Mungkinkah Referendum Rakyat Terzahir dalam Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang?

Sebentar tadi kira-kira pukul 2 petang, saya menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat daripada Perak yang memaklumkan mengenai kematian Ahli Parlimen PAS Kawasan Bukit Gantang Roslan Shaharum (Al-Fatihah buat Allahyarham).

Ini bermakna satu pilihanraya kecil bakal diadakan dalam tempoh 60 hari. Menariknya pilihanraya kecil ini bakal diadakan di tengah-tengah kemelut politik Perak yang masih belum reda. Walaupun tidak mewakili keseluruhan negeri Perak, pada pandangan saya pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pastinya akan ditanggapi oleh pelbagai pihak sebagai suatu referendum rakyat samaada mereka bersetuju atau tidak dengan perubahan kerajaan Perak secara ‘lompat parti’ yang baru sahaja berlaku.

Apatah lagi salah satu daripada DUN dalam Parlimen Bukit Gantang ini diwakili oleh ADUN yang mencetuskan kontroversi iaitu Kapt Mohd Osman Jailu (Bekas PKR) yang baru sahaja mengisytiharkan keluar parti untuk kekal Bebas dan menyokong kerajaan baru yang dibentuk BN. Tentunya, rakyat akan menilai sejauh mana pengundi di dalam kawasan DUN Changkat Jering itu bersetuju dengan pendirian ADUN mereka yang beralih arah menyokong BN.

Jika dilihat dari segi komposisi pengundi, majoriti pengundi adalah Melayu iaitu 63.57%, Cina 27.14%, India 9.12% dan lain-lain 0.16%. Dalam PRU12 lalu, Allahyarham Roslan Shaharum (PAS) memenangi kerusi ini dengan majoriti 1,566 undi. Beliau mendapat 20,015 undi mengalahkan Bendahari UMNO, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi yang mendapat 18,449 undi.

Untuk pengetahuan semua, Parlimen Bukit Gantang sebelum ini diwakili oleh Ahli Parlimen dari parti Gerakan iaitu Ketua Wanitanya Datuk Tan Lian Hoe (sekarang ini Timbalan Menteri Penerangan) yang menewaskan pemimpin Muslimah PAS tersohor Dr Lo Lo Mohamed Ghazali dengan majoriti besar 8,888).  Kerusi ini kemudiannya dikembalikan kepada UMNO untuk ditandingi pada PRU12 lalu yang menyaksikan Datuk Tan Lian Hoe berpindah ke Parlimen Gerik (Beliau sekali lagi menang besar dengan majoriti 5,303 mengalahkan calon PAS dalam kawasan majoriti Melayu 73%).

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu:

1. DUN N13 Kuala Sepetang yang dimenangi calon PKR Tai Sing Ng (7,285 undi) menewaskan calon BN See Tean Seng (6,721 undi) dengan majoriti 564.
2. DUN N14 Changkat Jering yang dimenangi bekas calon PKR iaitu Kapt Mohd Osman Jailu (9,411 undi) menewaskan Datuk Mat Isa Ismail dari BN (8,309 undi) dengan majoriti 1,102.
3. DUN N15 Trong dimenangi oleh calon BN iaitu Datuk Rosli Hussin (4,212 undi) menewaskan calon PAS Nor Azli Musa (3,296 undi) dengan majoriti 916.

Justeru jika penilaian dibuat berpandukan keputusan PRU12 lalu, secara umumnya BN dan PR mempunyai peluang yang hampir seimbang.

Sebab itulah pilihanraya kecil yang bakal diadakan kelak tentunya menarik lebih-lebih lagi ia berlaku dalam suasana politik Perak ketika ini yang masih haru-biru. Setiap parti yang bertanding tentunya ingin memastikan kemenangan bagi menjustifikasikan pendirian masing-masing dalam kemelut perubahan kerajaan Perak yang baru berlaku. Jika BN menang umpamanya, tentu sekali bakal diuar-uarkan bahawa rakyat menyokong perubahan kepimpinan di Perak. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat yang menang, maka berkumandanganlah pencacai-pencacai politik mengatakan bahawa BN tidak lagi diterima rakyat lantaran tindakan mereka menubuhkan kerajaan tanpa restu rakyat secara pilihanraya.

