UMNO Perlu BERUBAH Atau DIUBAH!

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu sememangnya mengejutkan. Walaupun rata-rata memberikan gambaran bahawa keputusannya sudah terjangka sejak daripada awal, namun hakikatnya tidak begitu. Memanglah cukup mudah penganalisis membuat telahan begitu apabila keputusan sudah keluar. Tapi kalau disorot perbincangan2 yang dibuat samaada dalam media utama mahupun alternatif sebelum hari pemilihan semuanya memberikan gambaran seimbang bahawa pertembungan UMNO-PAS di Kuala Terengganu itu adalah sengit. Tidak ada yang berani menjangkakan secara tuntas keputusan yang bakal dikecap oleh mana2 pihak.

Secara teori berasaskan formula kelaziman memang UMNO atau BN jarang tewas dalam pilihanraya kecil. Ini kerana BN mempunyai banyak kelebihan apabila berhadapan dengan parti lawan dalam mana2 pilihanraya kecil. Namun formula ini nampaknya sudah tidak boleh diambil kira dalam suasana politik semasa hari ini yang semakin berubah.

Rakyat semakin matang dalam membuat pemilihan. Mereka tidak lagi bergantung kepada ‘gula-gula’ yang ditabur ketika musim pilihanraya. Penilaian mereka terhadap pemimpin juga tidak lagi berasaskan momokan nostalgia sejarah parti mahupun retorik-retorik yang dipersembahkan dalam bentuk pelbagai terutama dalam musim2 pilihanraya.

Trend semasa menunjukkan rakyat mahukan parti yang bukan sahaja ikhlas tetapi nampak ikhlas dalam memperjuangkan hak dan masa depan mereka. Mereka mahukan pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih dalam memastikan amanah rakyat terbela. Mereka juga mendambakan pemimpin yang bukan sahaja jujur tetapi nampak jujur dalam perawakan mereka.

Persoalannya apakah UMNO kini masih memiliki pemimpin2 yang dapat menyantuni hati nurani rakyat? Apakah UMNO bersedia berubah mengikut kehendak rakyat terbanyak? Atau apakah UMNO hanya mengambil kira kehendak segelintir ahli dan pemimpin2 berkepentingan yang hanya memperkira soal untung rugi ‘politik perut’ masing-masing.

Berbalik kepada isu pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini, bagi mereka yang berada di lapangan, cakap2 bahawa UMNO akan kalah sudah diperdendangkan sejak dari awal nama Dato’ Wan Farid diumumkan sebagai calon. Yang peliknya soksek2 sebegini bukan datangnya daripada PAS tapi dikalangan orang UMNO sendiri. Malah Tun Dr Mahathir sendiri turut menjangkakan kepayahan untuk UMNO menang dalam pilihanraya kecil tersebut kerana faktor calon yang dilabelkan sebagai ‘orang Pak Lah’.

Antara isu terbesar yang dibangkitkan ialah faktor peribadi Dato Wan Farid dan keterlibatan beliau dalam pakatan menjatuhkan Allahyarham Dato Razali Ismail dalam pemilihan bahagian hingga tewas sebagai Naib Ketua Bahagian. Sebab itulah UMNO bagaikan dibayangi fobia yang amat sangat kepada dosanya terhadap bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu, Razali Ismail bila mana BN seperti sudah kehabisan bahasa memuji dan memuja Razali. Tidak habis-habis BN terus memuji Razali di sepanjang kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Hinggakan Datuk Seri Najib sendiri mengumumkan penukaran nama sebuah sekolah di Kuala Terengganu dengan nama Razali.

Memang Allahyarham Razali seorang yang berkeperibadian mulia. Sebagai orang baru dalam parti yang diterjunkan sebagai calon ‘parachute’ dalam pilihanraya umum lalu, beliau dilihat calon bersih dan berintegriti. Namun beliau tewas dalam pemilihan parti kerana mempertahankan prinsip yang dipegangnya untuk tidak terlibat dengan politik wang dan pada masa yang sama menjadi mangsa kerakusan kepimpinan bahagian yang melihatnya sebagai ancaman.

Cerita Allahyarham Razali Ismail ini sebenarnya dendangan yang biasa didengari dalam realiti UMNO hari ini. Mereka yang berprinsip dan cuba mempertahankan prinsip terutamanya untuk tidak terlibat dalam sebarang bentuk rasuah politik pastinya akan terpinggir atau dipinggirkan oleh mafia2 bahagian yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Biasanya mafia2 ini diketuai sendiri oleh Ketua Bahagian yang takut jawatannya dirampas oleh mereka yang baru dan dilihat berpotensi menerajui parti pada masa hadapan. Fobia ini akan bertambah jika calon-calon baru ini adalah mereka berpelajaran dan dilihat berpengaruh bukan sahaja dikalangan rakyat malah diperingkat atasan. Akhirnya mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan pucuk-pucuk baru ini tidak akan berputik.

