Masyarakat Antarabangsa Sanjungi Sistem Kewangan Islam Malaysia

Ketika ini saya masih berada di London menyertai delegasi Bank Negara Malaysia dan MIFC (Malaysian Islamic Financial Centre) mempromosi sistem kewangan Islam Malaysia. Delegasi yang berjumlah 20 orang diketuai Governor Tan Sri Zeti, Timbalan Governor Datuk Razif turut disertai oleh CEO-ceo bank-bank Islam tempatan, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Secara umumnya, masyarakat antarabangsa amat menyanjungi usaha kerajaan Malaysia mempromosi dan memartabatkan sistem kewangan Islam. Sehingga hari ini Malaysia adalah satu-satunya Negara Islam yang mempunyai sistem kewangan Islam yang bersifat holistik dan komprehensif.

Berbanding sesetengah negara Islam yang memperkenalkan sistem kewangan Islam secara picisan seperti adanya bank Islam atau insuran (takaful) Islam, kerajaan Malaysia melaksanakan sistem kewangan Islam secara holistik dengan satu sistem yang lengkap termasuklah sistem perbankan, takaful, pasaran modal Islam dan pasaran kewangan Islam. Disamping itu juga kerajaan Malaysia turut mengambil inisiatif membina institusi-institusi yang menjana modal insan berkelayakan dalam bidang kewangan Islam seperti penubuhan universiti kewangan Islam pertama (INCEIF) dan akademi antarabangsa kajian syariah mengenai kewangan Islam (ISRA).

Tidak ada satu negarapun yang mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap dan komprehensif seperti Malaysia. Namun apa yang menyedihkan masih ramai umat Islam sendiri yang tidak menyertai sistem kewangan yang bebas riba ini. Kalau mengikut perangkaan mutakhir, sistem kewangan Islam ketika ini hanya menguasai pasaran perbankan sekitar 17%. Ini bermaksud majoriti umat Islam (yang dianggarkan sekitra 60% populasi) masih menyimpan dan bermuamalah secara riba. Mereka lupa bahawa larangan Allah terhadap riba jauh lebih buruk berbanding perkara-perkara haram lain. Ini kerana dalam Surah Al-Baqarah ayat 277-278, jelas memberi indikasi bahawa Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang bagi mereka yang bermuamalah secara riba. Bahkan dalam satu hadis Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa sekecil-kecil dosa riba adalah seperti berzina dengan ibu kandung sendiri.

Justeru kesedaran dan pemahaman Islam harus diratakan seiring dengan apa sahaja usaha daripada pihak atasan. Apa guna ada sistem Islam kalau umat sendiri tidak mengamalkannya. Janganlah hanya bersemangat dan beretorik untuk melaksanakan Islam tapi diri sendiri pun tidak Islamik. Sebab itulah usaha dakwah harus mendahului retorik politik. Ini kerana, dakwah sentiasa merentasi kepentingan politik yang selalunya tidak diselaputi prejudis dan pertimbangan asabiyah kepartian sepertimana yang berlaku kini.

8 Responses to “Masyarakat Antarabangsa Sanjungi Sistem Kewangan Islam Malaysia”

  1. mat takbir Says:

    fakta mengenai kemajuan perkembangan kewangan islam Malaysia memang betul.

    namun saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara mengenainya:

    1. Adakah benar instrumen syariah yang dipakai dalam kewangan islam Malaysia agak longgar sifatnya dari aspek prinsip hukum dan falsafah perundangan (usul al-fiqh).

    2. Saya menukilkan pendapat ini berdasarkan pandangan beberapa sahabat yang saya bertemu melahirkan pandangan bahawa terdapat kalangan ulama muamalat malaysia yg mengambil sikap ‘tasahul’ yang keterlaluan dalam mengeluarkan produk kewangan islam seperti yang ditawar di bank2 di negara kita.