Walau-apapun sama-samalah kita menantikan episod seterusnya cerekarama politik Perak yang semakin lama semakin menarik. Bak saranan sahabat saya Nobisha (Norizan Sharif) dalam blognya, Dah Beli Popcorn?

26 Responses to “Mungkinkah Referendum Rakyat Terzahir dalam Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang?”

  1. Nizam Mat Saari Says:

    Salam Sdr.,

    Adun Bukit Selambau Kedah juga khabarnya mengumumkan letak jawatan selepas letak jawatan sebagai Exco Kedah hari ini.

    Bukit Gantang & Bukit Selambau akan ada pilihanraya. Referendum rakyat? Mungkin ya!

    http://nizammatsaari.com/blog

  2. mat takbir Says:

    woit ayat pencacai-pencacai politik tu pendakwah haprak mcm kor mana boleh guna. kor kan warak tak guna ayat mcm tu

  3. mat takbir Says:

    woit zambry kadir tu umno ker mic. aku confuse la

  4. ryzul akustike Says:

    Salam mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangai fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .

    Soalan satu Kenapa sultan memilih BN.
    Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.

    Soalan kedua : kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?
    Jawapannya: Jangan lupa sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 je MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.

    Soalan ketiga: kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?
    Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik PRK untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu diorang ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan satatus mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui PRK, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.

    Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.

    Apa pun …Daulat Tuanku..

    http://ryzulosman.blogspot.com

    p/s sedikit tambahan , saya berani jamin situasi politik di perak takkan tenang sehingga PRU yang akan datang, kecuali DUN changkat jering dan Behrang distiharkan kosong atau seballiknya oleh mahkamah serta keputusan mengenai kes dua adun bebas yang ada kes rasuah tu, kalau mereka bebas dari disabitkankan kesalahan maka BN akan lega dan sedikit konfiden memerintah negeri sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang, dan jika mereka sangkut” maka…faham-faham sendirilah akan kesannya.

    selain itu kalau pun diisitihar kosong maka disini BN dan Pakatan akan berentap dan ini sekali lagi jadi penentu siapa yang berhak mengepalai kerajaan ngeri perak.

  5. mib Says:

    Wadi,mana pi idealisme ketika semasa di universiti dulu?

    Adakah idealisme itu terkubur bila dah dpt phd di uk?

    Kenapa sanggup korbankan bakat hang ada masuk umno.bila dah berparti ni ikut shj apa kata parti umno tu.

    Dulu anwar dipecat,hang kata dizalimi tp skang mb nizar dirampas kuasa tanpa ada undi tidak percaya ketika setuju hang setuju.

  6. Muhammad Says:

    I came about YB Mohammad Nizar’s blogspot ( http://kamparinn.blogspot.com/ ) & found that his comment explains a lot.

    Better to hear direct, rather from second party. Here is part of it (the rest you can read from the url above):

    Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin said…

    Assalamualaikum
    Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

    Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
    Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

    Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

    Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

    Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

    Tohmahan sahabat mengenai “gadai tanah” kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

    Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

    Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

    1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

    2. 5,000 ekar di Bruas

    3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

    4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

    5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

    6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

    Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

    Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

    Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

    Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat “kecerdikan ” pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

    Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

  7. Rindu Kedamaian Says:

    Harap Dr. Asyraf dapat ulas komen dari Muhammad ni, jgn jadi mcm Pak Kaduk…menang sorak, kampung tergadai…

  8. EX UIAM GRAD 2000 Says:

    kalau hati dah berkiblatkan UMNO, bagilah 1000 fakta sekalipun, takkan diterimanya. Aku kenal sangat dia ni..

  9. YB Says:

    Saudara Asyraf,

    Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda.

    Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu.
    Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

    Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.

    Tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato’ Zainal Abidin Zin, ex- Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

    Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.

    Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.

    Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan. Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.

    Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.

    Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.

    Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini. Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

    Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan Khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.

    Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang memanggil DYMM Sultan Terengganu “natang” (binatang)? Melayu hari ini tidak mudah lupa. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.

    Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa.

    Dr. pun jgnla jadi pencacai puak2 ni. Be fair in your comment and kaji selidik and bukakan minda anda sikit. Kalau nak menyokong dgn facts bukan sbb parti mana anda anggotai. Respect must be earned.