Budaya cantas-mencantas dan rasuah dalam politik UMNO kini tampak semakin menjadi-jadi terutamanya menjelang pemilihan parti yang bakal diadakan bulan Mac nanti. Cerita-cerita yang berlegar dikalangan perwakilan dan ahli-ahli UMNO kini semacam memberi kelebihan kepada mereka yang berduit dan bersedia membelanjakan duit dalam pemilihan parti ini.

Pemilihan bukan lagi bersandarkan kewibawaan dan ketrampilan calon tetapi kepada berapa wang yang sanggup dibelanjakan kepada perwakilan. Jawatan parti juga bukan lagi dilihat sebagai suatu amanah dan wahana menabur budi tetapi lebih kepada bentuk kemasyhuran dan wahana memenuhi serakah nafsu yang tidak pernah mengenal erti kepuasan.

Sebagaimana rakyat Terengganu menzahirkan kejelikan terhadap UMNO yang dilihat sebagai parti yang korup melalui undi mereka baru-baru ini, demikian jugalah natijah yang akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang kiranya UMNO tidak mahu berubah.

Jika inilah yang benar-benar berlaku dalam pemilihan parti akan datang, maka UMNO harus bersedia untuk ditalkinkan dalam pilihanraya umum akan datang.

32 Responses to “UMNO Perlu BERUBAH Atau DIUBAH!”

  1. ryzul akustike Says:

    salam , begitulah adat berpolitik sekejap dibawah dan kalau ada rezeki esok pun boleh naik. Umno sebenarnya ditubuhkan dengan niat yang suci, dan jika di telusuri sejarah penubuhannya. dan UmNo mengidap barah ni dah lama, sejak dari tahun 70 an lagi.Tetapi masa itu siaran maklumat amatlah bergantung kepada media cetak dan peniyaran yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. dan pada masa itu segala keburukan dan salah laku ahli politik boleh ditutup dari tersebar. Manakala pada hari ini ruang media telah berkembang pesat dan pelbagai saluran maklumat telah dibuka.Rakyat boleh tahu hanya dengan satu klik sahaja.

    Umno kena berubah..dengan syarat orang yang didalamnya pun kena berubah.dan juga BN keseluruhannya pun kena berubah. MCA dan MIC jangan berkempen separuh hati. Dan juga tak pernah kita lihat orang MCA dan MIC bersama-sama UMno berceramah bersama-sama di kawasan melayu,tak pernah bukan, ini berbeza dengan DAP, PKR dan KEAdilan .

    Apa pun perubahan haruslah bermula dengan tidak terlalu bergantung dengan 3M, money , goverment machinery , media.Dengan kata mudah nya Umno kena naikkan orang yang betul-betul nak berjuang.bukannya orang yang nak cari wang .saya juga seperti wadi, orang yang dicantas ketika baru nak berkhidmat, penat lelah menggerakkan jentera pilihanraya Mac 08 yang lalu langsung tak diambil kisah, yang berwang juga dipilih.

    Orang yang macam wadi ni perlu diketengahkan, bukannya orang yang berduit atau yang gunakan UMno untuk berniaga.Apa pun saya sokong saudara wadi dan saya bersedia berkhidmat bersama jika diperlukan. Salam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

  2. aliff lam Says:

    menjadi satu kesilapan besar bilamana PL berpesan di hadapan umum spya ahli2 BN tidak mengutuk calon BN menjelang pilihanraya. Adalah lebih tepat sekiranya PL mengambil sikap berdiam diri atau memaklumkan perihal tersebut kpd pimpinan shj. statement itu menyebabkan pihak musuh mahupun ahli BN mengetahui kepincangan bahkan brgkali ada yg mengambil inisiatif utk mencari rahsia atau cerita di sebalik statement itu.

