Hudud Tidak Wajar Diperdagangkan

Agak lama saya tidak mengemas-kini blog ini.  Sebenarnya sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan tanggungjawab asasi dalam urusan kajian dan membantu institusi2 kewangan negara dalam melaksanakan prinsip syariah dalam bidang perbankan dan kewangan. Walaubagaimanapun, dalam kesibukan tugas2 harian ini, terasa terpanggil pula untuk melontarkan pandangan mengenai isu lama yang kembali diperhangatkan.

Saya seperti ramai di luar sana amat dukacita apabila Hukum Hudud seringkali diperdagangkan bagaikan bahan komoditi yang terdedah kepada suasana pasaran. Ada kalanya naik apabila permintaan di pasaran meningkat. Ada ketikanya pula merudum apabila permintaan menurun. Demikian jugalah dengan isu hudud ini. Mungkin juga isu hudud ini kembali hangat lantaran suasana ‘pasaran politik’ yang kembali aktif terutamanya menjelang pilihanraya kecil Parlimen  Kuala Terengganu.

Dua malam lepas ketika menikmati jamuan makan malam sempena Persidangan Dialog Antarabangsa Kewangan Islam, beberapa sahabat termasuklah bekas mufti dan profesor syariah turut melahirkan rasa kecewa dengan fenomena ini.  Mereka turut berkongsi kekesalan saya mengenai hal ini. Malah fenomena ini bukan hanya unik di Malaysia, malah mengikut seorang ulamak antarabangsa yang menghadiri majlis dialog tersebut, hukum hudud sudah semacam kewajiban sebagai bahan kempen terpenting bagi parti2 politik Islam di kebanyakan negara Islam terutamanya apabila hendak membezakan parti mereka dengan parti2 lain yang disifatkan sekular.

Bagi penulis, walauapapun tujuan isu hukum hudud diperdendangkan kini, kita selaku umat Islam seharusnya berasa dukacita kerana hukum Allah ini buat kesekian kalinya seolah-olah dipermain-mainkan dan diperdagangkan. Sekiranya parti-parti politik Islam benar-benar ikhlas untuk mempertahan dan memperjuangkan hukum Allah, mereka seharusnya duduk semeja untuk bermuzakarah sesama mereka untuk mencari titik persetujuan bagaimana kaedah atau pendekatan terbaik untuk melaksanakan hukum Syariah (tidak hanya terbatas kepada hukum hudud sahaja). Ini tidak masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan stigma dan salah faham dikalangan bukan Islam terhadap hukum Allah. Seolah-olah hukum Allah ini hanya terbatas kepada soal-soal menghukum.

Hudud hanyalah sebahagian daripada hukum syariah yang berkait rapat dengan hal-ehwah jenayah. Secara umum, ulamak membahagikan syariah Allah kepada 3 aspek utama iaitu: Iktiqadiah (soal2 berkaitan dengan aqidah), Akhlaqiah (soal2 berkaitan dengan akhlak, moral dan etika) dan ‘Amaliyah. ‘Amaliah terbahagi pula kepada ibadah (hubungan diantara hamba dengan Tuhannya) dan muamalah (hubungan hamba sesama mereka). Aspek muamalah ini pula terbahagi kepada pelbagai cabang antaranya Ahwal Syaksiah (aspek kekeluargaan), Muamalah Maliah (pentadbiran ekonomi dan harta termasuk kewangan ISlam), Siyasah Syariiyyah (pentadbiran politik), Jinayah (hudud dan takzir) dan sebagainya.

Apa yang ingin penulis tekankan di sini ialah Syariah Allah merangkumi banyak perkara bukannya hanya tertumpu kepada hudud semata2. Di sinilah kadangkala penulis berasa sangsi mengenai keikhlasan pihak-pihak tertentu dalam memperjuangkan hukum hudud seolah2 ia merupakan keutamaan dalam pensyariatan hukum Allah. Kenapa tidak ditekankan aspek2 lain dalam Syariah yang lebih penting kalaupun tidak sama penting dengan Hudud ini.

