KAMA TADIINU TUDAANU @ What Goes Around Comes Around
“Cubaan menarik anggota Pakatan Rakyat menyertai BN adalah tidak demokratik dan menafikan hak rakyat yang memilih kerajaan negeri yang ada pada hari ini pada pilihanraya lepas”. Begitulah lebih kurang kata-kata yang dihemburkan oleh Menteri Besar Kerajaan Campuran DAP. PAS dan PKR, Datuk Seri Nizar Jamaluddin tatkala menuduh Barisan Nasional (BN) cuba jatuhkan kerajaan negeri itu secara tidak demokratik ekoran kehilangan dua Exco negeri ketika sidang akhbar yang ditayangkan dalam Buletin 1.30 sebentar tadi.
Mendengar kata-kata Nizar itu, saya tersenyum sendirian. Agaknya Nizar terlupa. Pihak parti Pakatan Rakyat juga secara terbuka bercita-cita hendak menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September lalu dengan mengajak Ahli Parlimen BN lompat parti.
Walaupun itu tidak berlaku tetapi jika ada ahli BN benar-benar lompat parti menyertai mereka, mereka kata itu demokrasi namun jika ada kalangan mereka yang telah sedar dan ingin kembali ke BN, itu dituduh sebagai sudah dibeli.
Begitulah senario politik hari ini yang bagaikan sudah hilang makna dan nilai. Masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah dengan menganggap diri dan parti mereka sahaja betul dan kudus, Sedangkan apa yang datang daripada orang lain khususnya parti lawan semuanya salah. Walau terkena atas batang hidung sendiripun masih boleh berdolak-dalih.
Penulis sejak daripada awal berpendirian bahawa apa juga keputusan pilihanraya lalu, kita sewajarnya menerima pilihan rakyat dengan hati terbuka. Tidak perlu mencetuskan suasana ketidak-pastian terutama dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini hingga menyebabkan kepentingan rakyat diabaikan.
Tindakan PR daripada awal menguar-uarkan penubuhan kerajaan secara ‘lompat-parti’ pastilah satu tindakan yang langsung tidak menghormati keputusan rakyat dan membelakangi prinsip demokrasi.
Saya pernah menulis pendirian ini dalam tulisan terdahulu dan dipertegaskan ketika diwawancara dalam program HUJAH TV9. Namun ramai yang membidas dan mengkritik atas alasan menghormati hak dan kebebasan setiap pemimpin terrsebut. Malah atas nama demokrasi jugalah mereka terus menyokong lompat parti untuk menubuhkan kerajaan baru.
Tapi hari ini apabila terkena pada PAKATAN RAKYAT, dikatakan tidak demokratik dan tidak menghormati rakyat. Sebab itulah kalau kita berpolitik secara bermaruah, prinsip kita tidak harus berubah-rubah. Kalau kita tidak suka seuatu berlaku kepada kita, jangan pula kita sanggup melakukan perkara yang tidak disukai itu kepada orang lain.
Prinsip inilah yang disebut dalam Islam sebagai “KAMA TADIINU TUDAANU” bermaksud “Bagaimana kita lakukan begitulah kita akan diperlakukan”. Ia juga sinonim dengan pepatah Inggeris “What Goes Around Comes Around”.
February 1st, 2009 at 5:14 pm
Salam Dr.,
Allah mencipta mata untuk melihat keluar dan tidak nampak diri sendiri.
T. kasih
February 1st, 2009 at 5:36 pm
Dalam politik, kita hendaklah konsisten. Sekiranya tidak kita akan hanya menjadi bahan sindiran orang. Saya juga menonton TV3 yang tuan maksudkan. TQ
February 1st, 2009 at 10:02 pm
Asalamualaikum,
dissolve the Perak state assembly and call for a fresh state election.
“GOD WILLING” InsyaAllah Pakatan Rakyat will win by a bigger majority and all problem will be solved.
Ameen.
February 2nd, 2009 at 2:22 pm
Sdri Roshatika,
Memang betul Allah menciptakan mata untuk melihat keluar tapi Allah juga menyarankan kita untuk menggunakan mata hati untuk melihat ke dalam diri sendiri. Hakikatnya mati hati lebih mengenali diri daripada mata kepala yang kadangkala dilitupi fatamorgana yang menyesatkan.
Saudara Nobisha,
Sangat setuju dengan pandangan tuan. Sebab itulah jangan mudah menyalahkan dan mengata pada orang lain kalau diri sendiri tidak sesuci mana.