  3. Pemuda UMNO Surau Panjang Says:

    Dr,
    Saya adalah pengundi di kawasan sebelah Parlimen Kuala Terengganu. Setelah hari penamaan calon sememangnya sudah terdengar akan kekalahan yang bakal BN terima di dalam sekitar 3000 undi. Maklumat tersebut dikatakan diberikan oleh perisikan juga daripada UMNO serta PAS juga. Maka apabila tiba saatnya, saya yakin bahawa pemimpin dan rakyat yang benar-benar memahami selera pengundi Terengganu tidak terkejut. Yang terkejut hanyalah pemimpin-pemimpin UMNO yang masih tidak mahu menerima hakikat akan kekuatan UMNO yang sudah hilang dan mereka ini sibuk mencari peluang untuk berkempen pemilihan UMNO serta membodek DS Mohd Najib. Selaku orang Terengganu, saya yakin punca utama kekalahan calon UMNO adalah disebabkan pemilihan calon yang tidak tepat. Kenapa tidak tepat? Ini adalah kerana pucuk pimpinan UMNO lemah dan tidak mendapat maklumat dan nasihat yang betul (ataupun sudah tahu tapi sengaja mengambil tindakan bodoh ini) mengenai situasi politik di dalam Kuala Terengganu sendiri. Datuk Wan Hisham, abang kepada Datuk Wan Farid bekas EXCO Terengganu telah tewas dengan majoriti tipis untuk DUN Bandar pada PRU tahun lepas. Kalah kerana beliau gagal menjaga kebajikan rakyat di DUN beliau, tidak mesra rakyat, tidak turun padang dan sebagainya. Yang rakyat nampak adalah keterlibatan beliau di dalam projek-projek besar kerajaan pusat dan negeri seperti Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Monsoon Cup dan sebagainya yang sangat rapat dikaitkan dengan kroni Pak Lah sebagai PM. Maka, rakyat tidak senang dengan perkara ini dan menolak beliau. Sepatutnya pucuk pimpinan melihat perkara ini dalam pemilihan calon kerana ini juga melibatkan peranan Datuk Wan Farid hasil keakraban beliau dengan menantu lelaki Pak Lah. Kedua adalah faktor peranan Dato Wan Farid, abang beliau Wan Hisham dan Ketua Pemuda Negeri, Mohd Sabri Alwi@Mat Kerok. Tiga orang ini yang bertanggungjawab menyebabkan kekalahan Arwah Datuk Razali untuk kerusi Naib ketua UMNO Kuala Terengganu dalam pemilihan parti akhir tahun lepas. Punca kekalahan cukup jelas, disebabkan politik wang. Umum mengetahui Arwah Datuk Razali tidak menggunakan wang bagi mendapatkan kedudukan. Oleh sebab itu, saya pasti kenapa arwah ditolak oleh ahli UMNO KT sedangkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri sebenarnya sudah cukup kuat untuk memegang jawatan Naib Ketua Bahagian. Jawapannya mudah, kepimpinan UMNO KT yang saya sebutkan di atas tidak mahu beliau berada di dalam bahagian KT lalu dicantas. Bukan itu sahaja, kebanyakan program-program yang direncana oleh Arwah Datuk Razali sepanjang beliau menjadi MP KT daripada 2004 telah disabotaj dan dicantas oleh pemimpin2 bahagian KT seperti disebutkan di atas. Mujurlah Arwah mempunyai sokongan warga pendidik yang cukup kuat, ini membolehkan program pendidikan yang direncanakan beliau diterusnya dengan jayanya. Bukan beliau sahaja, malah bekas Timbalan ketua Bahagian KT, Datuk Che Mat Jusoh turut dicantas apabila tewas kepada Mohd Sabri Alwi@Mat Kerak untuk jawatan tersebut. Kenapa? Jawapannya politik wang. Ada bukti? Tiada yang nyata sebab adakah perwakilan yang telah kenyang menerima duit haram tersebut akan membuat aduan? Tetapi ini telah menjadi rahsia terbukan yang menyumbang akan kekalahan BN di PRK KT. Jentera pemuda UMNO negeri tidak bergerak? Kenapa? Jawapannya kita lihat la siapa pemimpinnya. Ketua siapa?Mohd Sabri Alwi@Mat Kerak. Boleh siapa beritahu taraf pendidikan beliau? Skandal beliau satu Kuala Terengganu telah tahu. Orang KT juga tahu tahap pendidikan beliau. Apa pekerjaannya? Kontraktor. Darimana projek2 beliau dapat? Tanya Datuk Wan bersaudara. Oleh kerana UMNO sendiri telah pilih pemimpin sbegini menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri, maka terimalah akibatnya. Di mana perang saraf UMNO? Di mana pendekatan sistematik pemuda? Di mana pemikir2 pemuda? Oleh kerana itulah, pemuda umno terengganu sememangnya lesu dan tidak bergerak langsung dalam PRK KT. Yang bergerak bukanlah keran PRK tetapi kerana pemilihan UMNO. Macam mana nak lawan dengan pemuda PAS yang terdiri daripada banyak profesional, doktor, jurutera dan sebagainya? Bagi saya inilah punca-punca utama kekalahan UMNO. Harap Dr. dengan profesionalisme dan idealisme akan memberikan satu suntikan perubahan. Selagi perkara sebegi tidak berubah, selagi itulah UMNO akan terhakis hari demi hari dan satu masa nanti akan dibaca oleh anak-anak kita di dalam buku teks sejarah sebagai parti berjasa di awal kelahirannya tetapi parti yang sakit parah dan akhirnya dikuburkan oleh pemimpin2 dan ahli2 nya sendiri. Sekian buat kali ini.

  4. kociriemann Says:

    ” Jika inilah yang benar-benar berlaku dalam pemilihan parti akan datang, maka UMNO harus bersedia untuk ditalkinkan dalam pilihanraya umum akan datang. ”

    - Amin - Semoga dimakbulkan Allah.

  5. Wartawan Muda Says:

    Dengan apa yang berlaku pada PRK Kuala Terengganu, jelas memperlihatkan UMNO sudah seperti mahu menamatkan riwayatnya sendiri namun apa ia langsung tidak disedari oleh pemimpin-pemimpinnya.

    Bagi saya, faktor parti dan calon (Wan Ahmad Farid) sendiri menjadi punca bukan sahaja kemerosotan undi yang memihak kepada BN tetapi kalah teruk dengan majoriti lebih 2k undi.

    Apa pun Dr..rakan-rakan journalist saya yang memang bertugas di Terengganu dan yang diarahkan berkampung di sana tersenyum lebar kerana bukan sahaja dapat duit poket yang entah berapa banyak…yang tukang berinya (BN dan Wan Ahmad Farid) pula beriya-iya minta journalist terbabit laporkan penafiannya sebelum hari pengundian…hehehe.

    Apa pun, tahniah kepada Pas terutama YB Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut

  6. Khairuddin Says:

    Salam Dato’,

    Saya adalah antara hampir 8 ribu rakyat yang menunggu keputusan didepan stadium negeri Terengganu malam tadi. Bila keputusan rasmi diumumkan, laungan takbir dan sorakan gembira berkemundang..saya ngaku memberi undi pada Pas, namun hati saya tidak dapat turut sama bersorak meraikan kemenangan pilihan saya. Kepuasan iya, gembira tidak.

    Ternyata Najib masih tidak dapat menerima kenyataan. Saya masih percaya kepada BN tapi bukan kepimpinannya. Saya masih yakin bahawa BN saja yang mampu menjaga Malaysia tapi bukan barisan kepimpinannya yang ada sekarang terutama pemimpin Umno.

    Pemimpin Umno menyeru rakyat memilih konsep BN, tapi katakanlah BN yang menang KT, pemimpin Umno akan perasan rakyat memberi sokongan pada mereka. Dan bila ternyata BN kalah, Najib pula kata beliau tidak percaya rakyat beri undi tidak percaya kepadanya.

    Habis tu nak buat macamana lagi ?? Kepada Najib dan para pemimpin Umno sekarang - Apalagi yang rakyat seperti saya harus buat supaya anda semua dapat menerima mesej bahawa rakyat masih menyokong BN tapi waktu sama tidak mahu anda semua yang menjadi pemimpinnya ????

  7. Azahari Aziz Says:

    Pada pandangan saya, untuk memulihkan kekuatan UMNO/BN, mereka hendaklah cuba untuk mula buat perkara yang rakyat hendak:-

    1. Hapuskan rasuah secara total

    2. Letakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan, bukannya kepentingan segolongan pihak dan beberapa individu untuk membolot kekayaan negara ini.

    3. Polis jangan kejam sangat terhadap rakyat yang tidak menyokong kerajaan BN/UMNO, dengan menggunakan alasan “menegakkan undang-undang. Memukul, menembak, membelasah rakyat yang menyokong pembangkang adalah kebencian rakyat yang agak paling utama.

    4. Media arus perdana hendaklah dibebaskan untuk membuat laporan berlandaskan kebenaran bukan bersandarkan kepada agenda setengah pihak dan membohong terang terangan. Rakyat sudah amat muak. Bila BN/UMNO nak sedar strategi menggunakan media sudah tidak efektif lagi. Biarlah media bergerak bebas, dosa pun boleh dikurangkan.

    5. Pemimpin BN/UMNO samada dari peringkat atas sehinggalah yang ke akar umbi jangan lah berlagak dengan kekayaan yang mereka perolehi dari kedudukan dan pangkat mereka. Rakyat menyampah. Ubahlah nawaitu, benar benar lah berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan masuk BN/UMNO jadi pemimpin untuk menjadi kaya raya.
    6. Berlaku adillah kepada semua rakyat (walaupun di negeri negeri yang diperintah pembangkang). Orang akan lebih sayang kalau anda berlaku adil.

    6. Cuba beri peluang kepada semua rakyat untuk mendengar kedua-dua belah pihak tanpa “filtering”. Kalau BN/UMNO di pihak yang benar, tentu rakyat akan sokong dan undi mereka.

    7. Bebaskan semua tahanan ISA yang ditangkap menggunakan undang-undang tapi niatnya sangat jahat. Walau apa pun hamid albar kata, rakyat sudah tidak percaya. Selagi tahanan2 ini masih dikamunting, selagi itulah BN/UMNO tidak akan dapat bermula dengan proses penyucian dan peralihan.

    8. Undang undang yang jahat seperti ISA, AUKU, etc hendaklah dibatalkan. Selagi “stain” ISA ini ada di pihak kerajaan, selagi itu lah, mereka tidak akan dapat bermula dengan proses pemulihan.

    9. Janganlah berani sangat mempersendakan hukum Allah. Kalau pun tak nak laksanakan hukum Allah, jangan lawan terang terangan.

    Saya rasa banyak lagi benda benda yang perlu dilakukan untuk memulihkan sokongan rakyat kepada UNMO/BN, tetapi isu isu di atas adalah sebagai satu permulaan yang baik.

  8. Ishak Maidin Says:

    Ada seorang pengulas di sini cakap utk memulihkan UMNO kena “hapuskan rasuah secara total”.

    Hahahaha!

    Tidakkah dia faham bahawa kalau nak menghapuskan rasuah secara total kena mansuhkan UMNO tubuh parti baru?

    Sebab rasuah tu dah masuk urat darah dan anggota badan UMNO dah!

    Kebanyakan pemimpin dari yg paling kecil ke yang besar tangan mereka hitam dengan rasuah dalam satu segi atau lain.

    UMNO oh UMNO… bila tarikh nak talqinkan UMNO ya?

    Kita dah ada satu alternatif, iaitu Pakatan Rakyat, yang boleh mentadbir negara ttercinta kita. BN bukan gabungan sulung lagi yang ada ‘mandat’ utk mentadbir negara.

  9. Awi Says:

    Dr.,

    UMNO secara khususnya haruslah faham bahawa PEMIMPIN TERTINGGI mereka telah ditolak oleh rakyat.HARUS DIBEZAKAN antara pilihan UMNO dan pilihan RAKYAT.PEMAHAMAN SAYA DISINI BAHAWA MAJORITI ATAU KESEMUA AHLI UMNO ADALAH RAKYAT tetapi MAJORITI RAKYAT BUKANLAH UMNO.

    PENOLAKAN OLEH RAKYAT ADALAH JELAS BAHAWA MEREKA MENOLAK PAK LAH PADA PRU12 DAN KINI AMAT JELAS BAHAWA KINI RAKYAT JUGA TIDAK MAHUKAN NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PM UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

    NAH!…SEKARANG PISAU DAN MENTIMUN DITANGAN UMNO…. ADAKAH ANDA MASIH MAHUKAN NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PRESIDEN UMNO TETAPI AKAN TEWAS DALAM PRU13 NANTI.

    WASSALAM

  10. Pak Berahim Says:

    Assalamualaikum wbt.,

    Melalui keputusan PRK KT yang memihak kepada parti PAS/PR mencerminkan bahawa gelombang krisis keyakinan rakyat teramai kepada kepimpinan UMNO/BN sudah sampai keperingkat yang amat parah dan membarah.

    Seandainya jika diadakan pilihanraya umum sekali pun dalam waktu terdekat ini, besar kemungkinan rakyat akan memilih PR memerintah kerajaan pusat dan negeri-negeri. Tindakan rakyat sedemikian adalah untuk menghukum pemimpin dan parti-parti (BN) yang telah mengkianati amanah yang diberikan selama ini.

    Sebenarnya rakyat sudah bosan dan jelak dengan gelagat dan lakunan para penguasa.

    Dalam hal ini, saya lihat Pak Lah sedar phenomina yang berlaku. Walaupun beliau telah cuba berbagai cara untuk membaiki keadaan kucar kacir yang berlaku, namun segala yang di usahakan tidak menjadi. Ini adalah kerana kecelaruan dalam rumah tangga BN itu sendiri sudah tidak dapat di kawal lagi.

    Nasihat Pak Brahim, kepada para kepimpinan UMNO/BN eloklah muhasabah diri sebanyak mungkin. Sedarlah bahawa dunia yang kita huni ini ada kerajaanya, sementara kuasa yang diberikan itu adalah amanah yang sementara dari YANG MAHA BERKUASA. KUASA MEMBERI DAN MENGAMBIL TETAP BERADA DI TANGAN YANG MAHA KUASA. BERIMANLAH KITA SEMUA SEBAGAI HAMBA-HAMBANYA YANG MAHU BERFIKIR.

  11. ANTI-Sombong Says:

    Dr. Asyraf,

    Rata2 orang dah meluat dengan kesombongan UMNO.

    Orang juga meluat dengan TV1,TV3,Prima dan lain2nya.Seolah2 penonton tak pandai menilai apa yang sebenarnya berlaku.

    Surat khabar menambahkan lagi kemeluatan rakyat.

    Pemimpin Umno di peringkat bawah seperti JKKK juga banyak merosakan UMNO.Kerana depa juga mengisi tembolok masing2.

    Kerana kokok berderai2 dan ekor bergelumang tahi , tunggulah masa untuk UMNO angkat bungkus.

    Gelagat orang Melayu ni macam kadok menaiki junjung.

  12. YB Says:

    Why do the supporters of UMNO can’t see that UMNO is beyond saving?

    UMNO dah terlalu rosak. rebranding ke, pembersihan ke will not do any good.

    The only way out for the good people who support UMNO, is this: just leave and join PAS.

    DO THE RIGHT AND BRAVE THING. SIMPLY DISBAND AND JOIN PAS.

    Bagi kalangan yang dah rosak teruk, corrupt dan tak boleh baiki lagi tu…well, these people can form another parti. call it parti Pak Man Telo.

    Wsalam.

  13. Fudzail Says:

    Membaca akhbar arus perdana hari ini masih sahaja sama nadanya.

    Kalau demokrasi di Malaysia subur
    UMNO sudah lama terkubur…

  14. Abdullah Ngah Says:

    Masih ada orang sayangkan umno atau dengan mereka mengharap supaya umno diselamatkan.

    Macam mana hendak selamatkan umno, sedangkan para pemimpin yang ada sekarang macam pagar.

    Harapkan pagar pagar makan padi. Demikian kata beberapa orang rakan yang ada PHD dan pensyarah di IPTA negara.

    Macam mana hendak selamatkan umno, sedangkan para pemimpin umno macam anai anai.

    Bayangkan fungsi anai anai dan pagar yang diharapkan untuk menjaga padi.

    Mereka ini adalah pengkhianat. Ini bukan kata saya tapi kata KU LI.

    Para pemimpin Umno lebih utamakan peribadi berbanding membela rakyat, apa tah lagi orang Melayu.

    Kalau bahasa melayu hendak dihapuskan. Sah jika bahasa tiasa maka bangsa pun hilang.

    Jadi apa yang ada pada Umno dan apa pula yang hendak kita harapkan kepada pemimpin yang ada.

    Harapkan pagar - pagar makan padi.

  15. Roshatika Says:

    Salam Dr.,

    Untuk pengetahuan Dr. suami saya adalah pengundi di Parlimen Tumpat dan bapa mertua saya pernah menjadi wakil calon kepada bapa Dr., Dato’ Dusuki.

    Saya bersimpati dengan Dr terutama berkenaan pemilihan KP UMNO bahagian Tumpat.

    Itulah masalah yang paling besar di dalam UMNO sekarang. Kebanyakkan perwakilan mengejar material dan sanggup mengkhianati Parti dengan memilih mereka yang tidak layak.

    Perkara ini bukan saja berlaku di Tumpat sahaja, malah telah merebak di kebanyakkan bahagian-bahagian lain.

    Ketua bahagian lebih rela memilih mereka yang tidak berkelayakkan kerana senang di cucuk hidung dan tidak mengancam kedudukan mereka.

    Semua orang tahu masalah ini tetapi tiada seorangpun yang dapat memberikan idea untuk mengatasinya.

    Masalahnya mereka-mereka ini telah menguasai bahagian dan cawangan-cawangan sehingga sukar untuk digugat oleh orang lain.

    Semoga Dr. dapat berikan cadangan untuk mengatasi masalah ini.

    Adakah kita perlu menunggu sehingga UMNO ditalkinkan barulah akan wujud UMNO versi baru yang bersih?

    Salam Perjuangan Dr. Kirim Salam Dato’.

    http://www.umnobaganpinang.blogspot.com

  16. Tok Canang Says:

    Assalamualaikum wrt wbrt…
    Kekalahan BN di Parlimen Kuala Terengganu sudah saya jangkakan… Pada saya, tiada ‘permata berharga’ yang menjadi keghairahan rakyat untuk terus memangkah BN, berbanding dengan calon PAS.
    Saya amat bersetuju, UMNO mesti dirubah, dipelbagai peringkat, kalau benar ingin terus ’survive’ pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Tidak keterlaluan untuk saya katakan di sini, UMNO & BN akan tumbang mengisi sejarah perjuangan yang hanya menjadi kenangan, sekiranya ‘agenda pembersihan’ kepimpinan tidak segera digerakkan!
    UMNO & BN harus sedar, kehendak dan kecenderungan rakyat sudah tidak lagi condong ke arah mereka seperti mana awal - awal perjuangan kemerdekaan dulu. Rakyat sekarang sudah bijak dan mahukan pemimpin yang benar - benar bersih serta mampu menggalas amanah kepimpinan yang diberikan dengan jujur dan ikhlas. Bukannya kepimpinan yang lahir daripada ‘bongkah-bongkah’ projek dan tender kerajaan! Bukannya kepimpinan yang membina keikhlasan di sebalik kepura - puraan demi mengejar kuasa dan kekayaan! Bukannya kepimpinan yang bersandarkan kepada kaum kerabat tentu! Dan… bukannya kepimpinan yang bersandarkan kepada ‘kepuk RM’ yang berjuta ringgit!
    UMNO & BN harus keluar daripada kepompong merasa begitu selesa dengan penguasaan mereka dalam kerajaan. Pendokong - pendokong UMNO, baik di peringkat tertinggi, mahupun akar umbi, perlu menilai kepimpinan diri sendiri… samada benar - benar layak atau tidak untuk bergelar ‘pemimpin rakyat’! Usah melobi, usah menabur RM, itu semua bukan ukurannya. Nilai kepimpinan bukan itu harganya…
    Bila kepimpinan peringkat akar umbi diisi oleh mereke2 yang tidak benar2 ikhlas dan berilmu. ia akan turut mempengaruhi kepimpinan pucuk tertinggi. Rasaynya, rakyat tidak mahu kepimpinan tertinggi diisi oleh mereka2 yang tidak ’sepatutnya!
    Terus terang saya katakan, punca utama UMNO & BN makin lama, makin jauh di hati rakyat adalah tiadanya pemimpin yang benar2 ikhlas, layak dan mampu bekerja unuk umat, agama dan negara!
    Ayuh jernihkan semula tunjang kekuatan yang sudah tersedia, usah kita bergeseran sesama sendiri yang hanya akan membawa kepada kehancuran!

    Tok Canang : Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran…baru nak berputih mata, sudah tiada guna! Nasib umat pada tangan kita semua!

  17. Saka Adiwangsa Says:

    Salam doc,
    Saya amat bersetuju sgt dgn pandangan doc, memang UMNO perlu reform yang menyeluruh untuk kembali relevan dalam perjuangan agama, bangsa dan tanahair, namun berapa ramai sgt dalam UMNO memiliki fikrah sebegini, kebanyakannya fikrah maddiyah belaka.
    Mampukah bakal PM , DSNTAR merealisasikan perjuangan ke arah perubahan ini sedangkan beliau sendiri masih belum teruji dan teruja

  18. Thinker Says:

    Semenjak Mac 2008, berapa ramaikah pemimpin UMNO yang berani bertampil ke depan dan menyatakan yang UMNO senang tenat ? Mereka semua masih berucap akan pemulihan UMNO selepas Mac 2009. UMNO berharap si Najib boleh menyatukan semula UMNO dan memulihkan kekuatannya.

    UMNO rosak sebab sistemnya. Untuk membetulkan sistemnya, semua ahli Majlis Tertinggi perlu dibuang. Pemimpin baru dan muda harus ditonjolkan. UMNO tidak mempunyai keupayaan untuk pemulihan sendiri. Si Najib teruk kredibilitinya. Begitu juga yang lain-lain seperti Ali Rustam yang buat highway dekat Melaka untuk mengeluarkan duit rakyat, Muhyiddin, Mat Tyson, Kerismuddin, Rafidah gila AP. Dengan kepimpinan sedemikian, macam mana UMNO boleh pulih ?

    UMNO perlu kalah teruk dalam pilihanraya akan datang untuk pemimpin-pemimpin ini ditukar. Kalau tidak, UMNO akan hilang segala-galanya.

  19. mat takbir Says:

    woit kor bila lagi nak ikut anwar al-juburi masuk pkr. bota dah masuk.kahakahakahakah

  20. Obama Malaysia Says:

    woit asyraf ko jgn nak masuk pkr pulak…pkr dah tak terima ko..jgn terhegeh hegeh jumpa anwar pulak lepas nie.

  21. Yangretibase Says:

    UMNO perlu berubah? Berubah bagaimana? Hampir semua pemimpin UMNO yang sedar diri, termasuk Najib Razak sendiri melahirkan hasrat main-main bahawa UMNO harus berubah; tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang menampilkan apa-apa ciri contoh perubahan yang dimaksudkan!

    Sekiranya pemimpin UMNO jujur dan ikhlas, tolonglah perincikan ciri dan unsur atau agenda perubahan yang wajar dilaksanakan bagi melahirkan sebuah UMNO baru yang mampu diterima oleh rakyat Melayu Islam yang imannya penuh tepu.

    Sebenarnya, UMNO sudah tidak relevan lagi. Buatlah perubahan tunggang terbalik sekalipun, orang Melayu Islam sudah tidak boleh menerima UMNO lagi. UMNO sudah ketinggalan waktu.

    Saya berpendapat, UMNO yang masin bernyawa-nyawa ikan kini hanya didukung oleh orang Melayu Islam yang imannya amat nipis sekali, termasuk kamu Dr.Wajdi anak Dusuki; kalaulah iman mereka tebal sedikit sahajapun, UMNO sudah lama berkubur.

    Walau bagaimanapun, masih ada harapan untuk UMNO bernafas segar kembali. Syaratnya: HANYA SATU PERUBAHAN DIPERLUKAN. Fikir-fikirkanlah apakah SATU PERUBAHAN itu!

  22. Nizam Mat Saari Says:

    Salam Dr.,

    Kekalutan dan kelemahan UMNO berpunca daripada kelemahan kepemimpinannya. Entahlah, mesej yang jelas daripada rakyat dan akar umbi UMNO sendiri telah diberikan semasa PRU12 yang lalu, tetapi tak tahulah sama ada mesej itu sampai ke atas, atau “orang atas” sengaja buat-buat tak tahu atau tidak dengar.

    Selepas PRU12 UMNO masih lagi mendendangkan bahawa UMNO tidak kalah dan tidak terjejas. Hakikatnya tidak begitu. Sikap tidak mahu mengakui kelemahan dan kesilapan yang telah ada itu menyebabkan sehingga kini UMNO masih teraba-raba mencari formula untuk kembali menawan hati rakyat.

    Apabila “diajar” dalam PRU12 yang lalu sepatutnya UMNO telah belajar dan sudah menyediakan formula untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapannya. Namun, ini tidak berlaku. Post-mortem yang dilakukan hanya mendengar yang indah-indah sahaja sedangkan segala bedah siasat yang mengarah kepada kelemahan dan kesilapan diri cuba ditolak sejauh mungkin.

    Pak Lah adalah salah satu faktornya. Orang makin meluat dan muak dengan apa yang berlaku dalam UMNO.

    Politik wang dan rasuah tidak habis-habis. Orang yang berprinsip dan benar-benar jujur dalam perjuangan DICANTAS dan direbahkan.

    Benar, kalau UMNO tidak berubah, UMNO akan DIUBAH pada PRU13 nanti!