Janganlah kerana kegilaan kepada kuasa kita sanggup memperjudikan hukum Allah. Janganlah kerana rakus berparti kita sanggup memperalatkan agama Allah. Hudud adalah hak Allah yang wajib kita semua pertahankan. Cuma dalam konteks perlaksanaannya sahaja memerlukan kebijaksanaan dari segi pendekatan merealisasikannya agar ia tidak menjadi fitnah dan tidak sekali-kali melanggari matlamat asas syariah (maqasid as-syariah) sebagaimana yang digariskan Allah.

25 Responses to “Hudud Tidak Wajar Diperdagangkan”

  1. mudin001 Says:

    Saudara seolah-olah mengatakan PAS yang memain-mainkan hukum hudud, sedangkan faktanya Khairy Jamaluddin yang memulakannya.

    Ironis…

    :)

  2. MInda Al-Assad Says:

    Maafkan saya kalau dilihat dari youtube perdebatan@perbincangan antara Khairy dan Husam…saya dapat melihat khairy hanya tanya stand PAS ttg hudud di mana hari ini sudah tidak kedengaran lagi berbanding sebelum berkuasa dulu…cuma tanya apa STAND PAS…apa yg ironis nya?

  3. mudin001 Says:

    Pertanyaan Khairy itu mungkin kelihatan innocent. Tetapi saya yakin, natijahnya yang kita lihat sekarang iaitu polemik tanpa henti tentang hudud adalah apa yang diinginkannya.

    Itulah yang saya katakan ironis, Khairy yang menjolok sarang tebuan, tebuan pula yang disalahkan.

    Apapun, saya sebenarnya bersetuju dan berkongsi rasa dukacita dengan Saudara Asyraf dalam isu ini. Saya sudah bosan sebenarnya dengan polemik sebegini.

    Tapi saya kurang senang dengan nada Saudara Asyraf apabila mengatakan:

    hukum hudud sudah semacam kewajiban sebagai bahan kempen terpenting bagi parti2 politik Islam di kebanyakan negara Islam terutamanya apabila hendak membezakan parti mereka dengan parti2 lain yang disifatkan sekular.

    Saudara Asyraf seolah-olah menyalahkan PAS sepenuhnya dalam isu hudud terbaru ini, sedangkan yang mula menggunakan hudud sebagai bahan kempen bukannya PAS.

    Hudud bagi PAS, bukanlah bahan kempen. Tapi kewajipan. Kalau UMNO, tak tahulah apa hudud bagi mereka.

    Wallahua’lam.

  4. YB Says:

    Saudara Asyraf,

    Hakikatnya, sejak dari merdeka UMNO lah penghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia. Sejak dari meredka lagi, UMNO melekeh-lekehkan Undang-Undang shariah dan membuat seribu satu alasan serta tindakan menghalang perlaksanaan undang-undang shariah di Malaysia.

    Saya nak tanya, sekiranya UMNO bersetuju melaksanakan undang-undang shariah di Malaysia, siapakah yang boleh menghalang?

    Kelantan telah meluluskan Enakmen Syariah mereka yang membenarkan perlaksanaan Hukum Jenayah Syariah di Kelantan. Apa yang diperlukan hanyalah kelulusan di Parlimen sahaja bagi mengizinkan perlaksanaan tersebut. Saya sudah lupa mekanisme yang sebenar tetapi apa yang saya ingat hanya diperlukan pindaan kepada Undang Undang Jenayah sahaja di Pusat bagi mengizinkan perlaksanaan Shariah di Kelantan secara total. Ia hanya memerlukan majoriti mudah di Parlimen, bermaksud ia memerlukan sokongan Ahli2 Parlimen dari UMNO.

    Soalnya sekarang, adakah ahli2 Parlimen UMNO sanggup menyokong pindaan ini di Parlimen.