    Wsalam.

  10. Muhammad Says:

    UMNO skrg galak naik turun negara kononnya mempertahankan institusi Raja dari dicemar. Tapi, satu masa dulu, saya masih ingat dengan jelas dan terang peristiwa Annuar Musa menabal raja baru di Kelantan, satu masa dahulu.

    Saya masih ingat gambar Annuar Musa menyembah Raja baru yang beliau tabal di Ketereh dahulu. Saya masih ingat betapa ianya telah digunakan untuk mencetuskan huru hara di Kelantan bagi tujuan Mageran.

    Nasihat saya kepada UMNO ialah cermin muka kamu dahulu. Bukan Dr. Mahathir dahulu yang mula-mula membawa UMNO menentang raja?

    UMNO memang mudah lupa.

  11. umi DnD Says:

    Salam..

    kepada komentar YB, saya mewakili rakyat biasa amat mengalu2kan orang seperti YB yang semestinya bijaksana dan berkebolehan untuk turun padang memberikan penjelasan yang sebenar2nya kepada seluruh rakyat di luar sana…rakyat sekarang amat keliru setelah seluruh saluran media digunakan oleh be-end untuk memutarbelitkan fakta…saya ambil contoh diri saya sendiri…saya jadi keliru dengan situasi yang berlaku ini tapi saya boleh ambil tindakan cepat dengan membuat rujukan, mencari fakta2 sahih bukan hanya mendengar saluran media perdana negara…alhamdulillah saya sudah memperolehi kebenaran…tapi saya tidak pandai berhujah untuk menerangkan duduk bangun perkara sebenar….ramai lagi mereka di luar sana yang masih terkeliru…ayuh YB, percepatkan langkah sebelum mereka terus menerus dikelirukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab….

    kepada saudara moderator, malu hamba untuk mengaku yg saudara adalah orang senegeri dengan hamba….pikir2lah….

  12. baka wan Says:

    Salam,
    malam dr wajdi jadi pengerusi bual bicara dengan mb ‘haram’ perak di TV1. Banyak perkara yang di bincang kan.
    Satu sahaja yang saya ingin ambil perhatian adalah behubung dengan soalan dan ulasan dr wajdi pasal kedaulatan dan kemulian raja2. Dari segi bahasa seolah2 pakatan yang jahat menghina raja2. Tapi sila kembalikan ingatan kepada tragedi pertabalan sultan baru dikelantan pertengahan tahun 90an dulu oleh ketua umno kelantan sekarang annuar musa, ketua kepada dr wajdi dalam umno kelantan. jangan bercakap tak tengok fakta dan baca sejarah, nanti orang kata ijazah berjela sampai PhD tapi bodoh bagai nak mampos, bercakap lepas keluar mulut sahaja.
    Pasal kemulian raja ni, umno yang mula menghina raja, tapi dalam kes perak buat2 nak bela raja, poooraaah.
    So satu sahaja, sebagai anak kelantan, umno akan ditentang sampai ke akhir hayat, bila masuk kubur malaikat tanya apa jasa kamu, saya boleh jawab, menentang umno kerana kemungkaran yang dilakukan oleh mereka. mati saya adalah akhir yang baik.
    Setakat tiasa hujah untuk menangkis kenyataan ini.

  13. brrr Says:

    nampak sangat bila dah jadi penyokong fanatik, diterangkan kebenaran & rasionalpun tak boleh terima. Dah berkarat katakan. Bahasa mereka ini pun kesat sangat dah jadi kebiasaan dan tiada adab ketimuran. Siapa yang ajarkan. Islam & melayu apa salahnya berbaik2 kan semua kita bersaudara. Ini cerita sampai dalam kubur, berani sangat ke dia.

  14. Mula Says:

    nampak sgt dr asyraf nie seorang yang tidak seintelek yang disangka dan dangkal pemikirannya.