  23. mib Says:

    Ayuh wadi,join la PR.pilihla pas atau pkr.cepat sebelum umno terkebur!

  24. msu Says:

    Dr, macamana nak rubah umNo, kalau pemimpin tertinggi spt Najibs sendiri, isteri dan anak-anakpun teruk. Dr sendiri dah perincikan satu-persatu. Ayuh tinggalkan umNo kerana generasi muda dah nampak kebobrokan umNo yang orang-orang tua tak nampak lagi. Saya di Perak, bapak saya umNo (tapi di akhir hayatnya, alhamdulillah fikrah umNo dia hanya seperti fatamorgana, dia banyak juga ikut cakap anak2). Kami 6 org adik-adik beradik semua PAS/PKR. Dr org muda, akan pimpin generasi baru, ayuhlah buat keputusan sekarang, tinggalkanlah umNo. Memang PAS ada kekurangan, begitu juga Anwar, JIM dan ABIM. Tetapi mereka amat yakin dengan Islam dan amat kasih untuk melihatnya berkembang di bumi Malaysia ini.

  25. JengkeravsJentera Says:

    Salam Dr

    Banyak komentar Dr dan yg lain menitik beratkan soal politik wang dan juga keSOMBONGan.

    Pada pemerhatian saya secara jujur dan ikhlas, saya kagum dengan prinsip Dr untuk tidak terlibat dlm politik wang. syabas. tapi saya pernah ke Tumpat berjumpa rakan-rakan saya yang umno dan bukan umno. rata-rata bila ditanya berkenaan komentar pasal Dr., mereka mengatakan bahawa Dr ini sombong, ‘agah’ dan berkepentingan peribadi, memilih bulu dan lebih sinonim lagi ialah bangsawan. maklumlah anak dato’, belajar oversea, ada phd, so apa lagi, act tu lebih lah. Saya amat berharap Dr dapat mengubah sikap ini. Lebih mesra rakyat dan jangan segan-segan untuk bertegur sapa. Bawa kereta jgn laju-laju, dan jangan lupa lambai tangan Dr. Jadikan arwah Cikgu Razali sebagai contoh dan Wan Farid sebagai sempadan. Dr akan maju ke depan.

    Ubahlah UMNO dari sekarang. Jangan tunggu UMNO stabil baru nak ubah. Dr adalah superman bagi org2 muda bukan hanya UMNO tapi semua pemuda di Malaysia.

    Terima kasih.

  26. Dr Asyraf Says:

    Salam JenkeravsJentera,

    Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Satu nasihat yang amat berguna untuk saya lakukan muhasabah diri. Mudahan2 diberkati Allah.

    Wassalam.

  27. NAJIB JUBURI AL BESARI Says:

    FUCK OFF NAJIB AND UMNO TOGHUT….DAJJAL….DAYUS…BACUL…PENGECUT….DUMB MOROON…FUCKIN ASSHOLE…

  28. Khairul Says:

    Tinggal UMNO. Dr pun jadi calon UMNO/BN dlm PRU12 mungkin sebab pitis. Tak payah nak cakap banyak. Hayat Dr dlm UMNO baru setahun jagung. Bertandinglah jadi ketua cawangan atau ketua pemuda cawangan dahulu. Ni tidak angan2. Dah kalah, marah semua orang.

  29. mat selambo. Says:

    WEI MR KHAIRUL…KURE2 ASRAF TU TRY JUGOK BERTANDING…DEMO TANDING DOK ARI TU..?????

  30. mat selambo. Says:

    UMNO NOK PULIH? SUSOH..SUSOH..KALU DOH SEBATI DGN DAROH DAGING PEMIMPIN2 YANG TERSEDIA SKRG…NOK UBOH MACE MANO DR? CUBO DR. BG CADANGAN…KALU GINI SIKAP PEMIMPIM UMNO…ALAMATNYE BERKUBOR LAH PARTI TU SATU HARI NANTI…PR13 NANTI KALU X UBOH…HANCUSSLAH PARTI UMNO…SEKARE PEMIMPIN UMNO BANYOK TULONG DIRI SEDIRI DARI TULONG RAKYAT…RAKYAT ADO KUASO UNTUK MENGUNDI..SO ITU SAJA JALAN UNTUK MENCELIKKAN MATA PEMIMPIM UMNO..HARAP2 PARTI YANG SEKIAN LAMA MENJADI PARTI YANG MEMERINTAH NI, BUAT PERUBAHAN YANG DRASTIK…KALU TOK…TINGGAL NAMO JE LAH…KITO TENGOK PEMILIHAN UMNO PUSAT KALI NI…KALU PILIH ORE YANG TERUK…MAKA BERTAMBAH SAKIT LAH PARTI NI…KAWE HARAP2 ADO PERUBOHAN..

  31. mat takbir Says:

    lantik jer mat selambo jadi setiausaha politik dr asyraf. confirm ada yang kena liwat kahakahakaah

  32. jahar sg siput Says:

    Usah kau layan mat takbir tu. kalau dilayan budak sewel tu dengan kita- kita sekali jadi macam dia..

Leave a Reply