    Saya teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz sewaktu berjumpa Dr. Mahathir semasa Enakmen Syariah Kelantan diluluskan satu masa dahulu. Beliau berkata bahawa tugas perlaksaan hukum syariah ini bukan isu politik. Ini adalah kewajiban setiap orang Islam terhadap Pencipta. Tok Guru tidak mahu mempolitikan isu ini sama sekali dan mahu bekerjasama dengan UMNO dalam perlaksanaan hukum ini.

    Apabila dituduh Enakmen tersebut adalah “hudud PAS”, pantas Tok Guru menjawab bahawa PAS mengalu-alukan hudud UMNO sekiranya mereka tidak gembira dengan enakmen yang diluluskan di Kelantan pada masa itu.

    Soalnya sekarang, apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk memastikan perlaksaaan hukum jenayah syariah Islam di Malaysia?

    Saya juga nak ingatkan semua ahli UMNO bahawa ANDA BERTANGGUNGJAWAB di atas ke tidak perlaksaaan hukum jenayah Islam di Malaysia ini. Anda SEMUA MEMPUNYAI SAHAM dan ANDA SEMUA KENA MENJAWAB DI AKHIRAT KELAK.

    Saya tahu pada satu masa dahulu, Zainal Abidin Sakom telah disergah oleh Ketua2 Biro Agama UMNO seluruh Selangor tentang bilakah hendak dilaksanakan hukuman Syariah Islam di Malaysia? Forum tersebut bertujuan untuk menyerang Enakmen Syariah PAS di Terengganu telah bertukar menjadi majlis mencabar UMNO Selangor tentang bilakah perlaksanaan hukum ini akan berlaku. Saya mendapat tahu, Zainal Abidin Sakom terpaksa meninggalkan majlis lama sebelum majlis tamat. Kesian sungguh Zainal Sakom dan syabas Ketua2 Biro Agama UMNO yang hadzir pada masa itu.

    Bagi saya, hukum Jenayah Syariah bukan isu politik. Ia tanggungjawab semua umat Islam dan kita mesti berganding bahu melaksanakannya bersama.

  5. mib Says:

    Pelik,siapa yg politikan isu hudud n qisas ini?ianya adalah strategi khairy utk tunjuk hero. akhirnya umat yg celaru.

    Kerana politik bn sanggup politik huhud.hentikamlah!

  6. mat takbir Says:

    hudud tidak lagi wajib dlm konteks sekarang. kerana negara dah menghidupkan undang2 british. usaha jangka masa panjang diperlukan untuk mengembalikan perundangan tersebut. sebagai pemerintah umno berdosa besar kerana tidak berusaha untuk melaksanakanya. Pas berusaha tapi pas tidak berdaya melakukan secara bersendirian.

    tepuk dada tanya selera.

  7. Obama Malaysia Says:

    Dr nie dah tengok ka debat khairy dengan Husam tue, cakap macam org tak berpengetahuan , sapa yang timbulkan isu Hudud nie bukankah Khairy. Dia yang tanya kat Husam so Husam jawablah stand PAS, and tehn suddenly suratkhabar besar-besakan isu ini untuk pilihanraya KT nak bagi Cina takut kat org Melayu dan Org Melayu takut kat Cina. So kalau suasana curiga sentiasa ada maka dapatlah BN terus memerintah selama-lamanya. Tapi tak payahlah org Cina la nie pun dah paham dah , Hudud punya isu ini sebenarnya diputar oleh orang BN sendiri macam DR!

  8. Man Lebai Says:

    Bacalah betul2 tulisan Dr Asraf tu. Dia bukannya menyalahkan PAS sahaja tapi semua pihak yang menggunakan hudud utk kepentingan politik. Apa2pun saya amat sokong pandangan Dr Asraf supaya umat Islam hentikan mempolemikkan isu hudud ni. Bak kata Dr Asraf “Hudud adalah hak Allah yang wajib kita semua pertahankan”.

  9. Anti-PAS Says:

    Dalam hal ni aku rasa PAS yang harus dipersalahkan. Sejak dari awal lagi niat tak molek. Kenapa diwar2kan hudud melebihi perkara lain yang lebih utama. PASlah yang bertanggungjawab menyebabkan bukan Islam takut nak masuk Islam. Seolah2 ISlam ni hanya berkenaan hudud.