    3. ketika sejarah permulaan kewangan islam satu ketika dahulu iaitu yng dikenali dengan SPTF, Anwar Ibrahim ketika menjadi menteri kewangan hanya memakai pendapat minoriti dalam hukum SPTF kerana ijmak dlm majlis fatwa kebangsaan (saya tidak pasti) tidak membenarkan ianya dipakai. Hnya seorg yang membenarkannya (saya tidak pasti).

    mohon penjelasan Dr sebagai ahli dlm bidang kewangan islam.

  2. pepe Says:

    You should be shocked to hear what UMNO leaders say when we were proposinng about bank / financial institution running without interest in the 60’s and 70’s. Maybe you should talk to your dad .

  3. abdullah Says:

    oklah kalau u bercakap benda begini. kalau menulis tentang politik u ni lebih banyak merapu dari membina. Lepas ni tulislah benda-benda begini. tak payahlah tulis hal politik sebab u ni naif dalam politik malaysia.

  4. sasha2020 Says:

    Tulis pun salah, Tak tulis pun salah. Saya hairan dgn manusia melayu islam sekarang ni. Nak bagi pendapat pun tak boleh. Boleh tulis pulak tu, Ust Asyraf naif tentang politik malaysia…
    Saya setuju dengan pendapat dan tulisan Ust..Teruskan usaha mu menyedarkan orang Islam di malaysia.
    Sebenarnya, itulah cara yahudi menjatuhkan orang Islam. Dilaga-lagakannnya antara kita semua. Sepatutnya kita sebagai orang melayu islam UMNO dan PAS mestilah mencari titik persamaan dan sama-sama memperjuangkan Islam dan melayu di negara ini. Bukannya bertelagah. Orang yahudi dan kafir tak nak UMNO dan PAS bersatu, sebab mereka tahu gabungan ini boleh menggegarkan dunia. Sebab itulah mereka berusaha melaga-lagakan antara satu sama lain.
    Renung dan fikir-fikirkan…Allahu akbar

  5. Pok Su Mat 7 Says:

    Ambo setuju statement frm sasha2020,kita kenalaa cermin diri kita dulu sebelum menghukum org lain…..sapo kito sene2 nak menghukum org naif dlm politik m’sia…..saudara Abdullah hebat sangat dah kok…..

  6. pepe Says:

    NAK YG HALAL KE YG HARAM - DUA DUA ADA

    KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi. Iklan

    Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 ’special draw’ judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan ‘tembelang’ sebenar bakal Presiden Umno itu.

    Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan ’special draw’ kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

    “Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali ’special draw’ (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

    “Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, “dakwa Hatta.

    PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

    Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

    “Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

    Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan ’special draw’ akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

    Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan ’special draw’ (cabutan khas) pada tahun 2008.

    Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

    Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

  7. Dr. Asyraf Says:

    Mat Takbir,

    Alhamdulillah macam tulah bagus, menggunakan bahasa yang beradab dan berakhlak. Saya akan cuba menjawab persoalan2 yang dibangkitkan mengikut sedikit ilmu yang ada pada saya:

    1. Tidak benar jika tanggapan mengatakan bahawa instrumen syariah yang digunapakai dalam sistem kewangan Islam negara agak longgar. Semuanya berpandukan kepada kontrak2 yang sah dari segi syarak dan menepati prinsip syariah. Cuma terdapat beberapa pertimbangan syarak yang perlu dibuat bagi mengelakkan kemudaratan kepada orang ramai.

    Sebagai contoh, dalam prinsip muamalah Islam, jika berlaku kelewatan pelanggan melunaskan pembayaran, bank tidak boleh mengenakan sebarang penalti atau faedah (compounded interest) sebagaimana bank konvensional. Walau bagaimanapun, ulamak tempatan dan antarabangsa membenarkan ‘gharamah’ atau penalti dan ‘taawidh’ atau compensation yang minima dikenakan dengan syarat ia tidak boleh bersifat ‘compounded’ (penambahan faedah berterusan berasaskan harga pokok) dan segala duit yang diperolehi daripada penalti ini hendaklah disalurkan kepada kebajikan dan tidak boleh diguna oleh bank.

    Kenapa ulamak membenarkannya kerana realitinya umat Islam sendiri tidak ‘Islamik’. Ketika Bank Islam mula2 beroperasi sekitar 1983, ramai yang ambil kesempatan atas kekangan bank yang tidak boleh mengenakan penalti. Atas faktor inilah untuk memastikan keadilan dan mengelakkan kemudaratan berasaskan prinsip usul-fiqh ‘daf’u darar’, ulamak membenarkan dengan syarat2 seperti diperjelaskan.

    Ini salah satu contoh bagaimana dari segi operasi banyak pertimbangan syarak yang perlu dibuat mengambil kira ‘maslahah’ atau kepentingan umum terjaga.

    2. Tidak baik menuduh ulamak Malaysia mengambil pendekatan ‘tasahul’ atau mempermudahkan secara berlebihan. Setiap fatwa yang dikeluarkan adalah berasaskan syura yang berbincang dan membuat kajian secara terperinci. Tidak dinafikan bahawa ada produk2 syariah yang diguna-pakai ketika ini agak kontroversi kerana tidak dipersetujui oleh majoriti ulamak muktabar seperti penggunaan bai al-`inah dalam produk2 perumahan, pembiayaan peribadi dsbnya. Pertimbangan pakar-pakar syariah pada ketika membenarkan penggunaan produk ini hanyalah bersifat sementara sehingga terdapat alternatif lain. Sebab itulah hari ini banyak bank yang sudah memulakan usaha memperkenalkan produk2 baru yang tidak kontroversi menggantikan `inah ini.

    Saya sendiri di Affin Bank mengepalai usaha memperkenalkan produk-produk baru yang patuh syariah menggantikan produk2 kontroversi ini. Namun usaha ini dibuat secara berperingkat berasaskan prinsip ‘tadarruj’ bagi mengelakkan semua pihak daripada mengalami kemudaratan.

    3. Fakta yang ingin diperbetulkan disini ialah bukannya Anwar yang memperkenalkan perbankan Islam. Perbankan Islam mula diperkenalkan pada tahun 1983 yang diusahakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir. Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh beliau dan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh telah dibentuk sebelum 1983 lagi iaitu selepas satu Sidang OIC di Jeddah yang melibatkan Menteri2 Kewangan Negara Islam sekitar 1979. Dalam persidangan ekonomi Islam yang pertama itulah tercetusnya idea menggerakkan sistem perbankan Islam yang bebas riba. Namun cuma 4 negara yang mengambil tindakan proaktif utk memperkenalkannya termasuk Malaysia, Iran, Sudan dan Pakistan. Ketika itu Anwar belumpun lagi terlibat dalam UMNO, jadi bagaimana nak dikatakan beliau yang mempelopori idea tersebut.

    Peringkat awal hanya Bank Islam dibernarkan beroperasi selepas Akta Perbankan Islam 1983 diluluskan oleh Parlimen (Anwar baru menang bertanding dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri). 10 tahun selepas itu kerajaan memperkenalkan pula SPTF (Skim Perbankan Tanpa Faedah) yang kemudiannya ditukar nama kepada Skim Perbankan Islam. SPI atau SPTF ini membenarkan bank2 konvensional beroperasi dengan membuka ‘windows’ atau perkhidmatan kewangan Islam seperti Bank Islam. Hukum membenarkan bank2 konvensional memperkenalkan produk2 Islam ini bukan pandangan minoriti bahkan diterima dan diguna pakai oleh majoriti ulamak antarabangsa.

    Malah banyak negara-negara Islam selepas itu menggambil model Malaysia dalam operasi perbankan Islam sehingga hari ini.

    Wallahuallam

  8. mat selambo. Says:

    HAH…AYAT GITU BAGUS/SEDAP DEGAR SIKIT MAT TAKBIR..JAGE MAIN TARUK JE..KADE2 PERKATAAN TU..LAMBANG KEPERIBADIAN..ORE MASUK BLOG NI NOK BICE BUKE NOK NGATO ..

Leave a Reply