina suatu harapan dan keyakinan kepada pembaharuan.

    Apalah ertinya kita kalau ingin menjadi pemimpin tetapi berlegar dengan kelompok elit yang boleh memberi laba dan habuan kepada kita. Apakah saudara Asyraf boleh menjadi pemimpin hanya sekadar masuk pilihanraya dan kemudian kalah, hanya mengumpan kononnya bijak berpidato berdegar, stail dan gaya hebat macam superstar. Kalau mahu menjadi pemimpin yang diredhai Allah mengakarlah ke bumi, menyusurlah ke lurah ,denai dan bukit.

    Jauhkan diri dari sikap fitnah atau pun menyambung fitnah, jangan jadi paku serpih mengata orang sebenarnya dia yang lebih.

    Oklah saudara Asyraf mohon untuk mengundur diri dari perbincangan saudara ini. Berubahlah saudara, jika saudara ingin jadikan UMNO sebagai dasar perjuangan saudara itu adalah hak saudara tetapi janganlah anda jadi seperti mentaliti penagih ubat batuk yang saudara hinakan itu. Akhirnya orang meletakkan saudara setaraf gerombolan pemuda UMNO yang sedang melalak ke sana-sini dan membawa UMNO menuju menjadi pembangkang total di negara Malaysia tercinta ini.

    salam.

  18. mat takbir Says:

    kahakahaakahah

    mat selambo dah terguling-terguling kemarahan

    kahakahakaahah macam monyet daa

    woit mat selambo bila nak jumpo?

    takut ker?

    orang kelantan memang pengecut

    kahkahakahakahah

    orang kelantan hanya samsemg bila ramai tapi pengecut bila sorang

    contohnya mcm mat selambo

    kahakahakahakahah

  19. mat selambo Says:

    BAGI EMAIL KO…NANTI AKU CONTACT KO…

  20. mat takbir Says:

    kahkahakahakaahakahkaha

    mat selambo dan gu mat selambo

    sama ngoookkk sama goooong

    kahakahakhakah

    email aku azam_marlini@hotmail.com

    no h.s 019-6655320

    kahkahkahkahaakaha mat selambo

    kesian aku melihat kesakitan hatinya

    kahakahakahkaah seronok betul mengusik jiwa poyo mat selambo

    woit nak jumpa kat mana? kahakahakahakahaakah

    kat celah bik mama ker najib

    kahakhakahakah

  21. pok nik Says:

    astafirullahaazim…sama malayu, sama islam pun nak gaduh ke? orang lain pun berpolitik juga tak sampai macam ni sekali. Jangan dilayan mat tak bir tu. Kalau dilayan makin menjadi-jadi dia tu. kau orang buat tak tau je dengan dia.

  22. apara Says:

    hah macam nie la bagus wadi, ko tu sesuai jadi pensyarah saja tak payah la ulas politik naik mual aku.

  23. pok nik Says:

    ok juga tu, menganjar dapat juga pahala, kalau asyik cerita pasal orang lain, maknanya tambah dosa lah ye. lagi-lagi buat orang bergaduh, pok nik yang tengok blog ni pun sama dapat saham.

  24. mat takbir Says:

    akhbar liberation, perancis dedahkan kes pembunuhan altantuya.

    apa khabar najib? lena ker tidur?

  25. Pejuang Kebenaran Says:

    teruskan perjuangan Mu!

  26. fok_malay Says:

    antara PAS dan PKR, aku akan pilih PAS…sebab PAS adalah jelas memperjuangkan melayu Islam di atas nama ketuanan Islam….

Leave a Reply