Adakah PKR Menghalalkan Hubungan Seksual Sebelum Kahwin?
Apabila YB Elizabeth Wong dengan tidak rasa bersalah dan malu mempertahankan hak kehidupan seksual beliau sebagai wanita bujang untuk menjalin hubungan sebelum kahwin tentunya mengundang pelbagai tanda-tanya.
Terdapat 2 isu pokok yang mendasari isu gambar bogel Elizabeth Wong. Pertama isu penyebaran gambar bogel tersebut yang pastinya tidak ada sesiapa yang berfikiran waras dan bermoral akan merestui perkara tersebut.
Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.
Bukan sahaja agama Islam, malah tidak ada satu agamapun yang menghalalkan perbuatan sedemikian. Cuma bagi yang terasuh dan terdidik dengan nilai-nilai liberal barat yang menghalalkan apa sahaja atas nama kebebasan individu sahajalah yang akan berfikiran sebaliknya.
Justeru persoalan seterusnya apakah ini nilai dan prinsip yang PKR perjuangkan? Kita semua maklum betapa dalam pilihanraya lalu, PKR antara parti yang begitu ghairah mengambil calon-calon yang terkenal sebagai berfikiran liberal. Malah kelompok liberalist ini jugalah antara yang lantang memperjuangkan hak kesamarataan di antara agama, bahkan cuba mempertikaikan kedudukan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Elizabeth Wong adalah antara nama besar yang mewakili kelompok sedemikian.
Sebelum menuding jari dengan membawa teori konspirasi bahawa BN yang mendalangi penyebaran gambar bogel tersebut, pimpinan PKR terlebih dahulu harus memperjelaskan pendirian samaada mereka merestui pendirian Elizabeth Wong yang seolah-olah menghalalkan hubungan seksual sebelum kahwin sebagaimana kenyataannya semalam. Atau apakah pimpinan PKR akan membawa teori konspirasi baru dengan mengandaikan bahawa BN jugalah yang merancang dengan menghadirkan ‘teman lelaki’ tersebut dalam hidup Elizabeth Wong?
Pastinya kita hendak mengetahui pendirian Parti ISLAM SeMalaysia (PAS) dalam hal ini?
February 18th, 2009 at 4:16 pm
EH..DR.. TOK KAN TOK TAU PUOK2 PKR NI BUKE NOK ISLAM SANGAT NOK KEADILAN JE…IA BERGABUNG DGN PAS PUN ADO SEBAB…KALU TOK BERGABUNG MACE MANO NOK MENANG…TU PUN TOK MENANG2…BUKE SENE NOK LAWE ORE LAMO..MACE2 SKIL ORE LAMO BULEH BUAT.. NI KES KECIK JAH…ELEH..SETAKAT BUBUH GAMBAR SX18 JAH.. TU PUN DAH KECOH…TOK BUBUH YANG DASYAT2 LAGI TU…GENG PAKATAN PUN SAMO JAH…BUAT TUDUHAN MELULU..TU PUN BELUM TENTU SAHIH LAGI…TAPI KAWE PELIK LAH DR..KNAPE TAU DOH PKR TU TOK BERAPO BETUL TAPI PUOK PAS NI NOK BERSAING/BERKAWAN LAGI DGN PUOK DEMO NI…HAH..1 LAGI BULEH PULOK KONGSI KASIH DENGAN PUOK DAP TU…EH..EH.. KITO SEMUO SUDOH MAKLUM PUOK DAP NI TERANG2 TOLOK HUDUD…PENING..PENING…MACE MANO PUOK PAS NI BERFIKIR…KATO MEMBANGUN BERSAMA ISLAM…TAPI PUOK YANG TERANG TOK SI/NAK ISLAM BOLEH PULOK BERKONGSI KASIH…BETUL KE PEJUANGAN PUOK2 DEMO NI….RENUNG…RENUNGKANLAH…MAAF LA DEH KALU ADO YANG TERASO HATI….
February 18th, 2009 at 11:22 pm
Kepada Asyraf atau sesiapa yang begitu ambil berat tentang isu ini dan mempersoalkan moral YB Elizabeth, saya ingin bertanya:
Sudahkah anda melihat gambar-gambar yang dimaksudkan? Atau anda hanya sekadar membuat andaian sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang tak jelas yang disebut oleh media? Mungkin anda semua hanya terikut-ikut dengan imaginasi liar yang tidak tentu pangkal. Kalau kita tidak tahu fakta sebenar, adalah lebih baik kita diam. Itulah yang sebaik-baiknya.