    Sah PAS hanya guna Islam utk kepentingan kuasa. Sekarang senyap seribu bahasa bila terpaksa bersahabat dengan DAP.

  10. protes Says:

    Tgk video debat tu dulu,baru la dr hukum.alih2 kata husam yg timbulkan isu huhud.sebenarnya ini adalah strategi kj,kawan baik dr dlm umno kan?

    Dah la dr.,lebih baik kembali kpd idealisme semasa dr. memimpin gerakan pelajar dulu yg lebih dinamik berbanding perjuangan sekarang ni.

  11. Rindu Kedamaian Says:

    Salam,

    Saya setuju dengan YB, peranan UMNO dalam menghalang pelaksanaan Negara Islam di Malaysia amat besar. UMNO telah mencetuskan kebimbangan orang bukan Islam dengan menggambarkan betapa mereka akan tertindas di bawah pemerintahan Islam. Ini menyebabkan bukan sahaja orang bukan Islam malah orang Islam sendiri pun ramai yang menolak pelaksanaan Negara Islam di Malaysia.

    Seperti yang diterangkan oleh YB Husam, PAS telah, masih dan akan tetap memperjuangan Negara Islam. Walau bagaimanapun, perkara-perkara seperti hudud perlu dilaksanakan secara berperingkat dengan memberikan kefahaman kepada masyarakat agar pelaksanaannya berjalan dengan lancar. Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan, adalah amat penting untuk memastikan rakyat (pengundi) memahami dan dapat menerima setiap dasar yang dilaksanakan.

    Buat Khairy dan juak-juak UMNO yang menolak hudud…good luck to you…on earth and in the hereafter…

  12. Pejuang Kebenaran Says:

    Ana tak setuju jika nak disalahkan sepenuhnya pada UMNO. Pernah ketika di dalam satu program di Mesir, soalan ditanyakan kepada Pimpinan Tertinggi UMNO yang hadir dalam program wacana itu (tak ingat dah siapa), adakah UMNO menolak Hudud. Jawapan yang diberikan sama dengan jawapan Husam sekarang. Bagi UMNO hudud bukan keutamaan lagi. Selagi rakyat khususnya umat Islam tidak diberikan kefahaman sebenar mengenai syariah ISlam selagi itulah hudud belum dapat dilaksanakan. Takut2 menjadi fitnah pula pada agama dan matlamat sebenar hukuman iaitu mencari keadilan tidak dapat dilaksana.

  13. Haru Biru Says:

    Alah, macam tak paham Pejuang Kebenaran ni, PAS sekarang dah jadi macam UMNO. Dulu nak tarik undi Melayu guna isu Hudud. Sekarang guna alasan sama macam UMNO untuk tarik undi Cina. UMNO dan PAS lebih kurang samanya.

  14. Hizbut Tahrir Says:

    PAS guna Islam untuk kepentingan politik pilihanraya. Seperti kata Dr Asyraf, kalau benar2 PAS ikhlas perjuang ISlam kenapa hanya hudud yang ditonjolkan sedangkan ISlam merangkumi segenap aspek kehidupan. Kalau benar UMNO tolak ISlam, takkan perkembangan ISlam sampai hari ini berkembang pesat. Sistem bank Islam yang diperkenalkan kerajaan umno turut diiktiraf masyrakat antarabangsa. RAsanya Dr Asyraf lebih tahu sebab bidang dia.

    KEsimpulannya, kita semua wajib perjuang ISlam tak kira PAS atau UMNO.