Thinker,
Saya juga bersependapat dengan saudara/i, jika tidak mampu untuk melaksanakan amanah rakyat dengan betul, serahkan amanah itu kembali kepada rakyat. Jangan mengikut nafsu serakah yang boleh menjahanamkan rakyat.
February 3rd, 2009 at 10:04 am
saudara memang dah terlalu taksub dengan umno. saudara memang bodoh
February 3rd, 2009 at 12:01 pm
Dr Asyraf,
Jangan hiraukan pandangan ‘kawan lama dalam pkpim’ tu. Memand dasar berpenyakit taksub. Bila tak sependapat dituduh taksub.
Apa yang saya fahami daripada penjelasan Dr Asyraf di atas, dia tidak setuju lompat parti ini berlaku dari mana2 pihak. Baik dari BN ke PR atau PR ke BN. Dijelaskan beliau bahawa kita patut menghormati keputusan rakyat dalam PRU12. Kalau tak puas hati tunggu PRU13 pulak. Tak kisahlah sapa yang jadi pilihan rakyat akan datang kita kena hormat dan bersifat demokratik.
February 3rd, 2009 at 12:40 pm
Salam Dr
Banyak komentar Dr dan yg lain menitik beratkan soal politik wang dan juga keSOMBONGan.
Pada pemerhatian saya secara jujur dan ikhlas, saya kagum dengan prinsip Dr untuk tidak terlibat dlm politik wang. syabas. tapi saya pernah ke Tumpat berjumpa rakan-rakan saya yang umno dan bukan umno. rata-rata bila ditanya berkenaan komentar pasal Dr., mereka mengatakan bahawa Dr ini sombong, ‘agah’ dan berkepentingan peribadi, memilih bulu dan lebih sinonim lagi ialah bangsawan. maklumlah anak dato’, belajar oversea, ada phd, so apa lagi, act tu lebih lah. Saya amat berharap Dr dapat mengubah sikap ini. Lebih mesra rakyat dan jangan segan-segan untuk bertegur sapa. Bawa kereta jgn laju-laju, dan jangan lupa lambai tangan Dr. Jadikan arwah Cikgu Razali sebagai contoh dan Wan Farid sebagai sempadan. Dr akan maju ke depan.
Ubahlah UMNO dari sekarang. Jangan tunggu UMNO stabil baru nak ubah. Dr adalah superman bagi org2 muda bukan hanya UMNO tapi semua pemuda di Malaysia.
Terima kasih.
February 3rd, 2009 at 2:16 pm
Salam JenkeravsJentera,
Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Satu nasihat yang amat berguna untuk saya lakukan muhasabah diri. Mudahan2 diberkati Allah.
Wassalam.
February 4th, 2009 at 7:04 pm
salam abg wadi,
teruskan perjuangan!!!
February 5th, 2009 at 8:20 am
Salam. Pagi yang ceria!. Negeri Perak telah mendapat rohnya kembali. Perak telah bebas dari pemerintahan suku-sakat Chin Peng yang bersembunyi di bawah kopiah PAS!
Ya ALLAH, selamatlah Negeri Perak Darul Ridzuan!
February 5th, 2009 at 12:25 pm
Salam sejahtera Dr. Asyraf.
Mohon memberi ulasan dan pandangan mengenai isu PPSMI ini. Walaupun pergolakan politik kian meruncing, namun agenda teras lagi utama seperti bahasa Melayu ini perlu diteruskan malah dipertahankan.
Kami berharap agar entri Dr akan datang menyentuh mengenai isu PPSMI.
Sekian, terima kasih.
February 6th, 2009 at 10:24 am
zambry kadir akan lahir petang ni sebagai mb perak yang haram hasil persetubuhan haram najib razak dengan adun2 pkr dan dap
February 6th, 2009 at 2:35 pm
what you give, you will get back. harap Najib and Co tidak terlalu seronok dengan ke’jayaan’ di Perak. saya bimbang juga dengan nasib Najib dan kawan-kawan sejak kekalahan di Kuala Terengganu. dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, seramai lebih 10000 orang kehilangan pekerjaan seawal tahun ini, itu lebih penting utk pemimpin dan cendikiawan sama-sama fikir. herm..satu benda, rasanya harga minyak naik dah dari sebelum ini which is RM1.80 today. tak pulak dengar di announce dalam TV, kalau turun, belum turun hari ini dah diwar-war kan..musykill jugaa ???? btw, I watched Dr in TV1 last Wednesday, nampak berisi sket..
February 7th, 2009 at 12:15 am
Dr.,
Walaupun Umno dilihat menang dalam kes ini iaitu mendapat kerajaan Perak tetapi ia umpama pepatah Melayu sahaja, menang secumpak, rugi segantang. Berjaya rampas negeri Perak tetapi besar kemungkinan akan hilang selama-lamanya di mata rakyat kerana Umno sememangnya gagal bahkan sememangnya tidak mahu berubah.
February 7th, 2009 at 2:13 pm
Setuju dengan Thinker. Mungkin PR gagal mempertahankan Perak buat masa ini kerana kerakusan dan kebiadapan UMNO.
Bermula dengan memerangkap dua ADUN “pengkhianat” dengan rasuah seks sehingga mereka terdesak, kemudian membawa ADUN2 sampah yang dah disahkan meletak jawatan sebagai calon bebas dan menyokong UMNO, beginikah kemenangan yang boleh dibanggakan.
Berbeza dengan projek 16 September yang tidak melibatkan rasuah dan hanya berpaksikan keinginan untuk memberi harapan baru bagi Malaysia.
Insya-Allah, PRU13 kita sama-sama lihat kedudukan UMNO.
February 7th, 2009 at 3:44 pm
Salam Ustaz, Nak tau komen ustaz tentang istiadat tersebut…
http://datoseri.blog.friendster.com/2007/11/menarik-istiadat-tabal-jin-dalam-istiadat-pertabalan-paduka-seri-sultan-perak/
saya setia nantikan jawapan ustaz…
thx!
February 7th, 2009 at 7:11 pm
Setuju dengan Rindu Kedamaian. Lompat parti dari BN ke PR sahaja yang sah dan halal. Sebaliknya lompat parti dari PR ke BN tidak sah dan haram.
February 7th, 2009 at 9:58 pm
Raja Hipokrit,
Isu utama bukan ADUN melompat parti. Isunya cara ADUN tersebut melompat parti adalah sangat jijik sekali.
February 7th, 2009 at 11:40 pm
Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.
Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.
Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka.
PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan? Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. Tidak sama skali.
Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.
Saya bukannya taksub dengan Anwar Ibrahim. Dia pun manusia biasa yg imperfect. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang Selebihnya Allah yang menentukan.
Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya, you can shut your mouth.
Lastly Dr. Asyraf seriously think UMNO can change? Jika anda ikhlas, anda pasti tahu jawapannya insya-Allah.
February 8th, 2009 at 2:16 pm
Salam Dr,
Sekadar meminta Dr. membaca & menilai pandangan pandangan sahabat Dr. sendiri, Ustaz Zaharuddin berkenaan isu lompat parti. Saya berpendapat lebih jelas penerangannya bersumberkan Al-Quran & Hadith berbanding pendapat Dr. yg byk ‘pukul rata’ & mengikut logika akal yg terbatas.
Moga2 minda Dr. sedikit terbuka membacanya.
Wassalam.
http://www.zaharuddin.net/content/view/800/72/
February 9th, 2009 at 1:36 pm
Aku gembira dengan keadaan Perak sekarang. At least majoriti ADUN adalah melayu dan beragama islam. Ohhh… mungkin kau akan cakap diaorang tak terima pemerintahan Islam. Tapi mcm mana kau boleh terima org yang terang terangan menolak Islam. “Langkah mayat aku dulu” kata Karpal. Fikir2kanlah sendiri…
Tak payahlah cakap pasal pemerintahan Islam kalau berapa kerat jer org Melayu dlm kerajaan. Kau ingat bangsa lain nak terima dgn mudah. Lebih2 lagi 18 org bkn islam keliling MB. Aku kesian dan simpati dgn Nizar. Tujuan dia orang hanya untuk memecahkan monopoli politik melayu saja. Lihat apa yang mereka telah lakukan di Perak.
Anwar Ibrahim… no comments.
Aku tak memperjuangkan parti mana2 tapi aku menyokong mereka yg dapat mempertahankan agama dan bangsa aku. Kesimpulannya sudah tiba masanya UMNO dan PAS duduk semeja dan berbincang demi kebaikan agama dan bangsa. Tak payah nak menyalahkan antara satu sama lain kerana bila org Melayu kuat bangsa lain tak berani nak mempersoalkan dan mempermainkan hak kita.
Thinker,
Dont think we can survive like this if both UMNO and PAS can’t change. We will blame each others till no end. We must change this.
February 9th, 2009 at 2:39 pm
Aku tak setuju dgn thinker,
dia kata Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau.
–> Bukannya Pak Lah tak nak panggil sidang Parlimen. Tapi apa tujuannnya nak adakan sidang khas. Semua ahli perlimen BN kata mereka sokong Pak Lah. So nak kata apa? Lagipun Sidang Parlimen yg akan datang pada masa tu pun lebih kurang 3 minggu lagi aje. So, kalau betul dah cukup orang, kenapa masa sidang parlimen pada oktober 2008 , nothing is happened.
Kepada thinker, sila buat lebih analisa. UMNO akan berubah …dan kamu akan lihat ..insya allah. Jgan percaya kpd Anwar…
February 9th, 2009 at 2:42 pm
Anwar sebenarnya loyar buruk….Sekarang cakap lain . Esok cakap lain. memang kaki putar belit. Sekarang Karpal singh pun dah hentam dia. Tak layak jadi pemimpin….Fikir-fikirkan…
February 9th, 2009 at 2:46 pm
Alhamdulliah ..BN memerintah semula di Perak. Ini semua ketentuan dan kuasa Allah. Mungkin Allah nak BN yg memerintah. Kepada PR , janganlah salahkan UMNO atau BN. Mereka tak bersalah.
byk pengajaran :
1) Jgn cakap besar
2) jangan sombong
3) Pengajaran buat Anwar…Raja Katak Lompat
4) Rakyat boleh lihat sendiri, macam mana melalak dan malalutnya pengikut PR bila kuasa dah tak ada. Langsung tak ada sifat redha. Tak percaya semuanya adalah takdir dan ketentuan Allah.
5) Kepada BN , memerintahlah dgn adil dan saksama. Perlu berubah..Insyaalah akan diberkati
February 10th, 2009 at 2:04 pm
Salam mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangai fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .
Soalan satu Kenapa sultan memilih BN.
Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.
Soalan kedua : kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?
Jawapannya: Jangan lupa sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 je MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.
Soalan ketiga: kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?
Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik PRK untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu diorang ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan satatus mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui PRK, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.
Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.
Apa pun …Daulat Tuanku..
February 11th, 2009 at 5:04 pm
Permainan lompat parti ini bukan sekadar “what goes around comes around” … kaedah berpolitik matlamat menghalalkan cara sebegini lebih tepat lagi dizahirkan dalam amaran “if you live by the sword, you will die by the sword”.
Sesiapa yg tinggal dalam rumah kaca tak sepatutnya membaling batu ke rumah orang lain.
February 11th, 2009 at 6:42 pm
masalahnya di sini bukan lompat parti..tapi cara lompat parti.
lompat parti cara UMNO menggunakan duit berjuta2 ringgit.
Raja Azlan Shah….cam ner boleh terima Bn tuh??
GAMUDA ada dpt apa2 ke dr kerajaan..aku tak tuduh..tanya jer..
GAMUDA kan company anak pompuan dia,,..
February 14th, 2009 at 3:28 pm
Allah Maha Besar, Maha Agung,
Allah menunjukkan kepada kita di muka bumi lagi, sifat-sifat orang munafik dan orang fasik. Orang yang bercakap tidak serupa bikin.
Oleh yang demikian, marilah kita orang umno bersama-sama menentang golongan munafik dan berpura-pura ini dengan jalan yang benar.
Kita hendaklah bertindak dengan segera, mengumpul cerdik pandai, golongan profeseonal untuk membantu umno memerentah agama dan negara yang kita cintai ini.
Bertindaklah sekarang tanpa diberi sebarang imbuhan dan balasan.
February 18th, 2009 at 3:41 pm
ELEH…SEMUO PARTI SAMO JE MASING2 ADA AGENDA SENDIRI..YANG PENTING UNTUK KEMAJUAN BERSAMO..CUMO KAWE X SETUJU DGN PKR JE..BILA KENE BUANG SIBOK MENYALOK…BILO LEPAS KEKOH/GIGIT KAKI ORE YG TOLONG LEPAH..GITU KO NOK JADI PEMIMPIN..BILO RASO NOK MENANG SIBUK CANANG SATU DUNIO NOK TUKAR KERAJAAN..POOHYOO HEBAT NAMPAK… TAPI TEGOK LAH SEKARANG….DAH 1 NEGERI KENA TAWAN…SAPE YANG RUGI..SEDIH…SEDIH…TU LAH…KALU MAI CATUR KENO TEGOK BELAKE DEPE KIRI KANE…EH..EH..NOK CHEK MEK ORE LAST SEKALI…ASKAR2 KENO MAKE…SEDIH…SEDIH..NI MUNGKIN PERINGATAN UNTUK PARTI PAKATAN … JAGE TERLALU EGO DGN PECAPAIAN YANG ADO…RENUNG..RENUNGKAN LAH….