  15. harimau malaya Says:

    salam dr asyraf,

    Sya cukup mengkagumi sikap keterbukaan saudara menerima kritikan dan kutukan. Bagi saya yg tidak berparti amat bersetuju saudara terus bersama umno utk sekurang2nya menyuntik kesedaran kepada mereka. Yang penting saudara harus kekal dgn prinsip dan idealisme yg saudara pegang ketika pimpin gerakan mahasiswa dulu. Usah kisahkan sangat pandangan golongan fanatik pas dan keadilan dalam forum ini. Mereka ni dah taksub. Selagi saudara tidak bersama mereka selagi itulah mereka akan terus mengutuk.

    Teruskan perjuangan…

  16. pure-hadharist Says:

    KEGAWATAN POLITIK MALAYSIA : ANTARA PERSEPSI DAN REALITI! sudilah layari http://pure-hadharist.blogspot.com

  17. ruyom Says:

    When Umno says that you have insulted race and religion and that you are a traitor, then wear it as a badge of honour.

    If Umno fascists and supremacists say that you are a traitor to the cause, then you must have done something right and that you are on the right path.

    You should be really worried if Umno starts praising you and putting you on a lofty pedestal, because it means you have turned your back on everything that is positive, rational and just.

  18. coolooc Says:

    Malaysia is slowly and surely turning into a very sick place. We must finish off Umno and its cronies to cure the country from this acute sickness.

  19. konek Says:

    The Perak case is not a complicated constitutional crisis. It is a simple case of corruption.

    The crisis would not have happened if Malaysia has a truly independent anti-corruption commission like the ICAC of Hong Kong.

    The newly formed MACC has turned out to be a political stooge of BN, answerable to Umno only.

    The ruler could have used the incidence to flush out corruption and money politics. Instead and unfortunately corruption was handsomely rewarded.

  20. vesewe Says:

    If anybody who thinks that corruption and racial discrimination is not wrong then there will be nothing that is wrong.

    This is what actually happening in Umno. They love the two evils:

    (i) corruption to enrich themselves (ii) racial discrimination to make them feel good and superior to other races (when they do not know that they still need to be spoon fed and the tongkat) and deceive the poor kampung folks that they are heroes to their race who keep on voting for them.

    They are actually robbing the country by making everybody poorer, malays and other races alike. Petrol prices are raised with hundred and one excuse, and tolls are raised without any transparency, and everything has gone up making the poor becoming poorer.

    I do not see anything that they can be proud of, and nothing superior about them. Even to rob, they are all given assistance and tongkat to do it by having two set of laws, one for them and one for the ordinary citizens.

  21. miya Says:

    Semi Value, Najis, Hisppukidin, Bodowi……….all these idiots of the corrupt Umno government - one thing is certain - majority, a very high majority of the public does not believe anything the stupid, lying and corrupt Umno government says anymore.

    This Umno government has zero credibility with the people of Malaysia and one of the reasons is the public is more knowledgeable and intelligent than all those idiots in government especially those dumb shit heads in Umno.

  22. mat selambo. Says:

    KEPADA BAKA WAN..AKU PUN ADA BAKA WAN JUGOK..MANA KO TAHU BILA MATI KO MATI DALAM AKHIR YANG BAIK..SAPE YANG BAGI HUKUM NI..ORANG MACAM KO NI LAH YANG MEMECAHBELAH KAN MELAYU…BUAT HUKUM SENDIRI…MATI ESOK2 BUKE KUASO KITO YANG TENTU KAN SYURGO DAN NERAKO…TAUBAT LAH WOI…

  23. mat takbir Says:

    woit mat selambo kor ni anjing jilbab la

  24. mat selambo. Says:

    AKU RASA MAT TAKBIR NI KENO MASUK PUSAT SAKIT JIWO LA…BILIK KOSONG BANYAK LAGI..AKU AJAK JUMPO KAT LUAR TAKUT…NAK JUMPO AKU ANYTIME JE….

  25. mat takbir Says:

    kahakahakaah mat selambo

    cabaran di sahut

    woit kat mana nak jumpa?

    kat hotel chua soi lek buleh x?

    Dr Asyraf Wajdi!!!!!!!!!!!! patik ‘mohon derhaka’…..kahakahakahakahakah

  26. along.kedah Says:

    Hang jangan dok layan sangat mat takbir tu mat selambo. dia tu dah rosak akidah. baik hang buat tak tau je lagi baik. bila kita lihat dari tulisanya pun kita dah tau dia kurang ilmu pengetahuan…

Leave a Reply