  15. ryzul akustike (mantan pkpim) Says:

    Saya rasa Dr lebih arif tentang makna “berdagang ni” ..jualan dan belian..ini asas….hudud ni siapa yang berdagang ..kalau diteliti hudud ni hanya salah satu tawaran dalam manifesto PAS didalam PRU keberapa entah, saya pun dah lupa.kemudian kalau dilihat didalam perlembagaan PAS juga hudud ni merupakan aspek kecil sahaja. dan dalam konsep “negara Islam hudud ni cuma undang-undang sahaja, yang dimomokkan cuma potong tangan..tetapi keadilan hudud yang merangkumi hukuman takzir(betul ke sebutan ni) serta prosedur perundangannya tak pernah di ceritakan.dan ianya hanya untuk orang Islam,Isunya hanya untuk orang Islam.Itu sahaja.
    sebab itu dalam pilihanraya kecil boleh dikatakan hudud ni bukan isu…lainlah PRU…sebab kalau menang pun pilhanraya kecil.hudud memang tak boleh implement..kecuali ada kemahuan politik oleh orang Islam Umno dan Pas serta keadilan di parlimen selaku badan pengubal dasar dan undang-undang di Malaysia untuk laksanakan hudud ni.
    sekadar pandangan yang cetek dari saya.

  16. PAS Kecewa Says:

    1st of all,tq dr. krn memberi komentar tentang isu hudud ini.Bg ana.apa yang di perkatakan oleh dr. adalah benar belaka.Mmg tidak di nafikan idea tersebut mungkin sudah lama di fikirkan oleh Khairy tp yg peliknya kenapa segelintir orang pas ini tidak sedar.Kalau dh tahu Khairy dh merancang semua ini knp perlu nk berdebat.Ana sbg pengikut pas yg setia sblm ini amat kecewa dgn parti pas yang mana sekarangni byk memihak kpd parti yg d tadbir oleh bukan islam.Bagi ana,pas dalam pakatan rakyat tidak mendapat sebarang manfaaatpn.Tiada apa yang hendak d rasa bangga.MB Perak sbg boneka.DAP yg sbnrnye mentadbir negeri itu.Amat memalukan sekali dgn tindakan pakatan rakyat ini.Saya amat berasa kesal dewasa ini memandangkan rakyat malaysia yg majoritinya kaum melayu sedang hangat di pertikaikan.Dimanakah maruah orang melayu???Melayu sudah pasti beragama ISLAM.Kenapa tidak menyokong parti yg di asaskan oleh kaum melayu???Di sini,ana nk sarankan kepada penyokong parti politik agar senantiasa berfikir bg meningkatkan balik pengaruh melayu.Ana jg beranggapan bahawa parti pas dan umno(bukan barisan nasional) harus bergabung bg memantapkan lg agama ISLAM di negara kita ini.Syukran….

  17. kociriemann Says:

    bengong dan bingung

  18. Nizam Mat Saari Says:

    Harap dapat bertukar link dengan saya, blog SECANGKIR KOPI SEMANIS PUAN. http://nizammatsaari.com/blog/

    Terima kasih.
    NIZAM INMIND

  19. aku sarawak Says:

    ASALAMUALAIKUM, DR ASYRAF MEMANG BIJAK BERCAKAP

    KATA TAK PERDAGANGKAN HUDUD KONONYA,

    TERANG - TERANGAN DALAM HUJAH TV 9, MENYENTUH PERSOALAN

    TUDUHAN LIWAT DSAI, ANDA SENDIRI TIDAK MEMPERTAHANKAN YANG MANA HUKUM ISLAM PERLU DILAKSANAKAN DALAM KONTEKS ITU.

    JANGAN HIPOKRIT DENGAN PHD YANG TUAN MILIKI

  20. Panglima Perang Cyber Says:

    minta copy isu hudud ini di blog saya.tq

  21. taipingmali Says:

    Wahai aku sarawak!!

    Jangan emosi sangat tak elok ikut nafsu. Belajar lah sebelum nak berhujah atau menafikan cakap orang ariff seperti Dr Asraf.

    Anda siapa? dan Dr Asraf tu siapa?

    Jangan bongkak dan sombong.

    Tentang kes anwar tu anda kena rujuk dgn semua pakar, jgn terpedaya dgn ulama ular dalam semak dari sebuah parti yang kononnya islamik tu.