February 18th, 2009 at 11:46 pm
Saudara Asyraf,
Saya baca juga kenyataan penuh YB Elizabeth kepada media semalam. Bagaimana saudara berpendapat beliau telah melakukan hubungan seks? Adakah dgn kenyataannya berikut?: “I wish to state that I am not ashamed of my sexuality as a woman and as a single person. I have broken no law. I stand by the fundamental principle in a democracy that has a right to privacy.”
Kisahnya saya baca di dalam Malay Mail. Mengikut apa yang dilaporkan, YB Eli sedang tidur dan tidak sedar gambar-gambar berkenaan diambil. Berdasarkan apa yang dilapor ini, tanpa apa-apa andaian tambahan, jelas, YB Eli adalah mangsa usaha pencabulan yang dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam andaian yang telah dibuat. Ada yang mengandaikan ini tindakan orang yang cemburu terhadapnya. Ada yang kata ini permainan politik BN yang begitu terdesak, tiada modal, terpaksa mengutus orang mengambil gambar beliau secara curi dalam keadaan dia sedang tidur.
Ada juga yang membuat andaian ianya hasil dari hubungan intim di antara YB Eli dan seorang kekasih yang akhirnya, demi wang, menjual gambar-gambar ini. Ya, wang menjadi manusia pengkhianat dan tiada yang lebih arif tentang ini dari BN. Ini terbukti di Perak. Nak hasilkan pengkhianat, BN-lah pakarnya. Namun, dalam kes ini, ia tetap merupakan satu andaian. Mungkin andaian-andaian ini benar, mungkin tidak.
Maka buat masa ini, tidak perlu kita membuat andaian-andaian yang tidak mampu kita buktikan. Apa yang penting ialah kita akui YB Eli merupakan mangsa dan tindakan pihak yang mengambil gambar-gambar tersebut perlu dikutuk. Ianya merupakan tindakan yang mencabuli hak ‘privacy’ YB Eli di rumah beliau sendiri dan tindakan mengendap dan mengintip seseorang demi mencari dan seterusnya mendedah kelemahan seseorang adalah jelas dikutuk oleh Islam.
Ada pula yang mencadangkan, tidakkah sepatutnya YB Eli meletak jawatan? Saya ingin bertanya kembali, mengapa? Apakah kesalahannya? Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan? Sejak bila? Ianya mungkin amalan yang pelik bagi sesetengah golongan, tetapi ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Lainlah kalau berbogel dikhalayak ramai.
Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya. Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalu tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh qazaf.
Malahan, sekiranya ada pengakuan dari satu pihak bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan seseorang sekalipun, pengakuannya hanya tersabit kesalahan atas dirinya sahaja sebagai pihak yang mengaku bersalah, bukan keatas pihak yang satu lagi. Begitulah adilnya hukum Islam. Tidak tergopoh-gopoh dan tidak ghairah untuk menyabit kesalahan seseorang. Kalau kita lihat pada kes-kes pada zaman Rasulullah (SAW), orang lelaki yang mengaku berzina tidak pula ditahan dan diseksa sehingga dipaksa memberitahu siapa wanita yang berzina dengannya. Yang mengaku sahaja yang dihukum. Malahan, yang tarik balik pengakuan, ditarik balik hukuman. Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam.
Kalau beliau dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka-mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka. Dan kerajaan Selangor kehilangan seorang yang (setakat mana saya tahu) menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Namun, akhirnya persoalan ini perlu dikembalikan kepada YB Eli sendiri. Mungkin selama ini beliau tidak sangka betapa kotornya politik Malaysia. Mungkin dia sendiri sudah menjadi muak dan naik meluat dengan kekotoran ini. (Saya difahamkan beliau menangis semasa bercerita tentang hal ini kepada Dr. Lo’ Lo’). Mungkin beliau sendiri yang ingin meletak jawatan.
Atau, beliau ingin lawan dan tidak tunduk kepada musuh yang menggunakan segala taktik yang kotor terhadap beliau. Kekotoran yang seperti inilah yang ingin beliau nyahkan dari politik Malaysia dan oleh itu beliau akan terus berkhidmat.
Dalam masa yang sama, persoalan ini boleh juga diserahkan sahaja kepada PKR. Biar mereka berbincang dengan YB Eli dan biar mereka sahaja yang memutuskannya. Mereka yang menganggap PAS adalah pihak yang akan menentukan tindakan terhadap YB Eli amat tersilap. Bukan itu caranya kita berkongsi dan berpakat dalam Pakatan.
February 19th, 2009 at 12:16 am
Harap YB bpleh bagi inside story mengenai boyfriencd Elizabeth iaitu seorang MELAYU ISLAM sebagaiman laporan akhbar Malay Mail seperti berikut:
Now, where’s Hilmi?
By Yushaimi Yahaya & Frankie D’ Cruz February 18, 2009 Categories: News
Police are looking for Hilmi Malek, 32, for questioning in connection with the Elizabeth Wong nude photograph imbroglio.
Hilmi, a Parti Keadilan Rakyat member and one-time divisional secretary, is said to be Wong’s exboyfriend.
He has gone missing from work as personal assistant to Petaling Jaya Selatan Member of Parliament
Hee Loy Sian since Saturday.
Unconfirmed reports said Hilmi, who began work for Hee last April, is abroad.
Attempts by Malay Mail to contact him since Saturday have been futile.
It is learnt that Hilmi’s colleagues were aware of his relationship with the Bukit Lanjan assemblyman and State executive councillor for tourism, consumer affairs and environment.
Wong, 37, told Malay Mail editors last Friday that they had split recently and she had not been seeing
anyone since the break-up.
Petaling Jaya police have so far taken statements from Malay Mail and theSun editors to help track the perpetrators behind the recording of the images.
Malay Mail editors had handed over two images of Wong to the police on Monday night.
One was of her sleeping on the sofa of her Bukit Gasing home and the other was taken at an angle that showed her private parts.
In the meeting with Malay Mail editors last Friday, Wong had maintained that these pictures were taken without her consent and that the identity of the photographer was unknown.
Wong, who had expressed her shock when informed of the pictures, had said that it was an intrusion of her privacy.
She lodged a report with Damansara police on Sunday and gave her statement to the police yesterday.
She did this after offering to resign from all posts. However, PKR has rejected her resignation and asked her to take a break.
February 19th, 2009 at 12:26 am
Dahlah YB jangan cuba tegakkan benang yang basah. Elizabeth sendiri dah mengaku yang dia tidur terlanjang dan diambil gambar oleh x-boyfriend dia. Cuma yang menggemparkan kita boyfriend tu pulak seorang Muslim yang merupakan pegawai khas pimpinan PKR.
February 20th, 2009 at 12:04 am
RAKYAT BOLEH MENILAI YANG MANA SATU YANG BAIK. HANYA ORANG YANG MEMPERTAHANKAN ELI ADALAH ORANG YANG TIDAK BAIK.
February 20th, 2009 at 12:57 pm
salam ,
Apabila YB Elizabeth Wong dengan tidak rasa bersalah dan malu mempertahankan hak kehidupan seksual beliau sebagai wanita bujang untuk menjalin hubungan sebelum kahwin tentunya mengundang pelbagai tanda-tanya.
“Terdapat 2 isu pokok yang mendasari isu gambar bogel Elizabeth Wong. Pertama isu penyebaran gambar bogel tersebut yang pastinya tidak ada sesiapa yang berfikiran waras dan bermoral akan merestui perkara tersebut.
Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.
saya nak ulas isu pertama dahulu, yang saya kira saudara Asyraf kurang berminat untuk fokuskan.Mungkin tak ada labanya dan keuntungannya dari segi politik sebab tengok tajuk dah tahu apa yang saudara Asyraf cuba fokuskan iaitu isu yang kedua!
isu penyebaran gambar , dewasa kini dengan adanya teknologi terkini ruang privasi seseorang dah makin kecil. tambahan pula dengan gaya hidup masakini dan unsur unsur liberarisasi barat. ya mungkin (perlu disahkan dahulu oleh siasatan polis) eli terlibat dengan kehidupan pribadi yang tak bermoral, tapi itu bukan hak pihak-pihak tertentu untuk membuat penyebaran gambar-gambar pribadi beliau.dan ini kalau dari segi ajaran Islamnya pun salah, mencari-cari rahsia dan keburukan orang lain.Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)
saya menukilkan hadis ini bukanlah nak membela eli (yang mungkin salah dari segi moral) tapi mengingatkan secara umum bahawa mengcungkil-cungkil rahasia dan keaiban orang lain itu adalah perbuatan keji(juga perbuatan tidak bermoral)
ok lah isu kedua
“Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.”
sememangnya aspek moral dan tuntutan agama kini melihatkan eli seorang yang rendah moral (tertakluk kepada siasatan polis) . dan sebagai pemimpin beliau seharusnya menjaga intergriti dan moralnya (kalau pun beliau tidak beragama) supaya sentiasa bersih dan terpuji.
oleh yang demikian tindakan beliau dengan meletakkan jawatan sebagai exco dan adun adalah tepat, masyarakat dinegara kita tidak akan dapat menerima seorang pemimpin yang rendah moralnya. dan kehadiran seorang lelaki didalam rumahnya ketika itu juga menimbulkan persoalan besar.
apa pun sekiranya gambar itu ditangkap secara curi-curi atau eli berjaya membuktikan bahawa dia tidak langsung menyedari kehadran lelaki itu maka ini semua hanyalah fitnah semata, apa pun biar perundangan menentukan.
oklah fokus pada tajuk pula.
PKR bukanlah authority body yang nak halal kan atau haramkan sesuatu.
saya telah membaca kebanyakan kenyataan pemimpin PKR berhubng isu ini , tiada siapa pun pun kata ok kepada persoalan yang berkisar tajuk diatas , tiada siapa halalkan sex sebelum kahwin. saya nak lontarkan dua isu di sini
1. di dalam undang-undang (kecuali undang-undang syariah) ada ke katakan seks sebelum kahwin (suka sama suka) adalah kesalahan.
2. dari segi moral dan agama ya perbuatan eli ni (jika benar tertakluk kepada siasatan polis) sememangnya tidak baik dari segi moral dan tidak baik dan berdosa dari segi agama.
jadinya
ada dua keadaan, walau pun eli secara moralnya dikatakan tidak baik (jangan lupa dia bukan Islam) tetapi secara undang-undang dia tak bersalah (jangan lupa dia bukan islam)
Eli pasti akan kekal dengan melepaskan jawatannya walaupun PKR minta dia bercuti, kenapa PKR minta dia bercuti , supaya dia bertenang dan untuk meredakan isu ,sebab isu utama yang sepatutnya di beri penekanan ialah isu penyebaran gambarnya. Cuba bayangkan gambar kita ketika sedang mandi pakai seluar kecik atau pun tak pakai langsung didalam bilik air tiba-tiba berada dalam internet apa perasaan kita itu . Kita nak fikir pasal moral dulu ke atau fikir pasal “siapa yang menyebarkan”.Itu yang saya rasa eli tengan fikir sekarang ni.
http://ryzulosman.blogspot.com
February 20th, 2009 at 4:39 pm
Astaghfirullah…saudara Asyraf…berhati-hati bila menulis, tuduhan seks adalah tuduhan yang berat yang tidak boleh berdasarkan andaian…anda berilmu, bercakap sebagai orang berilmu…
Sekurang-kurangnya YB Eli yang bukan Islam telah bertanggungjawab dengan melepaskan semua jawatannya. Bagaimana dengan dua orang ADUN Perak yang beragama Islam, yang telah mengaku menerima rasuah seks, bukan sahaja enggan melepaskan jawatan malah diterima masuk sebagai penyokong BN?
February 20th, 2009 at 8:40 pm
Salam Rindu Kedamaian,
Minta maaf kalau tulisan saya mencetus kekeliruan. Saya tidak menuduh Eli melakukan seks dengan kekasihnya. Cuma menelah kenyataannya sendiri yang semacam tidak rasa bersalah mengenainya atas nama kebebasan individu.
Setahu saya 2 ADUN Perak tidak pernah mengaku menerima rasuah seks. Cuba selidik balik kenyataan sebenar.
February 20th, 2009 at 11:10 pm
Assalamualaikum Wajdi anak Dusuki,
Aku nasihati kamu begini: Lebih baik kamu menjadi MUJAHID (dapat pahala) daripada kamu menjadi MUJAHAT (dapat dosa). Muhasabah dirilah kamu, wahai Wajdi anak Dusuki.
Maafkan aku. Aku ikhlas.
February 20th, 2009 at 11:14 pm
Waalaikumsalam Yangretibase,
Terima kasih atas nasihat. Macam tulah bagus guna bahasa yg lebih beradab.
February 21st, 2009 at 12:00 am
Sekadar memetik kembali sebuah Artikel yang diambil daripada Harakahdaily.net. untuk menjelaskan fakta bahawa 2 ADUN bekas PKR tidak pernah mengaku menerima rasuah seks. Yang mengaku tu adalah ahli PKR lain. Walaubagaimanapun 2 ADUN bekas PKR turut didakwa menerima rasuah suapan wang yang ketika ini dalam proses perbicaraan mahkamah.
Antara rasuah seks, penganiayaan dan keadilan
Fahri Abdillah al-Masri
Sun | Oct 05, 08 | 11:18:32 am MYT
Oleh kerana kerajaan hari ini, kononnya mahu membanteras rasuah, maka ada kaedah yang digunakan dengan cara menjebak dan menjerat seseorang. Samada ia sah digunakan atau tidak, hal perlu kita bincangkan bersama. Laporan akhbar mutakhir ini dirujuk.
Salah satu laporan itu telah disunting seperti di bawah ini bagi memudahkan bualan.
IPOH 23 Sept. � Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China .
Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.
Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.
Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.
Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.
“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.
Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayainya.
“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.
“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China ,” ujarnya.
Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”
Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.
“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?” ujarnya.
Analisis kan dungan laporan
Daripada laporan berita di atas, mungkin kita boleh berbincang sama-sama dalam usaha meleraikan beberapa kekusutan yang timbul kini. Keadilan harus ditegakkan dan jangan ada pihak yang bersalah terlepas bebas daripada jaring hukuman kita.
1. Adakah BPR termasuk dalam pengintip (tajassus) seperti yang dibangkitkan Mufti Perlis dalam isu membantah tangkapan khalwat dahulu?
2. Rasuah dalam bentuk seks ada dua jenis hukuman. Pertamanya, rasuah dan keduanya zina. Tapi, dalam hal ini memadai kita tumpukan hal rasuah dahulu.
3. Dalam kes ini, adakah hanya penerima rasuah yang terkena hukuman? Bagaimanakah dengan pemberi rasuah dan orang yang menjebak seseorang dengan rasuah?
Sedan gkan hadis-hadis di bawah ini telah menunjukkan bahawa pemberi (atau pencadang kepada seseorang agar menerima rasuah) dan penerima rasuah turut dilaknati Tuhan.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum.” (al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)
Dari Ai’syah: “Rasulullah s.a.w melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (al-Bazzar & Abu Ya’la)
Dari Thauban: “Rasulullah s.a.w melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya,” (Ahmad & Hakim).
Pemberi rasuah dilupakan?
Berasaskan nas dan dalil yang turut dikembarkan dengan laporan akhbar tersebut, adakah Mohamad Imran (pencadang dan pemberi rasuah) boleh terlepas daripada hukuman?
Juga, yang perlu diberi perhatian di sini, adakah tindakan BPR mengintip serta merakam aksi tertuduh itu boleh dikategorikan sebagai tajassus yang dilarang oleh agama? Apakah pandangan Mufti Perlis dalam hal ini?
Tulisan ini bukanlah bertujuan mahu membela penerima rasuah tetapi mahu mendapatkan kepastian, adakah dalam kes ini, pemberi rasuah (Mohamad Imran) akan terlepas?
Dan, sekali lagi, jika pegawai BPR yang merakam aksi terlarang itu boleh ditafsir sebagai tajassus (mengintip) apakah pendirian Mufti Perlis terhadap sikap BPR ini? - mr _
February 22nd, 2009 at 9:10 am
Salam,
Perjuangan politik diharus sesekali tersisih dari sandaran moral dan akhlak. Apa jua matlamat tidak akan sesekali meredhai cara untuk bertindak. Yang salah tetap salah walau dalam puak mana kita berada. Kecenderungan utk menilai baik buruknya seseorang berdasarkan anutan politik kepartian perlu diketepikan agar apa segala usaha baik atau sebaliknya yg dilakukan oleh mana2 pihak tidak seringkali disalah ertikan dgn bermacam2 tuduhan. Inilah yg terjadi dlm senario politik semasa negara kita pada hari ini. BN & Pakatan seringkali bertelagah dlm banyak isu hatta isu yg melibatkan kepentingan dan maslahat rakyat jelata. Apa guna berpolitik kiranya sekadar mencipta bahana dan banyak menyusahkan rakyat.
Biar apapun dlm menyentuh isu moral & akhlak ini, semua pihak harus bersikap jujur dan ikhlas, baik di pihak parti pemerintah mahupun pembangkang. Moral & akhlak bukan bahan dagangan untuk menduduki takhta bagi mana2 parti politik, apatah lagi subjek konspirasi jahat utk menjatuhkan seseorang pemimpin!
Justeru, saya alu2kan usaha sdr mempelopori agenda politik dakwah dlm UMNO & BN. Apa guna kita merobohkan tunjang yg sudah terbina? Alangkah baiknya bersepakat dan berganding bahu untuk melakukan anjakan ke arah yg lebih baik. Hindarilah politik yg bersifat permusuhan dan saling benci-membenci sesama umat! Wassalam… Tok Canang
February 22nd, 2009 at 9:13 am
pembetulan… ayat barisan pertama …”bukannya diharus, tetapi tidak harus”. Kesalahan menaip…
February 24th, 2009 at 12:35 am
biasalah pkr kan parti al-juburi mesti banyak elemen tu dlm parti
February 27th, 2009 at 8:38 pm
‘Betulkah Khir Toyo utamakan moral?’ - suami Senator Hayati
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) -”…mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak.” Iklan
Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan penyebaran foto kurang sopannya.
Bekas menteri besar itu berpeluk tubuh apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Ir. Mohd Suffian Abdul Aziz.
“Wajarkah Dato’ Seri Khir meminta Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?
“Saya sendiri pernah berjumpa Dato’ Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak,”kata Mohd Suffian.
Bekas Ketua Penerangan Umno Klang itu mengulas desakan Ketua Pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto Elizabeth yang dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat KeADILan itu sedang tidur.
Mohd Suffian,berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau ‘menyelesaikan sendiri isu rumahtangganya’ sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto diserahkan kepadanya.
“Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap,”kata Mohd Suffian.
“Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun adalah masalah moral.”
Jawatan Norhayati sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai bermula sejak 2007.
Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno pada pemilihan parti bulan depan.
(Artikel ini dipetik daripada laman web Malaysiakini)_
March 3rd, 2009 at 11:15 am
KHIR TOYO XLEH PAKAI..NOK MASUK TADING KETUO PEMUDO TAHUN NI….ALAMATNYO KOHO PENAT LA PUOK UMNO AKE DATANG….CAKAP X SUPO BIKIN…KALU UTAMAKAN MORAL BAKPO DIO BAGI PENYAPU KO KAKITANGAN DIO MASO DIO BERKUASO..ADO KE PATUT…TU BUKE BAGI SOKONGAN MORAL..TU JATUHKAN MORAL ORE..PENAT…PENAT.. ADO ORE UMNO GINI..LU PIKIRLAH SEDIRI….
April 25th, 2009 at 2:53 am
As-Salam Brader Doc,
Nak gtau kat brader YB, Azam Abd Rahim dan geng sewaktu, cuba analisa gambar2 Eliza Wang(Elisabeth Wong arr) cam yg di sarankan oleh brader Azam, munkin dari segi logik kita boleh kata yg Eliza rela diambil gambar nye, wakakaka.. sebab gue kata cam2 ialah melalui gambar itu( a picture tells a thousand words(stories)) gambar2 atas sofa Eliza pakai baju itam & seluaq itam( nak bagi jelas guna Picasa pic viewer n kita leh zoom selapas download ngan mouse skrol je) tetiba gambaq yg kita tak mau tengok tapi kena tengok Eliza kena londeh dah dan dia pakai kain lak. Uish apesal tangan dia macam nak cover Poen dia lak,..pakai spek tidoq lena ke or napping je. elo braders, kita kena le open minded skit sbb depa ni politician jd bab pusing memusing n spinning d gasing ligat bab kes ni biasa le, wakakaka. hah, braders semua nak tau cerita sebenaq tak, wakaka.. okie gue story ekk. Yg amik gambaq Eliza tu ialah Si Hilman la tu. dia bukan nak antaq gambaq tu pi internet cuma dia amik wat kenang kenangan je. wakakaka.. tup..tup.. tipon dia jatuh satu ari dan LCD screen tak leh fungsi jadi dia pi antaq la kedai repair phone, wakakaka. Dia tak terpikiaq la nak amik memory kad keluaq. Abis Ameng yg repair phone tu lak dah repair elok dah LCD screen tu dia pun saja2 test nak tengok gambaq dlm phone tu la,..Fulaaaaammaaakkk.. dia buka Photo Galeri tu dia syok la sbb gambaq aci dlm tipon mamat melayu tu dia rasa dia kenai, dia pun panggil la kawan dia Atek pulak dan kata” Atek, lu caya tak apa ada dlm tipon ini mamat melayu?’ Apa dia, tanya Atek lak, wakaka, Ameng kata ‘ Ahhaa, ini tipon ada gambaq cabor cun dan lu kenai sangat sama dia sebab lu selalu cakap lu kalo boleh mau kawin sama dia masa BA menang” Hah, gambaq Elisa ada ctu ka, aiya mai wa tengok wa punya darling, wakaka… bayangkan la brader apa jadi, hihihi.. ” Cilaka Elisa ni! dia titun kangkang tunjuk sama itu mamat melayu ka’ Anak Haruan betul’ ini macam kita wat copy kasi antaq internet bagi semua olang tau Elisa ni ‘LAUK EKSOTIK JE’,. biaq semua orang tau dia boleh di makan arrr, wakakaka.. so braders, wakaka, apa macam puas hati arr.. tuu la jgn main pandai nak tuntuk pandai tapi tak pandai, baca la dulu Brader Dr nye article betoi2 dan faham maksud penulisan tu base atas statement Eliza dan cakapan org yg mengenali Eliza. Hampa ingat bila HIlman dapat usung Eliza mamat PKR lain tak jeles ka. mungkin kan? wakaka. thats politik braders. Sory le Brader Dr.Asyraf WD, sebab amik byk space sgt. saya minta maap banyak2 kat berader berader yg di sebut ni(YB, Azam Abd Rahim & geng sewaktu)wakaka, gue ni tak PASs SRP pun tu yg cakap berceramuk tu, hihih. nak kata bodoh tu tak la sbb saya Melayu. Melayu lama la katakan. tapi minat CSI jd saja saja nak main CSI le ni. kenapa tak caya apa saya cakap ni? Memang le tak le caya sbb saya bagitau teori je.. teori konspirasi atau teori tipon rosak! The possibilities are there braders so b smart and learn to understand what it means in Blog os sepere( entah camne nak sebut,wakaka) We agree To Disagree( and of cos We disagree to Agree,hihihih) okies le tu braders all in arms n humans lets jst learn to disagree in a berhemah way,wakaka. Bersopan santun dan berbudi bahasa serta berhemah adalah sifat manusia yg baik.. err betoi dak Brader Dr.
Wassalam
Malu nak habaq nama
Forget The Past, Face The Present and Prepare For Thy Future!
p.s. Mintak maap banyak2 kat semua terutama pada tuan punya blog ni. Insyaalah Brader Doc gue will get your blog link to mine, wakaka. malu nak gtau nama blog gue. Tapi pada yg tak mau ampunkan gue apa boleh buat gue ni jenis muka tebai tak kisah sbb gue rasa gue minta maap kat Allah Taala insyaallah Dia ampunkan sbb dia tau Nawaitu gue camne,.wakaka..( kalo gue silap cakap Brader Dr., tolong arr tegurkan yak.) manusia biasa cam kita tak lepaih dari dari wat silap, tp kalo puak manusia cam setengah2 tu tak tau la apa Apon nak kata,wakakaka.. salam perpisahan.