  22. aku sarawak Says:

    Anda siapa? dan Dr Asraf tu siapa?

    tidak perlu persoalkan siapa AKU dan dan Siapa Kamu atau siapa

    DR asyaraf wajdi

    saya tidak merujuk pada ulama pas saya merujuk apa yang di cakapkan

    oleh MUFTI PERAK yang baru - baru ini di anugerahkan tokoh maal hijrah

    kebangsaan, beliau sendiri nyatakan perlu rujuk ke mahkamah syariah

    jauhkan diri anda dari buta membaca, bisu bercakap dan meneruskan

    budaya hipokrit zaman berzaman.

    Berubahlah!

  23. aku sarawak Says:

    25
    Jan
    09Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR
    post info
    By Anwar Ibrahim
    Categories: Agenda Baru, Demokrasi, Isu Semasa and Pakatan Rakyat Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

    —KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

    PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

    Assalamualaikum,

    Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

    Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

    Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
    Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
    Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
    Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

    DATO NASARUDIN BIN HASHIM

  24. Ar-rahim Says:

    Assalamualikum w.t.b,

    Saya amat bersetuju dengan saudara asyraf untuk membuat perubahan dalam UMNO semoga hasrat dan Idealisme anda dapat diperjuangkan melalui wadah yang saudara pilih.

    Memang hudud adalah salah satu daripada tuntutan Islam selain daripada perkara-perkara tuntutan lain yang meliputi pelbagai bidang sesuai dengan Islam sebagai satu cara hidup. Tapi tidaklah adil sekiranya saudara menyebut soal Hukum Hudud adalah suatu modal politik. Bagi saya memperjuangkan Islam dalam semua aspek walaubagaimanapun media mempermainkan isu ini seolah-olah PAS hanya memperjuangankan soal hukum hudud, sehingga dijadikan modal untuk melagakan Pakatan Rakyat.

    Saya mencadangkan agar hukum hudud ini dilaksanakan dengan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji pelaksanaan hukum-hukum hudud kalau boleh saudara wajdilah yang mepeloporinya bersama -sama dengan para ilmuan termasuk dalam kerajaan,UMNO,PAS,PKR dan NGO Islam.

    Saya cadangkan sekiranya saudara wadji betul-betul ingin merefomasikan UMNO saudara perlu berani memberi cadangan-cadangan yang berani bagi membetulkan UMNO, cuma setakat ini saya nampak saudara seolah-olah hanya mengikut rentak UMNO , cuma ada perkara-perkara tertentu yang saya setuju mengenai anda mengenai rasuah politik-UMNO tapi tidak lebih dari itu.

    Ramai sahabat-sahabat diluar sana yang ingin melihat anda sebagai agenda perubah yang berkesan dalam UMNO cuma mungkin anda tidak berani atau takut.

  25. muhammad fateh Says:

    Assalamualikum w.t.b,

    Dr, saya bersetuju bahawa isu hudud telah dijadikan permainan oleh orang-orang politik PAS dalam politik mereka. Bagi saya, kita boleh melaksanakan hukum ini satu perstu dahulu mengikut kesesuaian mengikut masa. memandangkan kita masih lagi menggunakan undang-undang sivil, kewujudan mahkamah syariah mungkin boleh dijadikan batu lonjatan untuk menggunakan hukum islam sepenuhnya. kekadang, rasa lawak pun ada, UMNO yang memerintah di Malaysia setakat ini seperti tidak pernah melaksanakan program-program islam atau berkaitannya. cuba kita lihat contoh di sekolah, memandangkan saya adalah golongan pendidik, merasakan betapa banyaknya amalan islam telah diterapkan. Apakah puak-puak yang buta hati dan dihijabkan hatinya oleh allah untuk melihat kebenaran ini. Kita lihat amalan seperti membaca doa sebelum masuk kelas, pendidikan islam, j-qaf - khas untuk pelajar belajar bahasa arab, khemah ibadah dan lain-lain lagi menunjukkan betapa seriusnya UMNO melaksanakan amalan islam di sekolah. Semoga janganlah dipandang sebelah mata atas kesungguhan UMNO memartabatkan islam di bumi Malaysia yang tercinta.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply